Resepi Kek Coklat Chiffon Yg Sangat Moist Dan Lembut Dgn Gabungan Fudge Brownies

Resepi Kek Coklat Chiffon Yg Sangat Moist Dan Lembut Dgn Gabungan Fudge Brownies ||
Salam semua, dlm banyak- banyak kek, kek coklat chiffon yg plain macam inilah yg mengidam sangat nak mkn. Kita ni memang tak suka kek yg berkrim bagai lebih suka yg plain macam ini hii. Berkrim tu kalau cheese leleh blh la :D.

Buat kek chiffon coklat ni, macam berani nak letak fudge brownies kat dlm, risau juga takut tak menjadi, suka bereksperimen macam ni lah. Nak letak macam – macam.Lama dah tak buat rindu, sebab ini antara kek chiffon coklat yg sangat moist dan memang suka sangat dgn tekstur, lembut jerr.

Saja pergi gabung dgn brownies sebab ada brownies lebih. Fikir idea nak letak dlm kek chiffon.

moistBchocBchiffonBcakeBwithBfudgeBbrowniesB2 - Resepi Kek Coklat Chiffon Yg Sangat Moist Dan Lembut Dgn Gabungan Fudge Brownies

Resepi brownies yg dah banyak kali buat pun ada scroll di bawah ya. Buat masa sekarang itulah resepi brownies yg kena dgn tekak sebab tak manis sangat, korang blh guna resepi yg ini ya. Sesiapa yg peminat kek chiffon coklat, blh cuba kek coklat chiffon yg sangat moist dan lembut ini yaa

moistBchocBchiffonBcakeBwithBfudgeBbrowniesB3 - Resepi Kek Coklat Chiffon Yg Sangat Moist Dan Lembut Dgn Gabungan Fudge Brownies

Resepi Kek Coklat Chiffon Yg Sangat Moist Dan Lembut Dgn Gabungan Fudge Brownies

Bahan – Bahan
(A)
4 biji kuning telur
30gm gula perang
50gm minyak jagung
50gm susu cair
1 sudu teh ekstrak vanilla
30gm serbuk koko ( dicampur dgn air panas )
100gm air panas
100gm tepung gandum*
1/2 sudu teh baking powder*

Bahan bertanda * diayak

(B)
4 biji putih telur
60 gm gula halus
1/8 sudu teh cream of tartar

Cara – Cara (A)
1. Kuning telur, gula perang dikacau rata guna hand whisk
2. Masukkan minyak, kacau rata dan masukkan susu, kacau rata
3. Masukkan vanilla coklat yg telah dikacau dgn air panas, kacau rata
4. Kemudian masukkan tepung gandum sikit -sikit sampai adunan sebati. Ketepikan sekejap

Cara – Cara (B)
1. Dlm mangkuk kering tanpa sebarang minyak dan gris, putar putih telur sehingga berbuih lembut
2. Masukkan cream of tartar dan pukul lagi, kemudian masukkan gula halus secara berselang seli dan pukul lagi sehingga adunan putih telur nampak “soft peak”
3. Nak test, terbalikkan mangkuk, adunan putih telur tak jatuh

Campur Bahan A dan Bahan B 
1. Kaup separuh drpada adunan putih telur dan masukkan ke dlm bahan B, kaup balik secara perlahan sehingga adunan sebati
2. Ulang langkah 1 sehingga habis. Kemudian tuangkan ke dlm acuan chiffon, hentakkan sekejap utk hilangkan buih – buih udara
3. Bakar di dlm oven yg telah dipanaskan dlm masa 45 minit suhu 150 C atau ikut suhu oven masing – masing
4. Cucuk dgn lidi, sekiranya kering tanda dah masak, keluarkan dr oven dan telangkupkan atas redai
5. Acuan dah suam – suam sikit, lalukan dgn pisau di sekeliling acuan utk keluarkan kek
6. Siap utk dihidangkan

moistBchocBcakeBwithBfudgeBbrowniesB2 - Resepi Kek Coklat Chiffon Yg Sangat Moist Dan Lembut Dgn Gabungan Fudge Brownies

Resepi Brownies “KEDUT” Yg Paling Mudah Dan Kurang Manis Dan 7 Tips Utk Brownies ‘Kedut’

Bahan 1
100 gm butter suhu bilik ( blh guna butter cup or real butter (scs dll )
100 gm gula biasa
90 gm gula perang
2 biji telur

Bahan 2 
40gm dark chocolate button jenama beryls ( atau apa -apa jenama favorite ) wani guna milk compound chocolate
secubit nescafe

Bahan 3
100gm tepung gandum
40gm serbuk koko ( guna serbuk koko van houten )
3gm garam ( wani tak letak )

* kesemua bahan tepung ini diayak dan digaul sebati dgn spatula

Bahan 4
90 gm dark chocolate button jenama beryls

p/s : kalau blh pastikan guna periuk yg berat atau berkualiti sikit, nanti panas dia lebih sekata

Cara – Cara 

1. masukkan gula, gula perang dan butter bersama. panaskan di atas  api perlahan  sampai butter cair kena selalu kacau jangan sampai gula tu caramelized
2. bila sudah ada nampak macam ada lapisan minyak di permukaan, berhenti kacau. proses ni penting utk buat kedut2 yg menggoda tu.
3. tambah telur ketika masih suam, kacau sehingga sebati, adunan akan jadi likat.
4. kemudian ketika masih suam, ( penting buat ketika masih suam supaya coklat cair ), masukkan coklat button 40gm dan secubit nescafe. kacau sehingga coklat cair dan sebati
5. coklat ni penting juga utk dapatkan permukaan kedut yg licin dan berkilat
6. tukar kepada spatula, masukkan tepung yg dah dicampur bersama dan diayak. kacau secara kaup balik, sehingga licin
7. selepas siap, masukkan tepung tunggu sekejap 5 minit,nak bagi adunan tu suam-suam kuku.lepas tu baru masukkan dark coklat button 90 gm. kacau secara kaup balik, sekali dua sahaja.
8. tuangkan ke dlm loyang 8 x 8 atau 7 x 7 blh tapi tebal sikit  yang telah dialas dgn parchment paper.kalau nak letak topping kacang atau coklat button blh letak.. tapi sebelum tu kacang perlu dipanggang sekejap
9. bakar pd suhu 160C  dalam 25 minit sahaja. jangan overbake nanti jadi biskut.tentang oven ni kena faham dgn suhu oven masing-masing. yg pasti suhu kena rendah ya

untuk loyang ni, wani guna 9 x 9

Tips Utk Brownies ‘Kedut’

1. Butter dan gula jangan sampai gelegak, bila dah cair tutup api, kacau2 sedikit masukkan telur
jangan masukkan telur ketika panas, nanti masak kurang kilat

2. masuk coklat 40 gm dan tepung ketika masih suam2 panas

3. jika sudah masuk dlm bekas utk dibakar, jangan biar diluar terlalu lama, kedut kurang

4. jangan biarkan ketulan coklat kat atas tu, nanti coklat cair merebak tak kedut

5. paling penting, jangan underbake, tak kilat dan tak kedut

6. jangan overbake juga, kilat tapi keras

7. nak alas loyang tu guna kertas parchment paper kalau tak nak brownies melekat.  sebab ada 2 jenis kertas baking..


Loading...

Tags: #BROWNIES #CHIFFON #Coklat #Fudge #Gabungan #Lembut #Moist #Resepi #sangat

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "Resepi Kek Coklat Chiffon Yg Sangat Moist Dan Lembut Dgn Gabungan Fudge Brownies"