RESEPI DONUT PANDAN

Loading...

46354745 10214826624853697 2927295536807542784 n 1 - RESEPI DONUT PANDAN

46320619 10214826579692568 2013850984740028416 n - RESEPI DONUT PANDAN

46392831 10214826580172580 5698833895647084544 n - RESEPI DONUT PANDAN

46416838 10214826580372585 7876962229793325056 n - RESEPI DONUT PANDAN

46339261 10214822976402488 7022289868470353920 n - RESEPI DONUT PANDAN

46275257 10214822977882525 2879162091724341248 n - RESEPI DONUT PANDAN
Assalamualaikum wbt.
Semoga di permudahkan urusan kita pd hari ini, di bukakan segala pintu rezeki dan pintu kebaikan buat kita semua. Amin.

Donut pandan ni saya buat semalam. buat utk minum petang anak-anak. sesekali mencuba variasi donut yg ada. Resepi donut seperti biasa cuma tambahkan air pandan dan perwarna hijau. memang sedap dgn aroma daun pandan.
RESEPI DONUT PANDAN
Bahan-bahan:
250g Tepung gandum
250g Tepung Roti (nak guna sepenuhnya tepung gandum pun blh)
100g gula
1 peket yis kering (11g)
2 sudu mkn susu tepung
220g air Pandan (lebihkurang)
1 biji telur + 1 biji kuning telur
1 sudu kecil garam
perwarna hijau
2 sudu mkn butter / majerin
1 sudu kecil bread softener (optional)
Cara membuatnya:
– Masukkan Tepung gandum, tepung roti, gula, Yis kering dan Telur ke dlm pesin pengadun.
– Kacau sehingga semua bergaul rata.
– Masukkan garam ke dlm air pandan. kacau sehingga garam larut.
– Kemudian tuang perlahan-lahan ke dlm adunan tepung tadi.
– Masukkan perwarna hijau lebihkurang 2 sudu mkn.
– Uli sehingga menjadi doh.
– Masukkan pula butter dan bread softener. uli sehingga permukaan adunan kelihatan licin.
– keluarkan adunan doh. ambil adunan dan Timbang seberat 30g (terpulang nak besar mana)
– Buat rounding seperti bola golf. susun dlm loyang yg telah di tabur tepung. dan rehatkan.
– bila doh yg telah di bulatkan tadi kelihatan kembang. penyekkan sedikit menggunakan tangan atau menggunakan belakang sudip kayu (yang lebar)
– buat lubang di tengahnya menggunakan penutup botol. (saya menggunakan acuan nozzle) – video di sertakan.
– (Tidak perlu kembangkan lagi donut yg telah di lubangkan.)
– Goreng donut dgn menggunakan api perlahan. bila dah nampak bahagian bawah sedikit perang, terbalikkan donut tadi.
– Toskan minyaknya menggunakan tisu dapur atau kertas minyak.
– sejukkan dan taburkan gula aising atau snow powder di atasnya.
– sedia utk di hidangkan.

Loading...

Tags: #Donut #Pandan #Resepi

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "RESEPI DONUT PANDAN"