Resepi Homemade Sambal Tumis Yg Mudah Hanya 4 Bahan Sahaja

Resepi Homemade Sambal Tumis Yg Mudah Hanya 4 Bahan Sahaja || Homemade sambal tumis, lama dah nak up kat blog resepinya. Tapi tak kesampaian hii. Homemade sambal tumis buat banyak macam ni kemudian frozenkan. Sambal tumis memang wajib ada di dapur, bukan apa senang nak mudahkan kerja utk nak masak macam-macam sambal kan. Kalau tak buat macam ni nanti kerja jadi lambat, Paling malas nak rebus atau rendam lada kering tau huu.

Siapa pernah buat. Kita ni dlm kepala macam- macam nak buat sebab nak mudahkan kerja jadi cepat. huu. Tapi tak buat sorang ni minta bantuan bonda juga. Banyak oooo nak kupas bawang lagi, jadi berdua lebih baik. hii. Kalau selalu guna sambal tumis paling tahan sebulan, kalau tak pun dlm 2 bulan. Macam tu lah tak berapa ingat. Kalau dulu, biasa simpan peti bawah, sekarang ni dah frozenkan pulak. 

resepi homemade sambal tumis yg mudah hanya 4 bahan sahaja

Part nak blend tu kena gigih sikit dan part nak potong bawang. nasib baik blender jenis kuasa kuda hii dan besar dlm 2 kali blend jerr. Letak air pun sikit jerr sebab tak nak lepas blend macam berair sangat. Kalau tak masa tengah tumis, memang merecik -recik sebab air terlalu banyak. Kalau korang nak gantikan dgn minyak blh kot sebab ada dengar petua macam tu, nak elak masukkan air. Dlm bawang tu dah banyak air so, kena berpada – pd bila nak masukkan air ni.

Alhamdulillah, masa tengah tumis tak ada merecik- recik, kalau tak habis satu dapur merecik satu kerja nak mengelap pulak. Utk lada kering tu, korang campur lada kering yg jenis kerinting dan yg jenis besar tu, yg kerinting tu pedas sikit kan. Utk bawang besar, biasa guna bawang merah yg besar tu, bawang bombay.

Nak blh ke masak sambal tumis tu, macam biasalah lama sikit sebab kena kacau selalu kan sampai naik minyak. Dah siap, macam dah lega :). Resepi pun mudah jerr hanya guna 4 bahan sahaja, jemput lah tonton video, kalau tertanya kenapa masukkan garam, nak bagi tahan lama sikit, dah namanya masakan kan, masukkan lah garam. Nanti nak guna utk masak, kena ingatlah yg sambal tumis ni dah ada utk masin tu. Faham kan. Panjang lebar dah menaip.

Resepi ada di bawah ya. Kalau rajin simpan dlm bekas kecik- kecik. Tak ada ruang dlm peti kalau nak buat macam tu, letak dlm bekas besar terus.

C360 2018 11 29 12 03 42 738 01 - Resepi Homemade Sambal Tumis Yg Mudah Hanya 4 Bahan Sahaja

RESEPI HOMEMADE SAMBAL TUMIS YANG MUDAH HANYA 4 BAHAN SAHAJA
Bahan – bahan
5 labu bawang putih
18 labu bawang merah besar atau 1 kg yg dah dibuang kulit
200gm lada kering
2 sudu besar garam halus
Cara – cara
1. Lada kering digunting kemudian direbus sampai kembang
2. Toskan dan basuh bersih umtuk buang biji lada
3. Blend lada kering terlebih dahulu masukkan air sikit dan blend sampai halus
4. Kemudian tuang dlm bekas lain separuh, masukkan bawang putih dan bawang merah dan blend sampai halus. Kalau terasa banyak blend dlm 2 kali

5. Panaskan minyak dlm 1 cawan, kemudian masukkan bahan yg telah diblend
6. Kacau sekali sekala sampai bahan tumisan nampak berkilat tanda naik minyak. Kalau terasa macam tak naik minyak tak nampak blh tambah minyak sambil kacau – kacau. Lama la juga kacau
7. Hampir nak masak blh masukkan 2 sudu besar garam halus dan gaul rata, kacau lagi sampai bahan tumisan masak
8. Dah masak, sejukkan dan blh simpan dlm bekas
9. Tahan dlm 1 bulan lebih kalau rajin guna simpan peti bawah, nak elok lagi frozenkan

Carian Berkaitan

petua tak bagi sambal merecik ketuka masak
Loading...

Tags: #Bahan #Hanya #Homemade #Mudah #Resepi #Sahaja #Sambal #Tumis

author
Author: 
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat (LAGU RAYA BARU)
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat Lagu Raya Ayda Jebat 2019, Lagu
    Sinopsis Telefilem Tiga Lima; Cereka Ahad TV3
    SINOPSIS TIGA LIMA Halim, baru kematian ayahnya, Daud. Kini ibunya, Hasnah perlu menyara
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam | Hai korang, aduh-aduh sejak bulan
    GOT7 Terbang Tinggi Ke Luar Angkasa Pakai Baju Astronot Di Dance Practice ‘Eclipse’!
    Sepertinya  GOT7 baru saja mendarat dr luar angkasa, dan terjun utk melapor kepada

    Leave a reply "Resepi Homemade Sambal Tumis Yg Mudah Hanya 4 Bahan Sahaja"