RESEPI IKAN MASAK SINGGANG KUNING

Loading...

52355776 10215478482469730 6983824059762999296 o 1 - RESEPI IKAN MASAK SINGGANG KUNING
Siap masak singgang kuning ikan bawal. Amik gambo dlm kuali je..

Kakak share Resepi ni utk adik2 yg kurang pandai masak ikan singgang ye..
Ikan Masak singgang
(Cara saya)

Bahan-bahan:
Ikan – terpulang nak guna ikan apa pun
(Bersihkan dan lumur serbuk kunyit)
4 ulas bawang putih – di tumbuk
1″ halia – di tumbuk
2 batang serai – di titik
1 labu bawang merah
1 batang lada merah – di hiris
1/2″ kunyit hidup – saya guna serbuk kunyit hujung sudu
Sedikit air asam jawa
2 pcs asam keping
1 sk serbuk lada sulah
Beberapa keping daun limau purut
Sedikit garam dan sedikit gula.
(Nak pedas letak cili padi)
Tomato – belah 6
Cara membuatnya:
Panaskan minyak. Tumis bawang putih, merah, halia, serai dan lada merah sehingga bawang layu.
Masukkan air asam jawa. Kemudian tuang air. (Ikut la banyak mana nak letak)
Biarkan mendidih. Masukkan ikan.
Masukkan sedikit serbuk kunyit.. (sikittt je) sebab ikan dah lumur kunyit.
Masukkan asam keping dan daun limau purut.
Perasakan dgn garam, gula dan lada sulah.
Masukkan tomato.. biarkan menggelegak. Tutup api.
Angkat dan Sedia utk di hidangkan
Loading...

Tags: #IKAN #Kuning #Masak #Resepi #SINGGANG

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "RESEPI IKAN MASAK SINGGANG KUNING"