Resepi Kerabu Maggi Siam Yg Viral

Alkisahnya akhir-akhir ni ramai sangat orang duk tunjuk mkn kerabu maggi siam ni kan. Bagi aku sndiri aku dah lama stat mkn kerabu maggi ni since dua thn lepas kalau tak silap. Masa tu first time mkn kan Pekan Munduk, Thailand. Sedap giler weh. RM5.50 semangkuk. Ada udang, sotong. kubis dan carrot. Keasliannya terserlah sangat sebab lengkap dgn rasa masam manis dan masin. Tak payah komplen. Hee.

Kitorang ni bukan la sejenis keluarga yg gemar mkn maggi terutamanya lepas mengandungkan Amni sebab tiba-tiba ada kesedaran tentang bahaynya maggi dan bla bla bla. haha. So, since mengandung kan Amni sampai la hari ni blh bilang berapa kali je mkn maggi nak dibandingkan masa student dulu seminggu tu ada 4 5 kali. haha. Student life kan wajib ada maggi bak kata orang. Hehe.

So balik kampung hari tu suami request la nak mkn kerabu maggi tapi nak macam yg kat Munduk hari tu. Kalau korang pergi Kelantan senang sangat nak mkn kerabu maggi ni. Sebab bersepah-sepah orang jual. Kat pasar malam pun ada, RM3.50 sebungkus. Tapi lauk dia banyaknya sosej sosej macam tu la. Takde la RM3.50 tu kau nak dapat lauk udang ketam sotong bagai. Kitorang pun beli la stok maggi siam ni dlm 6 bungkus.

So masa lunch hour hari Jumaat yg lepas gigihnya aku masakkan kerabu maggi ni. Nak masa hari biasa tak blh sebab ni je satu-satunya masa di mana waktu rehatnya panjang sikit dan anak-anak takde kat rumah. Kalau buat time Amni ada konfem la dia akan mintak kan. Hee..tak mau la ajar dia mkn maggi.

Meh cek resepi dia yg super senang ni. Tinggal malas atau rajin je. haha.

KERABU MAGGI SIAM

Bahan :

PhotoGrid 1486538427082255B1255D 1 - Resepi Kerabu Maggi Siam Yg Viral
Haaa..ni la rupa maggi siam ni kalau tak kenal. 
PhotoGrid 1486527210609255B1255D - Resepi Kerabu Maggi Siam Yg Viral



Maggi Siam (wajib!! kalau tak de tak rasa la keaslian kerabu maggi siam..hehe)
Sotong
Udang
Sosej
Crabstick
Sayur (optional : carrot, kubis, daun sup, daun bawang)

**Bahan-bahan ni sukatan dia ikut anggaran sendiri je.

Cara-cara :

1. Celur semua bahan-bahan dia kecuali maggi. Sama ada nak celur semuanya sekaligus atau asing-asing terpulang pd tahap kerajinan anda. Kalau blh asingkan la sebab tempoh empuk/masak semua bahan tu tak sama. Hee.

2. Celurkan bahan utamanya pulak iaitu maggi. Lepas tu jangan lupa toskan dan kemudian masukkan dlm mangkuk.

3. Masukkan perencah yg disediakan. Kemudian masukkan bahan-bahan sampingan kita, lepas tu gaul rata.

4. Kalau rasa tak cukup masam, sila perah limau nipis atau masukkan tomato then gaul rata.

5. Kalau nak rasa basah-basah sikit blh la cedok air rebusan tadi sikit. Tapi jangan la cedok sampai berkuah pulak ye. Kan dah tak jadi kerabu maggi siam, tapi jadi sup maggi siam. hehe

6. Paling wajib sekali dia akhirnya, baca bismillah dan mkn sesopannya.

PhotoGrid 1486527470593255B1255D - Resepi Kerabu Maggi Siam Yg Viral


Loading...

Tags: #Kerabu #Maggi #Resepi #Siam #VIRAL

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "Resepi Kerabu Maggi Siam Yg Viral"