RESEPI HOMEMADE CENDOL

DSC 0373 1 - RESEPI HOMEMADE CENDOL

DSC 0405 1 - RESEPI HOMEMADE CENDOL

DSC 0382 - RESEPI HOMEMADE CENDOL

Assalamualaikum kesayanganku…

Musim-musim panas ni tekak asyik mencari yg sejuk-sejuk je. minggu ni je anak-anak kak nina minta buatkan macam-macam pencuci mulut.. nasib baik la minggu ni mood kak nina rajin je.. dapat la anak merasa macam-macam.. 🙂

Kali ni kak nina buat homemade cendol. puas hati kan bila buat sendiri.. dapat banyak. nak mkn berulang kali pun blh. ha.. mkn la puas-puas..

kak nina bereksperimen dgn 3 jenis cendol. tapi masih tak dapat tekstur seperti yg di jual di kedai. InsyaAllah jika aura rajin masih kekal dlm badan.. kak nina akan cuba lagi sampai dapat.. hehehe

Di antara 3 jenis resepi cendol ini. kak nina memilih resepi nombor 1. cuma hasil cendolnya tidak begitu halus dan cantik. tetapi rasa dan kekenyalan menepati citarasa kak nina.
Resepi no 2 dan 3 pula.. cendolnya kelihatan cantik dan berkilat tetapi agak lembut dan mudah patah.

jadi terpulang pd citarasa uols nak pilih resepi cendol yg macamana..

DSC 0315 - RESEPI HOMEMADE CENDOL

DSC 0340 - RESEPI HOMEMADE CENDOL


RESEPI CENDOL 1

Bahan-bahan:
100g tepung jagung
500g air pandan
1 sudu mkn air abu

Cara membuatnya:
– satukan kesemua bahan. kacau sebati.
– masak menggunakan api perlahan sehingga adunan pekat dan kental.
– sediakan air sejuk/ais di dlm bekas besar.
– bila cendol dah masak. tekan ke dlm acuan cendol. blh guna acuan maruku.. blh guna penapis lubang besar.
– atau masukkan kedalam piping bag. picit perlahan-lahan. picit sewaktu panas kedalam bekas berisi ais. alas tangan dgn kain.


DSC 0329 - RESEPI HOMEMADE CENDOL
DSC 0343 - RESEPI HOMEMADE CENDOL

RESEPI CENDOL 2:

Bahan-bahan:

50g tepung jagung
50g tepung beras
450g air pandan
1 sudu mkn air kapur

Cara membuatnya:
– satukan kesemua bahan. kacau sebati.
– masak menggunakan api perlahan sehingga adunan pekat dan kental.
– sediakan air sejuk/ais di dlm bekas besar.
– bila cendol dah masak. tekan ke dlm acuan cendol. blh guna acuan maruku.. blh guna penapis lubang besar.
– atau masukkan kedalam piping bag. picit perlahan-lahan. picit sewaktu panas kedalam bekas berisi ais. alas tangan dgn kain.

DSC 0341 - RESEPI HOMEMADE CENDOL
RESEPI CENDOL 3:

Bahan-bahan
100g tepung beras
1 sudu mkn air abu
450g air pandan

Cara membuatnya:
– satukan kesemua bahan. kacau sebati.
– masak menggunakan api perlahan sehingga adunan pekat dan kental.
– sediakan air sejuk/ais di dlm bekas besar.
– bila cendol dah masak. tekan ke dlm acuan cendol. blh guna acuan maruku.. blh guna penapis lubang besar.
– atau masukkan kedalam piping bag. picit perlahan-lahan. picit sewaktu panas kedalam bekas berisi ais. alas tangan dgn kain.



Loading...

Tags: #Cendol #Homemade #Resepi

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "RESEPI HOMEMADE CENDOL"