Resepi Kek Chiffon Yogurt Berperisa Mangga Memang Gebu Dan Lembut Sangat

Resepi Kek Chiffon Yogurt Berperisa Mangga Memang Gebu Dan Lembut Sangat|| Kali ini bereksperimen kek chiffon dgn meletakkan yogurt yg berperisa mangga. Dlm banyak – banyak bereksperimen kek chiffon, yg bahan letak yogurt memang ada kelainan dr segi tekstur kek. Lembut dia tu lain macam, memang lembut sangat dan gebu. Sampai nak potong dgn pisau pun macam kena hati- hati kalau tak kek jadi jadi benyek sebab terlalu tekan hii.

Kalau nak guna yogurt perisa lain pun tak kisah, tak ingat dah bau mangga sangat ke tidak, tapi yg penting lembu dan gebu tu yg nak. Resepi dah taip dlm bahasa melayu. Kek chiffon yg tak jemu mkn. Kalau simpan dlm peti blh tahan dlm 2 hari mkn.

Resepi Kek Chiffon Yogurt Berperisa Mangga Memang Gebu Dan Lembut Sangat
Nampak lembut tu kan gebuu jerr.

Kek chiffon ini pun nampak plain sebab letak yogurt jerr dlm tu tapi gerenti puas hati mkn, nanti korang blh cuba ya. Kalau nak kelainan dr mkn saja, buat peminat yogurt jerr tahu macam mana. Kek chiffon kalau baru pertama kali nak belajar memang banyak kena ambil tahu tentang tips tak nak bagi kek jadi huru hara hii, ada orang tangan bertuah menjadi jerr kek, kalau tak bertuah hari tu memang nak maki jerr kek yg tak jadi huu.

Nanti lain kali lah kita buat entri, bagi tips kalau ada kesempatan masa. Sebab dulu asyik ulang buat kek ni jerr dah tak buat kek lain. Kek ada krim bagai tak minat, sebab tak ada orang mkn pun hii.

Jom lah cuba resepi kek chiffon yogurt berperisa mangga yg memang gebu dan lembut sangat 

Resepi Kek Chiffon Yogurt Berperisa Mangga Memang Gebu Dan Lembut Sangat

Bahan- bahan 

(A) 
5 biji kuning telur
1 bekas 135 gm yogurt berperisa mangga ( kalau nak perisa lain pun tak apa )
60 ml minyak jagung
50gm gula halus
100 gm tepung gandum di ayak terlebih dahulu

(B)
5 biji putih telur
1/2 sudu teh cream of tartar
50 gm gula halus

Cara – cara 
1. Kacau  kuning telur bersama gula halus sehingga sebati.
2. Masukkan minyak jagung dan yogurt dan kacau rata.
3. Kemudian, masukkan tepung gandum sikit demi sikit dan gaul rata adunan sampai tak ada ketulan tepung.
4. Dlm bekas yg kering tanpa minyak dan gris, pukul putih telur sehingga berbuih lembut, dan kemudian masukkan separuh gula halus, naikkan speed dan putar lagi putih telur.
5. Kemudian masukkan cream of tartar dan juga separuh lagi gula halus. Putar sampai putih telur dlm keadaan “stiff peak“. Terbalikkan mangkuk adunan  putih telur tak jatuh.
6. Ambil sudip bersih, kaup separuh drpada putih telur dan campur dgn bahan (A). Kaup balik dgn perlahan, buat secara berselang seli sampai habis.
7. Tuangkan adunan ke dlm acuan chiffon, hentakkan sekejap bagi buih udara keluar.
8. Bakar di dlm oven yg telah dipanaskan pd suhu 150 C atau ikut suhu oven masing – masing selama 45 minit atau sehingga masak.
9. Cucuk dgn lidi, sekiranya dah masak blh keluarkan dr oven dan terus terbalikkan acuan kek ke bawah utk mengelakkan kek jatuh.
10. Bila dah suam – suam sikit, ambil pisau lalukan sekeliling acuan kek utk keluarkan kek chiffon

Resepi Kek Chiffon Yogurt Berperisa Mangga Memang Gebu Dan Lembut Sangat
 Langkah demi langkah utk buat kek chiffon yogurt berperisa mangga memang gebu dan lembut sangat 
Loading...

Tags: #Berperisa #CHIFFON #Gebu #Lembut #Mangga #Memang #Resepi #sangat #Yogurt

author
Author: 
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat (LAGU RAYA BARU)
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat Lagu Raya Ayda Jebat 2019, Lagu
    Sinopsis Telefilem Tiga Lima; Cereka Ahad TV3
    SINOPSIS TIGA LIMA Halim, baru kematian ayahnya, Daud. Kini ibunya, Hasnah perlu menyara
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam | Hai korang, aduh-aduh sejak bulan
    GOT7 Terbang Tinggi Ke Luar Angkasa Pakai Baju Astronot Di Dance Practice ‘Eclipse’!
    Sepertinya  GOT7 baru saja mendarat dr luar angkasa, dan terjun utk melapor kepada

    Leave a reply "Resepi Kek Chiffon Yogurt Berperisa Mangga Memang Gebu Dan Lembut Sangat"