RESEPI DAGING BAKAR HARIMAU MENANGIS YANG SANGAT SEDAP DAN MUDAH

Loading...

ASSALAMUALAIKUM.
resepi daging bakar harimau menangis yg sangat sedap dan mudah

Dah lama teringin nak bakar daging dlm air fryer, lama dah ni buat. Nak buat sebab nama harimau menangis tu, entah kenapa harimau menangis tak tahu lah hii.

Akhirnya tertunai hajat, guna daging korban, kemudian perap. Kalau masuk bab perapan memang lama sikit perap. Berminggu rasanya daging perapan dlm peti beku hii, baru teringin rasa nak bakar, sebab mood M datang, kadang – kadang susah jugak ya, bila mood R datang baru kerajinan nak bakar lagi nak buat sos daging ni lagi.

Lagi lama perap, lagi bagus sebab lagi bahan perapan tu masuk dlm daging. Ikut resepi orang bagi, tak tahu kenapa diberi nama daging bakar harimau menangis tu. Resepi sangat mudah. Kalau korang rajin perap lama sikit daging tu ya, letak dlm dlm peti beku,

20180824 122042 01 - RESEPI DAGING BAKAR HARIMAU MENANGIS YANG SANGAT SEDAP DAN MUDAH

Daging yg sedang diperap, simpan semalaman peti bawah kemudian baru simpan dlm peti beku.

20180914 115716 01 - RESEPI DAGING BAKAR HARIMAU MENANGIS YANG SANGAT SEDAP DAN MUDAH
Beras yg telah disangai dan ditumbuk halus. Utk kuah sos cili ala thai, bagi Wani tekak macam tak blh terima sikit hii, biasalah komen sikit kan. Tapi mungkin korang nak cuba apa salahnya 🙂
20180914 115740 01 - RESEPI DAGING BAKAR HARIMAU MENANGIS YANG SANGAT SEDAP DAN MUDAH

Air asam jawa utk buat sos 
20180914 124141 01 - RESEPI DAGING BAKAR HARIMAU MENANGIS YANG SANGAT SEDAP DAN MUDAH
Daging yg dah sedia utk dibakar
20180914 131719 01 - RESEPI DAGING BAKAR HARIMAU MENANGIS YANG SANGAT SEDAP DAN MUDAH

Separuh masa pertama, kena sabar sikit bakar dlm air fryer hii, kalau nak lagi garing blh tambah masa.

C360 2018 09 14 12 33 53 874 01 - RESEPI DAGING BAKAR HARIMAU MENANGIS YANG SANGAT SEDAP DAN MUDAH

Sos cili ala thai yg memang sedap lah di tekak, ada rasa masam manis masin dan bau daru daun ketumbar lagi. Memang masuk kalau cicah dgn daging, Wani mkn buat kuah dlm nasi hii.

C360 2018 09 14 13 22 28 908 01 - RESEPI DAGING BAKAR HARIMAU MENANGIS YANG SANGAT SEDAP DAN MUDAH
Daging bakar yg dah siap dibakar, nanti suam suam sikit, blh hiris 

Resepi di bawah terima kasih Puan Tahrunnisah Jali sebab terbaca di laman web mingguan wanita. Ada satu lagi kalau nak buat sos blackpepper mushroom pun ada resepi di bawah. Siap shoot video. Sila tonton di my youtube channel. 🙂

RESEPI DAGING BAKAR HARIMAU MENANGIS YANG SANGAT SEDAP DAN MUDAH

Bahan-Bahan:
2 kilo daging dipotong kecik atau suka hati tak kisah bahagian mana
5 sudu besar sos cili maggi
5 sudu besar sos tiram
6 sudu besar sos black pepper
6 sudu besar sos ikan
1 1/2 sudu besar lada hitam tumbuk
2 sudu gula
1 sudu kecil garam tak perlu banyak
1/2 cawan minyak masak

Cara Membuat:
1.Campur kesemua bahan diatas kecuali minyak masak dlm 30 minit.
2.Kemudian baru tuang minyak masak dan gaul sebati dan perap lagi dlm 2 jam
sedia utk dibakar.
(#tujuan letak minyak masak utk bagi daging lembut & juicy)

Cara nak bakar dlm air fryer : 

1. Letak daging dlm basket, tolak masuk dlm air fryer
2. Putar tombol suhu 160 C dan masa 30 minit
3. Dlm tempoh 30 minit, balikkan kedua – dua belah. Dah cukup tempoh masa kalau nak lagi garing blh tambah masa
4. Setelah siap, angkat dan keluarkan sejukkan sekejap, kemudian blh dihiris nipis
5. Dah sedia utk dihidangkan bersama sos cili ala thai

Sos Cili Ala Thai
Bahan-Bahan:
segenggam asam jawa*
1 cawan air suam* – campur keduanya hanya ambil air asam jawanya sahaja
3 sudu sos ikan
1 biji limau nipis
1 keping gula melaka ditumbuk halus
10 biji cili api tumbuk halus nak pedas blh tambah lagi
8 biji bawang merah kecik dihiris nipis
beras di sangrai (digoreng tanpa minyak dan tumbuk halus)
daun ketumbar dipotong halus
garam

Cara Membuat:
1.Air asam jawa, sos ikan, gula melaka, cili api tumbuk, bawang merah, beras tumbuk dan daun ketumbar dicampur bersama dlm satu bekas.
2. Tambah sedikit air masak jika adunan nampak terlalu pekat dan perah limau nipis.
3.Perasakan dgn sedikit garam.

Sos Blackpepper Mushroom
Bahan-Bahan:
2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil lada hitam
5 sudu besar sos lada hitam
1 kiub stok ayam
2 sudu besar sos tiram
1/2 cawan sos perapan daging
1 sudu kecil kicap pekat
1/2 cawan whipping cream- kalau takde gantikan dgn susu segar
2 cawan air (jika pekat adunan blh tambah air mushroom dlm tin dihiris nipis)

Cara Membuat:
1.Panaskan mentega dlm periuk.
2.Masukkan tepung gandum kacau sekata dan masukkan 2 cawan air dan kacau guna whisker sehingga sebati..
3.Masukkan sos lada hitam, sos tiram, lada hitam tumbuk, stok ayam, sos perapan daging, kicap pekat dan whipping cream, kacau sekata
4.Jika adunan pekat blh tambah sedikit air sehingga dapat kepekatan yg diingini.

Jemput tonton di my youtube channel
Loading...

Tags: #Bakar #Daging #HARIMAU #Menangis #Mudah #Resepi #sangat #Sedap #yang

author
Author: 
    Guru lelaki maut ketika water rafting
    Gambar hiasan via MyAdventureHost GOPENG 15 Sept. – Seorang guru lelaki mati lemas
    8 Tips Lindungi WhatsApp Dari Hacker Nakal
    WhatsApp adalah aplikasi perpesanan terpopuler. Bagaimana tidak, jumlah pengguna aktif blnannya lebih dr
    Tips Pilih Tilam Yg Betul Utk Masalah Tulang Belakang
    Assalamualaikum… Tidur tu satu nikmat. Lagi-lagi lps satu hari suntuk kerja atau buat aktiviti
    Pengenalan Guru Nadi Negara angkat martabat guru – Maszlee
    Malah, kata beliau, KPM akan turun pdng ke setiap negeri di Malaysia utk

    Leave a reply "RESEPI DAGING BAKAR HARIMAU MENANGIS YANG SANGAT SEDAP DAN MUDAH"