RESEPI IKAN AYA (TONGKOL) REBUS KELANTAN YANG MUDAH

ASSALAMUALAIKUM..
ikan aya rebus mudah dan sedap

Salam semua, bulan 10 yg dah nak penghujungnya. semoga sihat sejahtera hendaknya kepada semua pembaca.

Sebelum nak post utk resepi gulai kuning ikan kering atau pun gulai kuning ikan aya, nak kongsi dulu cara yg biasa buat utk ikan aya ( tongkol ) rebus Kelantan. Menu kat rumah memang seminggu sekali kena ada jugak gulai kuning ikan aya. 

Jadi, sebelum nak menggulai ikan, kena lah rebus ikan aya terlebih dahulu. Ikan aya ni ada 2 jenis yg jenis isi lembut dan isi keras, faham tak hii, Ikan aya lembut mahal sikit harga. Kalau kita, kurang gemar sikit yg ikan aya lembut ni sebab lebih suka ikan aya yg isi dia keras sikit. Tak berapa pandai sangat bab ikan ni, sebab kadang – kadang tertukar, macam sama jer 2 tu. :D.

Kali ini kita nak kongsi cara yg biasa nak rebus ikan tongkol ni. Yg ini memang berkuah, sebab bonda memang suka mkn kuah sebab itu buat berkuah sikit. Kalau nak ikut rebus ikan style kita, memang lepas 6 hari baru sedap isi ikan, sebab makin banyak hari, isi ikan jadi pejal dan masam sikit. Hanyir ikan pun dah hilang hii. Baru sedap nak buat gulai kuning ikan tongkol. Ada ke orang nak ikut. :D.

Tapi tak apa ikut korang semua dlm 3 hari tu pun dah blh masak dah. Cuma kalau rebus ikan yg banyak hari kena panaskan, pastikan guna periuk kaca ataupun periuk tanah. Kat rumah ada satu bentuk buah labu hii. Lagi selamat.

Untuk rebus ikan ini, kita guna periuk kaca. Bukan apa, main dgn garam ni, kalau guna periuk jenis aluminum ke, atau pun periuk cap buaya tu, memang blh hakis periuk, Pernah kena sebenarnya hii

Nak lagi jelas, jemput tonton video di bawah tu ya. Ikan aya dah campur dgn 2 ekor ikan lolong. Saja nak penuhkan periuk. hii 

RESEPI IKAN AYA (TONGKOL) REBUS KELANTAN YANG MUDAH 

Bahan – bahan 
1 ekor ikan tongkol berat dlm 1 kg ( kalau terlebih pun dlm 1 kg lebih ) 

Lengkuas dlm 1 inci dihiris sederhana besar
Garam kasar secukupnya
10 – 11 keping asam keping (bergantung kepada saiz asam keping)
Air secukupnya
Cara – cara 

1. Ikan aya dibersihkan dan potong dlm potongan yg sederhana besar
2. Dlm periuk, letak hirisan lengkuas, kemudian susun potongan ikan, letak asam keping dan kemudian tabur garam secukupnya
3. Buat berselang seli sampai habis.
4. Kemudian masukkan air secukupnya bukan penuh sampai atas ya, bawah sikit dr paras ikan.
5. Letak atas dapur rebus sampai ikan masak
6. Kalau nak simpan dlm 6 hari tu, pastikan setiap hari panaskan tak nak bagi ikan busuk.

Nota
Ikan tongkol rebus kalau nak sedap utk buat gulai kuning, lepas dlm 6 hari baru masuk, isi jadi pejal dan tak hanyir. Ikan rebus juga sesuai utk digoreng begitu saja nak lagi sedap goreng bawang goreng dan tabur. Memang sedap mkn dgn nasi panas. Walaupun nak goreng tu meletup – letup, 🙂


Carian Berkaitan

rebus ikan bakulan
Loading...

Tags: #IKAN #KELANTAN #Mudah #Rebus #Resepi #Tongkol #yang

author
Author: 
    Rambut Terbakar di Atas Panggung, Artis Ini Terus Bernyanyi: Ini Bgan dr Kesenangan!
    slidegossip.com – Siapapun yg menjalani suatu profesi memang harus bisa memberikan totalitasnya. Seperti
    Dr Mahathir letak jawatan Perdana Menteri
    SHAH ALAM – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan baru menyerahkan surat
    10 Hari Dipenjara, Wajah Lucinta Luna Tumbuh Kumis dan Jenggot? Ngutang dan Minta Mukenah!
    slidegossip.com – Artis sensasional Lucinta Luna kini harus merasakan dinginnya tembok penjara selama
    Dari Gak Bisa Ngupas Salak, Nia Ramadhani Akhirnya Bikin Suami Bangga Saat Lakukan Ini!
    slidegossip.com – Sejak beredar videonya yg tidak bisa mengupas salak, tingkah Nia Ramadhani

    Leave a reply "RESEPI IKAN AYA (TONGKOL) REBUS KELANTAN YANG MUDAH"