Resepi Kek Pisang Sukatan Cawan Yg Mudah Dan Moist Hanya Guna Blender

Resepi Kek Pisang Sukatan Cawan Yg Mudah Dan Moist Hanya Guna Blender || Salam semua, rasa macam lama tak berkongsi resepi kek, dulu – dulu rajin sangat nak buat kek, sekarang kurang nak mkn kek, tapi kalau kempunan sangat memang merajinkan diri la jugak.

C360 2019 03 06 13 22 55 798 01 - Resepi Kek Pisang Sukatan Cawan Yg Mudah Dan Moist Hanya Guna Blender

Siapa suka kek pisang ni ada peminat tak ? hii. Sebenarnya bukan peminat buah pisang, tapi kalau jadikan kek , jemput pisang ke baru blh telan masuk tekak, kalau tengok banana macam tu tak blh mkn :D.

Pisang ni bila dah tak habis nak mkn, memang dlm peti beku jawabnya nak simpan, nanti bila tekak teringin nak mkn jemput pisang, blh lah buat. Bila dah lama – lama asyik jemput pisang dah jadi puas nak mkn.

Tertengok dlm peti beku ada sebekas pisang yg di frozen, fikir – fikir nak buat apa eh, nak habiskan terus tak nak simpan dah. Dah jadi harta karun simpan berbulan dah. Mknya terhasil lah kek pisang yg mudah.

C360 2019 03 06 13 14 41 177 01 - Resepi Kek Pisang Sukatan Cawan Yg Mudah Dan Moist Hanya Guna Blender

Mudah sangat sebab guna blender jerr, malas nak keluarkan mixer. Lagi satu resepi guna sukatan cawan. Tahu ramai yg malas timbang – timbang kan. Lama tak bakar kek dlm oven, kek nampak macam merekah, tapi tak apa esok tu dah kecut dan tekstur kek lagi moist.

Biasalah kek hari pertama tu macam kering tapi bila esoknya lagi moist kek.

Resepi ni ambil dekat sirap limau dot com, hasil perkongsian dr Puan Hasyyati tapi beliau buat versi kukus. Terima kasih di atas perkongsian. Rasanya kita ada tambah sebiji telur lagi. So, guna 2 biji telur. Selesai sudah, sakit mata tengok pisang lama – lama dlm peti :D.

Sesiapa yg rajin blh nak kukus. Ini sebab malas nak keluarkan kukusan, kita bakorr jerr dlm oven yg dah lama tersadai :D. Berhabuk oven ku.

Ok lah yg mana ada pisang lebih tu, jemput lah buat Resepi ada di bawah. Selamat mencuba ! 🙂

Jemput tonton dan jemput subscribe 🙂

Resepi Kek Pisang Sukatan Cawan Yg Mudah Dan Moist Hanya Guna Blender 

BAHAN-BAHAN

2 biji telur gred B
3/4 cawan gula pasir
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan minyak masak
1 cawan pisang lenyek
1 sudu soda bikarbonat
1 sudu baking powder

CARA-CARA

1. Mula-mula, masukkan telur dan gula ke dlm ‘blender’. Kalau nak kurang manis, blh kurangkan sedikit gula. Kisarkan selama lebih kurang 5 minit atau sehingga nampak sebati.

2.Ayakkan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder. Kemudian, ketepikan dahulu.

3. Apabila telur dan gula dah betul-betul sebati di dlm ‘blender’, masukkan pula minyak, pisang lenyek. ‘Blend’ lagi dlm 3 minit.

Warnanya keperangan sedikit, mungkin juga bergantung kepada jenis pisang.

4. Seterusnya, masukkan adunan tadi dlm tepung.Kaup-kaup saja dgn senduk sehingga sebati.
Hasilnya, adunan tak pekat, tak cair. Sedang-sedang saja ya.

5. Kukus atau bakar

Sekarang, blhlah kita mula masukkan adunan tadi ke dlm acuan. Letakkan minyak sedikit dan isi penuh-penuh kalau suka tengok ia mengembang.

Panaskan ‘steamer’ atau pengukus terlebih dahulu sebelum meletak acuan. Gunakan api besar dan kukus selama lebih kurang 20 minit.

Sekiranya nak bakar, bakar pd suhu 150 C dlm masa 45 minit atau sehingga masak. Pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu.

Untuk bakar dlm oven, guna loyang bulat 8″.


Loading...

Tags: #Blender #Cawan #Guna #Hanya #Moist #Mudah #Pisang #Resepi #Sukatan

author
Author: 
    Jangan Ditiru! Artis Cantik Berhijab Ini Ingin Gugurkan Kandungan Karena Tak Siap Punya Anak!
    slidegossip.com – Apa yg dilakukan artis cantik berhijab ini memang tak layak utk
    Tegaskan Tak Pernah Rebut Reino Dari Luna Maya, Syahrini: Saya Tidak Merasa Mkn Teman!
    slidegossip.com – Meski kini sudah resmi menikah dgn Reino Barack, namun sehingga saat
    Pria Ini Ceraikan Istri dan Menikah dgn Putri Kandungnya Sendiri! Nasibnya Kini Berujung Tragis!
    slidegossip.com – Kisah mengejutkan ini benar-benar tak patut utk ditiru dan semoga bisa
    Setelah Dipukuli, Gadis Ini Dibakar Hidup-Hidup Oleh Ayahnya Karena Ingin Keluar dr Islam dan Masuk Kristen!
    slidegossip.com – Memilih agama utk diyakini adalah hak setiap manusia. Namun yg dilakukan

    Comments are closed.