RESEPI JERUK MANGGA ASAM BOI

RESEPI JERUK MANGGA ASAM BOI

RESEPI JERUK MANGGA ASAM BOI 

Lisa tak berapa berani nak mkn mangga muda ni , sebab jenis yg takut masam and takut gigi ngilu . Tapi sejak pakai sensodyne ni dah berani try mkn manis , masam ( eh teriklan pulak ) . Dah bertahun rasanya Jeruk Manga Asam Boi ni menghantui rakyat Malaysia , kalini Lisa cuba try rasa dan … sedap weih. Tak la masam macam yg Lisa bayangkan selama ni . Rasa Masam, manis dan pedas… ok la cun ! Sebelum ni Lisa ada share RESEPI JERUK RAMBUTAN ASAM BOI , kali ni nak share Resepi Jeruk Mangga Asam Boi pula.. semudah ABC jerr.

RESEPI JERUK MANGGA ASAM BOI RANGUP & MUDAH

Berikut adalah bahan-bahan dan cara membuatnya.

Bahan-bahan
4 biji mangga

1 sudu teh kapur mkn / Garam kasar
10 Sudu Besar Gula 
1 Packet Asam boi
Cilipadi ikut suka nak pedas mana

CARA-CARA
1. KUPAS MANGGA
Mula-mula basuh dan buang kulit mangga macam biasa. Hiris panjang-panjang tapi jangan nipis sangat sebab nanti tak rangup pula.

 RENDAM
Seterusnya kita rendamkan mangga dgn air yg dibancuh dgn 1 sudu teh kapur mkn. Biarkan 1 jam.Tujuan merendam dgn air kapur ni utk bagi mangga tu rangup.

Kalau yg tak ada kapur dekat rumah blh gantikan dgn garam kasar segenggam atau cuka.
CUCI
Lepas sejam, cuci semula mangga tadi bersih-bersih. Lepas tu toskan dan blhlah masukkan ke dlm balang.
2.Masukkan gula kemudian gaul rata .

3.Selepas itu masukkan asam boi dan cili padi , gaul rata lagi.
4.Akhir serkali taburkan asam dan limau kasturi , simpan dlm peti sejuk selama 4 jam sebelum dinikmati . Simpan dlm peti ais semalaman baru sedap mkn sejuk-sejuk. Bahan-bahan tadi pun dah bersatu dan lagi kaww rasa jeruk mangga tu.

Haa… Kan ke senang sangat nak buat jeruk mangga asam boi ni. Yg suka pedas, bubuhlah cili tu lebih sikit. Baru power!

Selamat mencuba.
Loading...

Tags: #ASAM #Jeruk #Mangga #Resepi

author
Author: 
    Sebut Orang India Jorok, Anak Iis Dahlia Disemprot Akun Kareena Kapoor: Jaga Mulutmu!
    slidegossip.com – Anak perempuan Iis Dahlia, Salshadilla Indradjaja kini tengah menjadi perbincangan gara-gara
    Ngaku Punya Kekayaan Senilai Rp 60 Ribu Triliun, King of The King Siap Bgkan Rp 3 Miliar/Orang!
    slidegossip.com – Baru-baru ini publik tanah air dikejutkan lagi dgn munculnya kerajaan bernama
    Download Teacher Guide – Implementing the CEFR-Aligned Curriculum
    The Guide is designed to help teachers develop their own lesson plans and
    Artis Cantik Ini Paksa Suami Ucapkan Talak Gara-Gara Motor Harley?
    slidegossip.com – Nasib rumah tangga penyanyi dangdut Jenita Janet dgn sang suami, Alief

    Comments are closed.