Resepi Kerabu Kelantan Asli || Kerabu Pauh Yg Cukup Lemak, Masam, Masin Dan Pedas

Resepi Kerabu Kelantan Asli || Kerabu Pauh Yg Cukup Lemak, Masam, Masin Dan Pedas ||
Salam semua,tak lama dah ni nak masuk bulan ramadan, perasan pageview blog makin lama makin tinggi sekejap. Alhamdulillah. 🙂
Resepi Kerabu Kelantan Asli || Kerabu Pauh Yg Cukup Lemak, Masam, Masin Dan Pedas

Salah satu faktor nya nak masuk puasa dah ni, mungkin ramai dah mula mencari resepi – resepi online.

Maklumlah kan semuanya hujung jari. Korang macam mana ke dah start rancang menu – menu nak berbuka puasa nanti. Ada ke yg buat planning macam tu ya. Faham, sebulan puasa ni rasanya buntu jugak nak masak apa kan.

Kali ini nak share resepi kerabu Kelantan. Kerabu Kelantan, kalau bulan puasa memang tak pandang menu lain, menu wajib atas meja. Tiap – tiap hari pun tak apa, asalkan watak utama tu bertukar la. hii.

Walaupun kat pasar ramadan, ada yg jual macam mahal sangat. Kadang – kadang beli pun,  nak mkn waktu berbuka tu pun dah basi.

Sebab itu lebih baik buat sendiri. Sekarang ini tengah musim mangga ataupun pauh kalau kat sini panggil. Apa lagi, menu kerabu jawabnya. Ada ni sedap dah mkn dgn nasi putih panas.

Resepi Kerabu Kelantan Asli || Kerabu Pauh Yg Cukup Lemak, Masam, Masin Dan Pedas
Kerabu pauh, kadang – kadang ada 2 versi juga buat, kalau tak nak masuk santan pun ada pernah buat. Tapi kerabu nampak kering la sikit. Nak masuk santan lagi la rasa lemak – lemak santan. 
Kalau blh gunalah santan segar yg diperah. Kalau guna santan pekat segar pun blh. Tak nak rasa pekat sangat bancuh dgn air sikit. 

Style kita buat kat sini, santan terlebih banyak macam jadi kuah tak sedap juga, letak berpada – pd. Lagipun nak kurangkan penggunaan santan kan.
Jemput cuba buat, kerabu pauh yg cukup lemak, masam, masin dan pedas. Siapa – siapa yg blh follow menu kerabu macam ni. Nak lagi guna pauh lemak lagi sedap. Kadang – kadang ada juga terguna mangga yg masam. 
Disebabkan sebelum ni pun dah ada post kerabu pauh di blog, cuma yg dlm video ni guna 4 biji mangga. Jemput tonton dan jemput subscribe di my youtube channel. Terima kasih.

Resepi Kerabu Kelantan Asli  || Kerabu Pauh Yg Cukup Lemak, Masam, Masin Dan Pedas 

BAHAN-BAHAN
3 biji pauh lemak atau mangga sederhana besar
5 ulas bawang merah 
1 sudu teh lada hitam 
3 sudu besar kerisik 
garam secukup rasa 
gula secukup rasa 
2 tangkai lada burung dipotong serong 

3/4 cawan santan  yg diperah segar
3 ekor ikan kembung dibakar diambil isinya
CARA-CARA
1. Pauh atau mangga dibuang kulit dan diparut.ketepikan ( blh guna mangga jenis lain ).
2. Bawang merah dan lada hitam ditumbuk halus.
3. Masukkan isi ikan yg dibuang tulang ke dlm bahan tumbuk dan tumbuk lagi sehingga lumat. 
4. Dlm satu bekas, gaul bersama bahan tumbuk dan kerisik. masukkan mangga yg diparut dan gaul sehingga sebati.
5. Kemudian masukkan santan dan perasakan dgn gula dan garam secukup rasa.tabur lada burung yg dah dipotong.siap utk dihidangkan.
NOTA: 
1. Utk rasa lebih sedap, perah jus limau nipis sekiranya mangga tak masam. Kalau dah terkena mangga masam tak payah perah jus limau nipis.
2. Utk kerabu yg lebih kering, kurangkan penggunaan santan..kalau blh guna santan fresh yg diperah.
Loading...

Tags: #Asli #CUKUP #KELANTAN #Kerabu #Lemak #MASAM #Masin #Pauh #PEDAS #Resepi

author
Author: 
    Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 2019
    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yg berkelayakan, berpotensi,
    Lunch di Black Canyon Coffee
    Lunch di Black Canyon Coffee | Kawan-kawan dekat opis ni dah tahu yg
    Slot Akasia: 30 Pesanan Suara
    Salam. Gandingan Hannah Delisa dan Shukri Yahya serta Sharul Ridwan akan datang di
    Game Online Streaming PlayStation Exclusive
    Game Online Streaming Percuma Twitch.com  dan Parsecgaming.com merupakan “Game Online Streaming” permainan menawarkan

    Comments are closed.