Resepi Daging Gulung Sos Lada Hitam Italian

Resepi Daging Gulung Sos Lada Hitam
Bahan :
1 kg daging batang pinang
2 sudu besar minyak masak
Horseradish Cream, (jika suka)
Bahan perap:
1 sudu besar madu
1 sudu besar lada hitam (di tumbuk)
Sedikit garam
Bahan kisar:
½ cawan minyak
5 ulas bawang putih
1 pokok daun parsli
Sesudu kecil rempah Italian mix (daun oregano, rosemary dan thyme)
2 sudu besar mustard powder
Cara membuatnya:
Gaul rata daging dgn bahan perap. Ikat serta gulung daging dgn menggunakan tali parcel. Biarkan sekurang-kurangnya 4 jam di dlm peti sejuk.
Panaskan saute pan di atas dapur dgn api sederhana dgn memasukkan dua sudu besar minyak masak.
Setelah sauté pan panas, gorengkan daging gulung selama 8- 10 minit sehingga terbakar seluruh bahagian dan mengeluarkan air.(caramelized).
Asingkan dan guna air daging (caramelized) itu sbg gravy dgn menambahkan sedikit cream atau susu segar.
Keluarkan daging gulung dan pindahkan ke dulang pembakar beralas rak wire.
Panaskan ketuhar dgn suhu kepanasan ketuhar 350 degrees F.
Sementara itu masukkan bawang putih, rempah Italian mix ( parsley, thyme, oregano, rosemary), mustard powder, ½ cawan minyak masak dan garam secukup rasa ke dlm food processor. Blend sehingga bahan menjadi paste.
Sapu rata bahan paste pd daging gulung. Bakar di dlm ketuhar selama 45 minit atau sehingga masak.
Biarkan daging gulung 10 minit sebelum di hiris dan dihidangkan bersama Horseradish Cream dan sayur-sayuran kukus (lobak merah, brokoli, couliflower, kacang peas)
Horseradish Cream
½ cawan sour cream
2 sudu besar prepared horseradish atau lobak manis cincang
1 sudu besar jus lemon
Garam
Cara membuatnya:
Campurkan semua bahan di dlm bekas kecil. Tutup dan masukkan ke dlm peti sejuk sehingga sedia digunakan utk hidangan.
Nota: Rebus atau kukus sayur-sayuran seperti lobak merah, cauliflower, brokoli dan kentang sbg mknan seimbang. Masukan ke dlm pinggan individu bersama hirisan daging gulung dgn dicurahkan sedikit gravy di atasnya.

Loading...

Tags: #Daging #Gulung #HITAM #Italian #LADA #Resepi

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Comments are closed.