Resepi Kek Chiffon Gebu Lembut Dgn Gabungan Halwa Roselle Yg Masam Manis

Resepi Kek Chiffon Gebu Lembut Dgn Gabungan Halwa Roselle Yg Masam Manis|| Salam semua, tengok balik entri resepi yg post dah lama – lama, terutamanya resepi kek chiffon, walaupun ada 24 entri, adui banyak tak tu hii,  ada resepi yg bercampur resepi dlm bahasa inggeris, sebab dulu suka main copy paste dr laman web baker yg entri dlm bahasa inggeris, sekarang sedang gigih nak edit balik taip dlm bahasa melayu, rupanya banyak entri yg resepi nya dlm bahasa inggeris :D.

Tengok ke view utk setiap entri kek chiffon ada yg naik ada yg sampai sekarang pun dlm 200 lebih views jerr hii, dah la taip pun pendek. huu. Kebanyakan entri yg resepi pergi letak dlm bahasa inggeris, tengok entri lama nampak sangat malasnya copy dlm bahasa inggeris hii. Ketawa sorang -sorang bila baca balik :D.

Resepi Kek Chiffon Gebu Lembut Dgn Gabungan Halwa Roselle Yg Masam Manis

Kek chiffon roselle

Dulu, suka sangat buat kek chiffon ni, sebab favorite, tekstur lembut macam kapas dan tak payah fikir pasal nak guna mentega ke tak, kek chiffon tak perlukan mentega hanya guna minyak sahaja, pastikan minyak sayur lah ya. Dan suka juga bereksperimen pergi letak macam- macam dlm adunan kek chiffon, tak semestinya nampak kosong sahaja kek chiffon, kalau pandai kreatif memang macam- macam blh jadi kek chiffon.

Sekarang macam dah pencen buat kek :D, memang lama dah tak buat kek chiffon ni, thn ini tak buat langsung rasanya, thn lepas pun tak hii. Menggamit kenangan kalau baca balik entri lama- lama entri kek chiffon ni. hii

Kek chiffon kali ini letak halwa roselle, saja nak bagi kelainan. Rasa nya macam kalau tergigit halwa roselle tu ada rasa masam manis. Memang sedap la. Tekstur kek pun lembut.

Kalau korang nak cuba resepi kek chiffon gebu lembut dgn gabunga halwa roselle yg masam manis. Jom cuba. 🙂

Resepi Kek Chiffon Gebu Lembut Dgn Gabungan Halwa Roselle Yg Masam Manis

Resepi Kek Chiffon Gebu Lembut Dgn Gabungan Halwa Roselle Yg Masam Manis

Bahan-Bahan

(A)
70g susu cair

4 biji kuning telur

70gm minyak jagung

20gm gula halus

(C)

100gm tepung gandum*

1/2 sudu teh baking powder*

bahan bertanda * ini diayak terlebih dahulu 

(D)

4 biji putih telur

100gm gula halus

1/8 sudu teh cream of tartar

* halwa roselle kena cincang halus terlebih dahulu dlm 2 sudu besar

Cara – cara

1. Kacau bahan A sehingga bercampur, kemudian masukkan bahan yg telah diayak, kacau perlahan dan sehingga bergaul rata, ketepikan sekejap

2. Putar putih telur sehingga berbuih lembut dan kemudian masukkan gula sedikit, putar lagi dan kemudian naikkan speed mixer sambil masukkan cream of tarta. Masukkan gula sedikit demi sedikit, putar sampai putih telur dlm keadaan “stiff peak”. Nak uji, terbalikkan mangkuk, adunan putih telur tak jatuh.

3. Kemudian, kaup adunan putih telur sedikit, masukkan ke dlm adunan yg telah digaul sebentar tadi. Kaup balik perlahan secara berselang – seli, ulang langkah tersebut sehingga kesemua adunan digaul rata. Akhir sekali masukkan halwa roselle dan kaup balik sekejap.

4. Tuangkan adunan ke dlm loyang chiffon, ratakan dan hentakkan bagi mengeluarkan buih- buih udara.

5. Panaskan oven terlebih dahulu, dan bakar dlm suhu 150 C dlm 40 minit ikut suhu oven masing- masing ya

6. Kena pastikan masak ya cucuk kek dgn lidi, kalau tak melekat tanda dah masak. Keluarkan dr oven terus terbalikkan acuan, kalau tak buat macam tu nanti kek jatuh.

7. Sejukkan sampai suam – suam sikit, blh kikis dgn pisau sekeliling acuan kek.

9. Siap utk dihidangkan

roselleBchiffonBcakeB2 - Resepi Kek Chiffon Gebu Lembut Dgn Gabungan Halwa Roselle Yg Masam Manis
Sekadar imbasan langkah demi langkah utk kek chiffon roselle 
Loading...

Tags: #CHIFFON #Gabungan #Gebu #Halwa #Lembut #Manis #MASAM #Resepi #Roselle

author
Author: 
    5 Artis Ini Pernah Lakukan Hal Jorok? No 3 Pipis di Westafel, No 5 BAB di Celana Saat Konser!
    slidegossip.com – Artis itu juga manusia loh. Sama seperti yg lain, mereka juga
    Husnul Khatimah? 3 Artis Indonesia Ini Meninggal Usai Shalat, No 3 Masih Pakai Mukena!
    slidegossip.com – Jodoh, rezeki sehinggal ajal adalah rahasia Yg Maha Kuasa. Tak ada
    3 Artis Terkenal Indonesia Ini Mati Meninggalkan Hutang, No 3 Ketakutan dan Bunuh Diri?
    slidegossip.com – Umur manusia memang sudah ditentukan oleh yg Maha Kuasa. Tuhan bisa
    Muat Turun Koleksi Buku Program, Buku Laporan Minit, Teks Pengacara Majlis Mesyuarat Agong PIBG
    Berikut kami kongsikan hampir 30 rekaan Buku Program Mesyuarat Agong PIBG, Buku Laporan

    Leave a reply "Resepi Kek Chiffon Gebu Lembut Dgn Gabungan Halwa Roselle Yg Masam Manis"