RESEPI KUIH BUTIR NANGKA YANG MUDAH SUKATAN CAWAN

ASSALAMUALAIKUM..

RESEPI KUIH BUTIR NANGKA YANG MUDAH SUKATAN CAWAN

RESEPI KUIH BUTIR NANGKA YANG MUDAH SUKATAN CAWAN || Kalau setakat nak ambil gambar tu blh jugak kan, tapi bila dah lama sangat dlm galeri phone, kadang – kadang nak fikir nak delete, nanti daku nak up cerita kat blog tak ada idea pulak kan. So, simpan lah tunggu beratur nak masuk blog. Gambar ini pun, buat masa bulan puasa lepas, Kuih butir nangka, memang kuih yg biasa dijumpai di Kelantan lah. Kuih ini memang disukai ramai sebab mudah telan, selain penyediaannya yg mudah. Orang tua – tua nak mkn lah kuih macam ini. Bukan orang tua jer minat, orang muda pun minat juga 😀

Ketika bulan puasa, memang selalu buat lah dan biasanya mkn selepas balik tarawih. Kalau biasa resepi lain ada letak air kapur kan. Wani biasanya gantikan dgn tepung beras, bonda yg ajar, kita tak nak bila masak doh tu, terlalu lembik sangat nanti tercekik pulak mkn, Guna tepung pulut semata – mata sahaja pun blh tapi maklumlah guna tepung pulut sahaja ni , teksturnya tu seakan – akan lembik, sebab itu kena letak tepung beras.

Kepada yg masih tak tahu nak buat resepi butir nangka, blh lah cuba. Jom tonton video di bawah, dlm video tu skip letak daun pandan. Kalau nak letak daun pandan, letaklah wangi jerr kuah tu nanti.

Resepi ini sangat mudah. Sesiapa pun blh buat. 🙂

RESEPI KUIH BUTIR NANGKA YANG MUDAH SUKATAN CAWAN 

BAHAN-BAHAN

Untuk doh 
2 cawan tepung pulut
1 sudu besar tepung beras
Air daun pandan secukupnya blh click SINI utk cara nak buat ekstrak daun pandan yg mudah.

Untuk kuah 
3 1/2  cawan santan
1 sudu besar tepung beras
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
1 helai Daun pandan yg telah disimpul ( sekiranya nak letak )
1 sudu teh halba dibasuh terlebih dahulu

CARA – CARA
1. Tepung pulut digaul rata dgn air daun pandan sehingga doh blh digentel. Jangan terlebih lembik
2. Ambil sedikit adunan dan bentukkan dlm bentuk lonjong, blh tonton video di bawah. Kalau tak nak bentuk lonjong pun tak apa. Tapi comel dlm bentuk lonjong sebab nak jadi macam butir nangka kan : )
3. Didihkan air dlm periuk, kemudian terus masukkan adunan yg digentel tadi, Rebus sampai masak, tips nya naik sampai terapung.
4. Sediakan satu bekas yg berisi air sejuk, dan masukkan butir nangka yg telah masak ke dlm air sejuk utk menghentikan proses masak.
5. Utk kuah pula, sediakan periuk, masukkan santan, garam,gula, halba, daun pandan dan tepung beras. Kacau rata sekejap.
6. Letakkan periuk atas dapur dan kacau sehingga mendidih dan nampak pekat blh tutup api.
7. Nanti kuah suam sikit, sejatkan butir nangka dan blh masukkan butir nangka tadi dlm kuah. Sedia utk dihidangkan

                       

Loading...

Tags: #BUTIR #Cawan #Kuih #Mudah #NANGKA #Resepi #Sukatan #yang

author
Author: 
    Pengertian Pendidikan Kewarganegaraan (Lengkap)
    Apa pengertian Pendidikan Kewarganegaraan? Pendidikan Kewarganegaraan bukan hal baru dlm sejarah pendidikan nasional
    Iodin: Fungsi dan Dampak Kekurangan
    Iodin atau yodium merupakan salah satu zat penting penyusun tubuh manusia. Kali ini
    Jawaban Bagaimana Proses Berdirinya Kerajaan Mataram
    Sebenarnya, bagaimana proses berdirinya kerajaan Mataram? Berdirinya kerajaan Mataram erat kaitannya dgn jasa
    Arti Kata Gaul Nyomet
    Kamu pasti sering banget mendengar atau melihat kata Nyomet, baik itu di dunia

    Leave a reply "RESEPI KUIH BUTIR NANGKA YANG MUDAH SUKATAN CAWAN"