Resepi Mashed Potato Noxxa Mudah Siap 15 Minit Tekstur lembut Dan Sedap Macam KFC

Resepi Mashed Potato Noxxa Mudah Siap 15 Minit Tekstur lembut Dan Sedap Macam KFC || 
Salam semua, Sejak kebelakangan ini asyik resepi siap dgn youtube, nasib baik la rajin nak mengedit walaupun video dah berlambak dlm phone.

Sejak thn lepas nak rajin aktif youtube jugak, rugi lah pulak kan, kita baru nak merangkak slow – slow. Buat masa sekarang ni penuh video masakan kat my youtube channel tu. dr tak ada apa, nak fikir upload video apa kan.

Resepi mashed potato dah banyak kali juga up kat blog, cuma kali ini up sebab ada video hii. Nak tanya, biasa kalau korang buat mashed potato guna ubi kentang jenis mana ya. Kalau nak betul – betul smooth mashed potato, korang guna lah ubi kentang russet, tak mahal sangat pun rasa dlm RM 3 lebih ke per kg.

Kalau yg ubi kentang murah lagi, tak berapa nak smooth kentang putar, rasa pun macam kurang sikit.

Kat rumah, memang semua favourite kentang putar ni, baik buat sendiri lah nak banding pergi mkn kfc, rasa dan tekstur pun dah macam kat kfc juga. Lagi sedap dr air tangan sendiri, puji diri sikit. :D.

Cuma sekarang lagi mudah sebab ada noxxa ni, kalau sebelum ni jenuh la juga nak lenyek ubi kentang. Yg penting, lepas masak semua tu, biarkan ia warm dlm periuk, kiranya lambat lagi nak mkn pun tak apa, mashed potato tetap panas warm gitu.

Kepada sesiapa nak follow resepi ini, resepi di bawah ya. 🙂 Mudah jer. Jemput tonton di my youtube channel.

Resepi Mashed Potato Noxxa Mudah Siap 15 Minit Tekstur lembut Dan Sedap Macam KFC

BAHAN – BAHAN
6 biji ubi kentang russet
3/4 cawan susu segar ( nak guna susu cair blh tapi lagi sedap susu segar, kalau guna heavy cream  lagi bertambah sedap )
2 1/2 sudu besar mentega
1 sudu teh serbuk lada putih
2 sudu besar serbuk pati ayam ( nak guna kiub ayam pun blh )
1 cawan air

CARA – CARA
1. Ubi kentang dikupas dan dipotong dadu besar.
2. Masukkan ubi kentang dlm innerpot, masukkan 1  cawan air, kiub pati ayam atau serbuk pati ayam, serbuk lada putih dan mentega.
3. High pressure  selama 15 minit, pastikan tombol ke pressure sebelum tekan on.
4. Selepas bunyi bip, offkan dan tarik picu tombol ke steam utk melepaskan tekanan.
5. Buka tudung dan ambil senduk kayu, tekan sampai hancur. tahap ni ubi kentang dah lembut sangat.
6. Masukkan susu segar ( kalau rajin panaskan sekejap susu tu ni versi malas nak panaskan sebab dlm periuk tu pun dah panas ) dan kacau. Suai rasa, jika tak cukup bahan perasa blh tambah.
7. Siap !

Loading...

Tags: #Lembut #Macam #Mashed #MINIT #Mudah #Noxxa #POTATO #Resepi #Sedap #Siap #Tekstur

author
Author: 
    Arti Kata Gaul Titit Meong
    Kamu pasti sering banget mendengar atau melihat kata Titit Meong, baik itu di
    Arti Kata Gaul Tenyom
    Kamu pasti sering banget mendengar atau melihat kata Tenyom, baik itu di dunia
    Early Reading Materials (Part 4)
    Teaching your child to read early and well has multiple benefits and is
    Rambut Terbakar di Atas Panggung, Artis Ini Terus Bernyanyi: Ini Bgan dr Kesenangan!
    slidegossip.com – Siapapun yg menjalani suatu profesi memang harus bisa memberikan totalitasnya. Seperti

    Leave a reply "Resepi Mashed Potato Noxxa Mudah Siap 15 Minit Tekstur lembut Dan Sedap Macam KFC"