Resepi Laksa Penang Sedap

Laksa penang merupakan mknan berkuah yg sangat popular di serata Malaysia terutamanya Pulau Pinang. Berikut merupakan bahan yg diperlukan dan langkah-langkah utk menghasilkan laksa penang.
resepi laksa penang

Bahan A
1 bungkus laksa kering
Bahan B
4 sudu besar lada kering*
3 labu bawang merah*
6 ulas bawang putih*
2cm halia*
5 biji cili padi*
10 ekor ikan selayang/ikan kembung (direbus dan dibuang tulang)**
6 keping asam gelugur
4 kuntum bunga kantan (dikerat 4)
1 genggam daun kesum

1cm belacan
3 sudu besar minyak
garam
perasa
2 liter air
Bahan C
Salad
Timun
Bawang besar
telur rebus
Kisar bahan yg bertanda *
Kisar sendirian bahan yg bertanda **
Langkah-Langkah Penyediaan
Kuah (Bahan B)
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yg telah dikisar(yang bertanda *) sehingga naik bau
IMG 20140118 213517 - Resepi Laksa Penang Sedap

IMG 20140118 214606 - Resepi Laksa Penang Sedap

2. Masukkan ikan yg dikisar beserta 1 liter air putih.
3. Kemudian masukkan asam gelugur.
4. Seterusnya, masukkan bunga kantan, daun kesum, garam, dan perasa secukupnya.

IMG 20140118 215332 - Resepi Laksa Penang Sedap

5. Kacau sehingga mendidih.

IMG 20140118 215738 - Resepi Laksa Penang Sedap

Laksa (Bahan A)
1. Rendam sehingga kembang
2. Rebuskannya dlm tempoh 15-20 minit
3. Toskan.

Hiasan (Bahan C)
1. Hiriskan setiap satu halus-halus.

Laksa Penang sedia utk dihidangkan.

IMG 20140118 222313 - Resepi Laksa Penang Sedap

Selamat mencuba! 🙂

Loading...

Tags: #Laksa #Penang #Resepi #Sedap

author
Author: 
    Percutian London dan Eropah 2019 Hari: 4
    Selamat bertemu lagi di sambungan catatan perjalanan percutian UK & Eropah kami pd
    Sarapan Puding Roti Gaya Arab. Blh Mkn Masa Moreh.
    Masyarakat Arab memang suka mkn yg manis-manis. Di samping susu, yogurt mereka suka
    12 Resipi Lauk Pauk Berbuka Yg Sedap & Masak Tanpa Minyak
    Jom cuba aneka resipi lauk pauk berbuka puasa yg masak tanpa minyak ni. Ha…Jika
    Cokodok Pisang Lembut, Cantik & Bulat. mcm Ni Cara Buatnya.
    Sedapnya mkn cokodok pisang panas-panas. Bg yg teringin sangat nak mkn, ni ada

    Leave a reply "Resepi Laksa Penang Sedap"