RESEPI KEK BUAH

Loading...

DSC 0524 1 - RESEPI KEK BUAH

DSC 0526 - RESEPI KEK BUAH

DSC 0530 - RESEPI KEK BUAH

Assalamualaikum.. aishhh…. kek dah tinggal serdak baru nak share resepi.. maaf la uolss.. kak busy..
Nak kasi tau utk adik2 yg tak tau.. Kek buah ni versi versi kek butter.. tak sesuai di kukus ye.. sebab ramai yg pm tanya blh kukus tak? Yg kukus2 tu versi lagi 1. Yg ni kita panggil light fruit cake… gitue… kek ni bertekstur ringan. Tapi jangan overbaked sebab nanti kek jadi kering.
Resepi Light Fruit Cake 
By: Nina Mahdar

bahan-bahan:
250g mentega (saya guna buttercup tong)
100g gula kaster
4 biji telur gred A
250 tepung serbaguna
2 sudu mkn susu tepung
50g air
1 sudu kecil.ovalette
1 sudu kecil baking powder
230g buahan campuran (1 peket)
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis (kalau nak letak.sedap juga. Tapi saya tak de stok)

Cara membuat:
Pukul mentega, ovalette dan gula sehingga kembang.
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati.
Kemudian masukkan esen vanilla. Pukul sehingga sebati.
Sementara itu satukan tepung dgn serbuk penaik.
Ambil 2 sudu besar tepung yg diayak tadi dan gaulkan dgn buahan campuran utk mengelakkan buah dr mendap ke dasar kek.
Masukkan tepung dan susu tepung sedikit demi sedikit berselang seli air dan putar rata.
Kemudian masukkan buahan kering, gaul rata.
Masukkan adunan ke dlm loyang bersaiz 7 inci.
Bakar dlm ketuhar selama 35-45 minit atau sehingga masak.
Jangan terlebih bakar nanti kek akan menjadi kering.
Selepas 35 minit, cucuk dgn lidi sate jika keluar licin maksudnya kek dah masak blhlah diangkat dan sejukkan atas redai.
Bungkus terlebih dahulu menggunakan plastik wrapping lebihkurang semalaman utk dapatkan kek yg lembab dan buah tidak berterabur bila di potong.
Loading...

Tags: #Buah #Resepi

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "RESEPI KEK BUAH"