RESEPI GULAI KUNING IKAN KERING KELANTAN (MUDAH DAN SEDAP)

ASSALAMUALAIKUM..

resepi gulai kuning ikan kering kelantan mudah dan sedap
Salam semua, dah masuk bulan 11, hujan dah mula turun dah, seharian hujan hari ini. Khabarnya berlarutan sampai hari Rabu nanti. Ramai yg balik kampung kan sebab musim cuti raya.. Selamat bercuti semua dan berhati – hati bila dah nak masuk musim tengkujuh.

Beberapa hari dah blog ni menyepi, kita kongsi resepi jer lah. Biasa lah resepi tertunggak. Inilah dia resepi yg biasa orang Kelantan buat, orang sini pagi – pagi mkn nasi berlauk dgn gulai kuning macam ini. Tapi tak kisah utk lunch pun blh. Gulai kuning ia tak kisah ada guna ikan aya ( tongkol ) rebus dan blh juga nak guna ikan kering. Kalau nak guna ikan kering, biasanya guna ikan cencaru kering tu ataupun jenis ikan kering yg banyak isi.

Selalu setiap minggu wajib masak, bonda rajin bab rebus ikan, maka terhasil juga menu gulai kuning ikan kering ataupun gulai kuning ikan tongkol rebus. Kalau puas dah mkn gulai ikan rebus ganti dgn ikan kering pulak. hii . Bahan sama jerr, cuma ikan tu gantikan. Nak mkn gulai kuning ni kena gandingkan dgn sambal belacan kelantan.

Kali ini, ada gantikan gula putih dgn gula zerro, gula zerro ni bagus, shoot video nak masak gulai ikan kering sebab nak letak gula zerro ni hii.

C360 2018 09 09 13 36 25 606 01 - RESEPI GULAI KUNING IKAN KERING KELANTAN (MUDAH DAN SEDAP)
Kalau korang nak gantikan santan tu dgn santan kotak pun tak apa, kalau guna santan fresh lagi sedap. Jarang jugak nak guna santan kotak selalu guna santan fresh. Nak lagi jelas tonton  video di bawah ya. Nak resepi sambal belacan kelantan click link di bawah. Nak tahu tentang gula sihat zerro, sila click link di bawah 🙂

Sambal Belacan Kelantan Sedap >>> http://www.wanisukarno.com/2018/09/resepi-sambal-belacan-kelantan-yang.html

Gula Sihat Zerro >>> http://www.wanisukarno.com/2018/09/pemanis-gula-tanpa-kalori-zerro-joymix.html

RESEPI GULAI KUNING IKAN KERING KELANTAN

Bahan – bahan
Ikan kering biasanya guna ikan kering cencaru dlm 6 ekor potong bersih, kalau rasa tak nak masin, rendam sekejap ikan kering. Utk Ikan tongkol rebus secukupnya, ( guna hampir1 ekor ikan tongkol berat dlm 1kg )
2 labu bawang merah besar
3  tangkai lada burung campur merah dan hijau
5 hiris lengkuas
2  inci kunyit ( bergantung kepada saiz kunyit )
5 tangkai lada kering
1 – 2 keping asam gelugor / keping
3 cawan santan
Garam dan gula secukupnya

Bahan tambahan kalau letak lagi sedap
1 batang timun dipotong dan dibelah
1 tangkai lada hijau besar dipotong 3
Potongan nenas secukupnya

Cara – cara
1. Blend halus bawang merah besar, lada burung, lengkuas,kunyit dan lada kering.
2. Masukkan bahan yg telah diblend ke dlm periuk, masukkan santan dan asam keping
3. Letak atas dapur dan kacau perlahan sampai mendidih
4. Masukkan ikan tongkol rebus, didihkan sekejap, nanti nak tutup api letak potongan timun, lada hijau dan nenas. Biarkan didih sekali lagi nampak potongan timun dah lembut sebelum tutup api
5. Masukkan garam dan gula secukupnya. Siap utk dihidangkan.

Nota :
Ikan rebus atau ikan kering dah masin sikit, jadi bila nak masukkan garam dlm kuah kena pandai suai rasa ya.

Untuk resepi ikan aya (tongkol) rebus Kelantan blh click di SINI

Loading...

Tags: #Gulai #IKAN #KELANTAN #KERING #Kuning #Mudah #Resepi #Sedap

author
Author: 
    Sudah Jatuh Tertimpa Tangga? Eksepsi Ditolak, Rey Utami dan Pablo Ditinggal Pengacara!
    slidegossip.com – Pasangan Rey Utami dan Pablo Benua bisa dibilang sedang apes. Seperti
    Tak Terbantahkan Lagi! Gebby Vesta Tunjukkan Bukti KTP Abash, Ternyata Memang Perempuan?
    slidegossip.com – Gebby Vesta kembali melancarkan serangan kepada seterunya Lucinta Luna. Namun kali
    Udah Jadi Pendakwah, Beredar Video Boy Hamzah Mabuk dan Ngamuk! Gagal Hijrah?
    slidegossip.com – Baru-baru ini publik dikejutkan dgn beredarnya video seorang artis pria tampan
    Diajak Kencan Sesama Jenis Oleh Aktor dan Anggota DPR, Artis Tampan Ini Ditawari Rp 50 Juta!
    slidegossip.com – Dunia hiburan memang menjanjikan byk hal, mulai dr popularitas, kemewahan sehingga

    Leave a reply "RESEPI GULAI KUNING IKAN KERING KELANTAN (MUDAH DAN SEDAP)"