RESEPI DAGING MASAK MERAH PALING SEDAP

Loading...

ASSALAMUALAIKUM..

resepi daging masak merah paling sedap

RESEPI DAGING MASAK MERAH PALING SEDAP || Sejak jumpa resepi daging masak merah tersedap, memang tak lompat ambil resepi lain dah, resepi ini lah yg guna sejak thn ke thn. Nampak sangat lama tu thn ke thn, Sebelum ini memang ada post, pergi korek balik entri lama tapi cuba lah click tuan punya pemilik blog, nampak blog tak wujud dah. Nampaknya, kena edit balik sana buang link broken. Ini lah yg susah sebenarnya nak letak link, takut link rosak. huu.

Daging masak merah guna daging korban, lama dah tak masak, disebabkan ini daging lembu muda, rebus pun tak lama Cuma yg tak ingatnya nak pergi goreng sekejap hirisan daging bagi garing sikit. Apapun sedap juga walaupun tak digoreng. Daging jadi merah sebab masa tengah rebus letak pewarna merah :D. Nak masuk jugak dgn nama resepi daging masak merah.

Terima kasih penyumbang resepi, nak letak link, link blog pun dah broken dan tak wujud.

RESEPI DAGING MASAK MERAH PALING SEDAP

Bahan- bahan 

300 gm daging

1 sudu mkn pes cili

1 labu bawang besar ( saiz besar ) – dipotong2

3 ulas bawang putih ( dipecahkan )

4-6 ulas cili padi  (dititik/diketuk ) – blh tambah jika suka pedas

2 -3 sudu besar sos cili ( Blh tambah sos jika mahu kuah lebih )

1 sudu mkn sos tomato

1 sudu mkn sos ikan ( sos nampla )

1 biji buah tomato ( di potong 6 )

cili merah/ cili hijau utk hiasan

daun ketumbar ( di hiris )

sedikit minyak

Cara – cara 

1. Daging di bersihkan kemudian direbus sehingga agak empuk. Angkat dan sejukkan seketika.

2. Hiris daging tadi kemudian ketepikan.

3. Masukkan 2 sudu besar minyak masak dlm kuali.

4. Masukkan daging tadi goreng seketika dgn api perlahan ( goreng sekejap saja – jangan garing sangat!).

5. Dlm kuali yg sama, tolak daging ketepi masukan pes cili, bawang putih, bawang besar. Kacau sehingga layu.

6. Masukkan semua sos-sos dan sedikit air. Bila kuah mendidih masukkan buah tomato daun ketumbar dan  cili merah serta cili hijau yg telah di potong memanjang.

7. Kacau seketika dan tutup api. Blhlah dihidangkan.

Loading...

Tags: #Daging #Masak #Merah #Paling #Resepi #Sedap

author
Author: 
    Pertimbang bonus sebulan gaji, semak semula SSM – CUEPACS
    GEORGETOWN: Kerajaan diharap mempertimbangkan pemberian bonus sekurang-kurang sebulan gaji kepada penjawat awam dlm
    MATXI Corp Sambut Ulangtahun Ke 2 Penuh Gemilang
    Assalamualaikum Tahniah MATXI Corp atas ulang thn ke 2 pd 21 Sept lps.
    Dijambak Haters dan Ketahuan Botak, Lucinta Luna Ngamuk di Tempat Umum!
    slidegossip.com – Lucinta Luna kembali jadi perbincangan publik. Seperti terlihat dlm video yg
    Lirik Lagu Ilir 7 ‘Entah Apa yg Merasukimu’ Langsung Viral di Media Sosial!
    slidegossip.com – Lagu berjudul ‘Entah Apa yg Merasukimu’ tiba-tiba saja jadi viral di

    Leave a reply "RESEPI DAGING MASAK MERAH PALING SEDAP"