RESEPI KEK TIRAMISU SIMPLE

DSC 0556 1 - RESEPI KEK TIRAMISU SIMPLE

N3 pertama 2018. Azam thn ni semoga k.Nina lebih rajin utk updated blog. 🙂

Kek Tiramisu simple versi k.Nina. Kek kegemaran anak-anak k.Nina. Dlm sebulan kadang2 dekat 3-4 kali kena repeat buat kek ni.
tapi memang sedap tau.. cuba la.. resepi kak nina kongsikan di bawah ye.
RESEPI KEK TIRAMISU
RESEPI KEK MOCHA:

4 biji telur gred A
120g Gula kaster
150g Tepung Gandum
50g Susu cair/Uht
1 camb Ovalette
1 camb Esen mocha
50g Minyak Jagung
Cara Membuatnya:
– Satukan kesemua bahan kecuali MINYAK JAGUNG.
– Putar sehingga kembang, gebu dan pekat.
– kemudian masukkan perlahan-lahan minyak jagung dan putar sebati.
– Tuang adunan ke dlm loyang berukuran 9″ x 9″.
– Bakar pd suhu 170’c selama lebihkurang 35 minit atau sehingga masak.
– Keluarkan dr loyang dan sejukkan di atas redai.
RESEPI MOUSSE
Bahan-bahan:
50g Gula kaster
250g mascarpone cheese. (kalau tak ada blh tukar cream cheese)
250g Whipping cream
Cara membuatnya:
– putar mascarpone cheese dan gula sehingga lembut.
– masukkan whipping cream dan putar lagi sehingga adunan kelihatan kental.
BAHAN LAIN:
Serbuk Koko – utk taburan
Instant Coffee – bancuh dan jadikan setengah cawan.
CARA PENYEDIAAN KEK TIRAMISU:

– Potong kek 3 bahagian. ketepikan. Bancuh nescafe bersama air panas.
– sediakan 1 bahagian kek. tuang instant coffee di permukaan kek. sapu keseluruhan dgn cream.
– Taburkan serbuk koko menggunakan penapis teh. ulang langkah tadi sehingga kek terakhir.
– sapu keseluruhan kek dgn cream. akhir sekali tabur serbuk koko. blh di hias dgn menggunakan coklat ganache.
– sedap di mkn sewaktu sejuk.
DSC 0566 - RESEPI KEK TIRAMISU SIMPLE

DSC 0545 - RESEPI KEK TIRAMISU SIMPLE

Loading...

Tags: #Resepi #Simple #Tiramisu

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "RESEPI KEK TIRAMISU SIMPLE"