RESEPI KEK BATIK MILO

Loading...

DSC 0547 1 - RESEPI KEK BATIK MILO

DSC 0541 - RESEPI KEK BATIK MILO
Salam Jumaat. Baru sempat nak share resepi.. dr semalam busy siapkan tempahan kek customers. Banyak gambar tak sempat post.
Kek batik ni semalam buat semalam jugak licin. tak sempat nak simpan utk hari ni. lain kali nak buat 2 adunan. dapat besar sikit.
RESEPI KEK BATIK
By: Nina Mahdar
Bahan-bahan:

1 peket biskut marie (tak pakai habis pun)
1 ketul butter (250g) – saya guna jenama anchor
1 cawan milo
2 biji telur
1/2 cawan serbuk koko
1/2 tin susu pekat
3/4 cawan susu cair
Cara membuatnya:
– Dlm 1 bekas satukan milo, serbuk koko, telur, susu pekat dan susu cair.
– kacau rata. ketepikan.
– cairkan butter di dlm periuk menggunakan api perlahan.
– Apabila butter dah cair. Masukkan adunan milo tadi.
– kacau sehingga sebati.
– Masak sehingga adunan kelihatan sedikit likat dan meletup letup.
– Masak menggunakan api perlahan.
– Tutup api dan sedikan loyang size 6″.
– Alas loyang dgn plastik. saya tak alas sebab guna loose base loyang.
– susun biskut marie di dlm loyang. curah sedikit adunan milo tadi. ratakan sehingga meliputi keseluruhan biskut.
– kemudian susun lagi adunan biskut. buat berulang ulang sehingga habis.
– Sejukkan di dlm peti ais sehingga kek batik menadi keras.
– Tuang coklat ganache di atasnya. potong menggunakan pisau tajam atau pisau bergerigi.
RESEPI COKLAT GANACHE:
BAHAN-BAHAN:
200g coklat compound
150g susu cair @ non dairy whipping cream
1 sudu mkn butter
Cara Membuatnya:
– Satukan kesemua bahan dan cairkan menggunakan kaedah double boiler.

DSC 0535 - RESEPI KEK BATIK MILO

DSC 0518 - RESEPI KEK BATIK MILO

cats - RESEPI KEK BATIK MILO

DSC 0512 - RESEPI KEK BATIK MILO

DSC 0514 - RESEPI KEK BATIK MILO

Loading...

Tags: #BATIK #Milo #Resepi

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "RESEPI KEK BATIK MILO"