Resepi Kerabu Kelantan Asli || Kerabu Jantung Pisang Yg Mudah Dan Sedap

Resepi Kerabu Kelantan Asli || Kerabu Jantung Pisang Yg Mudah Dan Sedap || Salam semua, hari ini, kita nak share resepi Kerabu Kelantan Asli, Kalau siapa yg tak tahu, kerabu Kelantan memang masukkan santan. Memang wajib lah kalau tak nak letak tak apa juga tapi atas kerabu jugak lah guna bahan apa.

Resepi Kerabu Kelantan Asli || Kerabu Jantung Pisang Yg Mudah Dan Sedap

Kalau macam guna jantung pisang memang pelik kalau tak letak santan, kita nak rasa lemak- lemak sekali dlm kerabu. Kalau kerabu buah mangga tu, blh juga tak nak masukkan santan. Biasa, dah puas dgn santan memang tak letak dah santan dlm kerabu mangga hii. Nak elak diet tak payah letak tapi confirm sedap.

Eh, ini bukan nak bercakap pasal kerabu mangga, tapi nak bercakap pasal kerabu jantung pisang :D, siap peminat kat sini ada ke peminat kerabu jantung pisang. hii

Oklah berbalik kepada jantung pisang, sebenarnya bukan kepakaran diri sendiri pun nak tahu jantung pisang apa yg sesuai nak buat kerabu, tak semua jantung pisang blh dimakan. Yg tak blh dimakan tu jenis jantung pisang yg pahit.

Jadi, nak lebih selamat kita tanya bonda kita 😀 sebab dia saja lah yg pakar sikit bab jantung pisang :D, jantung pisang apa yg sesuai nak buat kerabu. Di antara jantung pisang yg sesuai adalah :

1. Jantung pisang Awak
2. Jantung Pisang Berangan
3. Jantung Pisang Kebatu
4. Jantung Pisang Gala

Nama jantung pisang tu dlm bahasa baku tak tahu pulak panggil apa, maaf ya hii. Kot sama ke mana tahu kan. Pernah dengar ke semua tu.

Yang mana kali pertama nak buat kerabu jantung pisang,diminta wajib ada periuk terpakai yg khas nak rebus jantung pisang sebab jantung pisang keluar getah. Nanti korang tonton lah video di bawah, periuk hitam disebabkan getah jantung pisang. Guna lah periuk nasi yg dah tak guna lagi ke dan simpan khusus nak celur jantung pisang.

Kalau guna periuk baru, nanti habis lah getah melekat di periuk. Siap warning awal – awal ya :D. Jantung pisang baru pertama kali hiris dah keluar getah, jadi kena hati – hati lah ya. jangan terkena tangan sangat. Lagi satu lapik utk hiris guna kertas surat khabar. Ingat senang ke nak buat kerabu.

Resepi Kerabu Kelantan Asli || Kerabu Jantung Pisang Yg Mudah Dan Sedap

Resepi kerabu ini tak terhad utk jantung pisang saja. Nak guna pucuk paku ke, buah mangga ke, pucuk ubi ke, buah beko atau nama lain bonglai pun blh. Tapi buah beko tu lain sikit penyediaannya sebab kena bakar :). Bahan – bahan sama cuma watak utama tu bertukar la hii.

Tak apalah cuba lah yg mudah – mudah dulu. Istimewanya kerabu Kelantan, kalau nak lagi kick tambah lah budu dan gaul rata. Wani biasanya gaul asing sebab abah dah kurang sikit dgn budu sekarang ni, kena pantang dia bab masin.

Jemputlah tonton video di bawah, nasib baik lah dapat  bekerjasama baik dgn bonda kita :D. Jantung pisang kalau kat pasar kadang- kadang murah, kadang- kadang mahal kecik jerr. Nak beli pun kena pilih – pilih.

Selamat mencuba !

Resepi Kerabu Kelantan Asli || Kerabu Jantung Pisang Yg Mudah Dan Sedap

Bahan – bahan
1 biji jantung pisang awak yg besar
1 1/2 cawan santan
2 ekor ikan bakar
4 ulas bawang merah
1/2 sudu teh
2 tangkai lada burung hiris
Jus limau nipis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
5 sudu besar bumbung  kelapa goreng ditumbuk utk dijadikan kerisik

Cara – cara
1. Jantung pisang dibuang kelopak luar beberapa helai dan hiris bulat. Hati – hati dgn getah jantung pisang. Nak buat alas lapik hiris dgn kertas surat khabar
2. Masukkan ke dlm periuk berisi air dan celur sehingga lembut
3. Sejatkan sehingga sejuk dan perah buang air. Ketepikan sekejap
4. Tumbuk bawang merah, lada hitam dan juga isi ikan bakar sehingga lumat
5. Kerisik ditumbuk juga
6. Satukan bahan tumbuk dan juga kerisik, masukkan gula dan garam secukup rasa. Gaul rata
7. Dlm mangkuk besar, satukan jantung pisang yg dah diperah dan juga bahan yg dah digaul rata
8. Gaul rata kemudian masukkan santan, kalau tak nak bagi nampak berair kerabu kurangkan santan
9. Masukkan lada burung dan perah jus limau nipis. Perasakan dgn gula dan garam sekiranya tak cukup rasa
10. Siap utk dihidangkan

Loading...

Tags: #Asli #Jantung #KELANTAN #Kerabu #Mudah #Pisang #Resepi #Sedap

author
Author: 
    Download Ramadhan Penuh Berkah
    Download ramadan penuh berkah ramadhan, download ramadan penuh berkah energi, download ramadan penuh
    During Ramadan Quotes
    During ramadan, during ramadan muslims, during ramadan muslims fast, during ramadan most muslims,
    Hukum Puasa Syawal Bg Wanita
    Hukum puasa, hukum puasa di hari jumat, hukum puasa nazar, hukum puasa rajab,
    Lagu Lebaran Tiba
    Lagu tiba, lagu tiba tiba kau minta maaf pd ku, lagu tiba saatnya,

    Leave a reply "Resepi Kerabu Kelantan Asli || Kerabu Jantung Pisang Yg Mudah Dan Sedap"