RESEPI DAGING BUDU NOXXA YANG SEDAP

ASSALAMUALAIKUM…

C360 2018 07 04 14 10 44 405 01 - RESEPI DAGING BUDU NOXXA YANG SEDAP

Salam Jumaat semua

Masih ramai tak kenal lagi dgn resepi ini, dan Wani rasa kalau orang dengar pun macam kejakunan, hii..Orang Kelantan sendiri pun tak pernah dengar hii..Mungkin dah sebab ini resepi turun – temurun dr sebelah arwah nenek. Lagipun Kelantan memang terkenal dgn budu, Kalau orang Kelantan sendiri tak mkn budu tak tahu nak cakap apa dah, hii.

Entri pasal daging budu sebelum ini ada dah pos kat sini. Abah penggemar daging budu, maklumlah kan dah dulu arwah mak dia yg selalu buat. Alhamdulillah diperturunkan resepi ini utk generasi ketiga. Disebabkan keluarga kami memang suka ulam – ulaman, jadi, kalau ada daging budu memang dah masuk dah nak cicah dgn ulam.

Resepi daging budu tak ada lah susah sangat, resepi mudah sahaja. cuma resepi ini simpan lama lagi sedap selepas 3 hari. Kalau sebelum ini, buat dlm periuk biasa susah sikit, sebab nak kena panaskan hari – hari, kuah cepat nak kering. Disebabkan dah ada noxxa tak perlu risau, cuma kita perlu reheat sahaja. Kalau yg pressure cooker yg lain pun rasa sama la jugak kan.


Resepi ini memang guna lada banyak ya, kalau nak kurangkan pun takut tak bau lada sebab kunci utama rasa daging budu ini bau lada tu. Orang kata nampak banyak , tapi tak pedas sebab letak sebiji – biji dlm tu, Yg jadikan pedas tu, kalau mkn sambil kita lenyek lada itu yg pedas.

Daging HP terpulang berapa minit, biasa ada yg buat 25 minit, biasa Wani HP lama sikit kadang- kadang dapat daging yg lambat nak lembut. Kalau ada sesiapa yg nak cuba, selamat mencuba. Resepi yg sangat mudah 🙂

RESEPI  DAGING BUDU NOXXA YANG SEDAP 

BAHAN-BAHAN

1kg daging dihiris sederhana tebal
5 – 6 tangkai lada kering *
2 ulas bawang merah jenis besar *
4 hiris lengkuas *
20 tangkai lada burung hijau dan merah ( kalau nak kurangkan blh dlm 15 tangkai ) 
1/2 keret gula melaka
3 keping asam keping
2 botol budu cap ketereh rujuk gambar

Ke semua bahan bertanda * diblend halus

CARA- CARA

1. Mula – mula sekali, letak ke semua bahan yg telah diblender, lada burung, daging, asam keping, gula melaka dan juga budu.Sebenarnya tak payah tambah air pun tak apa dah.Sebab daging tu keluarkan air, Tapi cuci lah bekas blender dgn air sikit, bazir pulak kan, sikit jerr jangan banyak

2. Kemudian kacau rata sekejap

3. Tekan high pressure selama 33 minit dan tekan button on

4. Pastikan tombol ke pressure

5. Apabila dah bunyi beep, tekan button off dan putar tombol ke pressure utk lepaskan wap baru blh buka tudung. Ok dah siap, nampak macam banyak air sebab air daging ni turun. Jadi kita kena didihkan sekejap ya.

6. Tekan stir fry dan tekan button on tunggu sehingga mendidih. Biarkan didih lama sikit ya sebab nak kurangkan air kuah sikit, Sebenarnya kuah kena pekat sikit baru sedap.

7. Ok dah siap didih. Tekan button off. Lagi banyak hari lagi sedap sebab rasa dah masuk dlm daging. Pedas lada pun hilang. Bertambah nasi kalau mkn.

Jemput tonton video di bawah cara nak masak daging budu guna Noxxa 

                      

Loading...

Tags: #Budu #Daging #Noxxa #Resepi #Sedap #yang

author
Author: 
    22 Negara Ini Belum Tersentuh Virus Corona, Begini Cara Mereka Bisa Bebas Dari Covid-19!
    slidegossip.com – Virus corona atau covid-19 telah mewabah di ratusan negara di dunia.
    Masih 16 Thn, Gadis Cantik Ini Jadi Korban Meninggal Termuda Akibat Corona di Eropa!
    slidegossip.com – Seorang remaja cantik di Prancis bernama Julie A dinyatakan sbg korban
    Cari Keuntungan di Tengah Bencana? Aktor Terkenal Ini Ditangkap Karena Jual Vaksin Corona Palsu!
    slidegossip.com – Wabah virus corona atau covid-19 telah membuat kepanikan warga dunia. Namun
    Contoh Catatan Ringkas PdP Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19
    Pekeliling berkaitan PdP murid dan guru ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah pun

    Leave a reply "RESEPI DAGING BUDU NOXXA YANG SEDAP"