Resepi Kuih Koci Pulut Hitam | Seminit Resepi

hqdefault 459 - Resepi Kuih Koci Pulut Hitam | Seminit Resepi

Resepi Kuih Koci Pulut Hitam

Kuih Koci Pulut Hitam

Resepi Kuih Koci Pulut Hitam ini sangat sedap dimakan pada waktu pagi dihidang bersama minuman panas

Penaja Kuih Koci Pulut Hitam
Lazz Susu Kambing telah menaja Kuih Koci Pulut Hitam pada kali ini, anda boleh intai website mereka di http://lazzsusukambing.com.

lazz-iklan

Bahan-bahan

Bahan-bahan pulut

140 gram beras pulut hitam (kisar jadi tepung)
250 gram tepung pulut
Sedikit garam
500-600 ml air
Bahan dadih

500 ml santan pekat
500 ml air
70 gram tepung beras
Garam
Bahan inti

200 gram gula melaka
250 ml air
500 gram kelapa muda
2 sudu tepung pulut
Pandan
Garam
Cara Membuat

Langkah 1
Kisar halus beras pulut hitam supaya menjadi tepung dan tapis.

Langkah 2
Satukan bahan-bahan dan gaul sehingga tepung tidak melekat di tangan.

Langkah 3
Di dalam periuk, satukan santan dan air. Masukkan tepung beras yang dilarutkan bersama sedikit air. Apabila pekat, masukkan garam.

Langkah 4
Untuk buat inti, cairkan gula melaka bersama air, dan masukkan tepung pulut dan pandan. Kemudian masukkan kelapa muda. Masak hingga kering.

Langkah 5
Untuk membalut kuih koci, daun pisang hendaklah disapu minyak terlebih dahulu. Ambil adunan tepung dan letakkan inti kelapa di tengah-tengah.

Langkah 6
Celupkan adunan yang sudah diletak inti kedalam dadih santan. Lalu letakkan di tengah-tengah daun pisang tadi. Balut kuih kemas.

Langkah 7
Kukus selama 20 minit atau sehingga kuih masak. Sedia dihidang

Rating video: /5

Sumber video: Youtube


Loading...

Tags: #HITAM #Koci #Kuih #Pulut #Resepi #Seminit

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:
    1. author

      Wawa Hashim2 years ago

      nak jadikan doh tu.kena letak air ke x?

      Reply

    Leave a reply "Resepi Kuih Koci Pulut Hitam | Seminit Resepi"