Resepi Cucur Jagung Mudah dan Sedap

Dah lama nieyl tak share resepi masak memasak dlm blog, sendu sikit la kebelakangan ni bab memasak ni sebab kebanyakkan masakan nieyl dah share resepinya dlm blog.. Kali ini kiranya first time nieyl buat cucur jagung ni tau. Area rumah nieyl tu susah siki nak dapat jagung , dekat Aeon Big Alamanda pun nieyl cari tak ada. Mungkin bukan musim dia la kot kan.
Pergi kedai area rumah nieyl awalnya nak beli sayur tapi ternampak pula jagung banyak terus beli 4 tongkol. Kebetulan petang tu nak pergi lepak bawah pokok mangga rumah MIL nieyl, jadi masak cucur jagung utk minum petang sekali.
Alhamdulillah, first trial yg blh buat nieyl senyum lebar bila satu bekas tupperware habis di mkn dan semua kata sedap..bonus utk diri sendiri sebab buat dgn penuh kasih sayang okay..hehehe..InsyaÁllah kalau ikhlas bertambah sedap apa yg kita masak tu..
Disebabkan first trial nieyl berjaya, nieyl nak share resepi cucur jagung yg mudah dan sedap. Lagipun bahan-bahan yg digunakan pun senang nak cari. Dan bahan-bahan pun korang blh guna ikut apa yg ada je pun tak ada, yg penting kena ada JAGUNG okay..
IMG 20181117 173154 2 - Resepi Cucur Jagung Mudah dan Sedap
Resepi Cucur Jagung Nieyl 

Bahan-bahan
  • Tepung gandum
  • Tepung beras (sedikit) * tak wajib,kalau ada..tak letak pun tak apa
  • Bawang besar (potong dadu)
  • Cili Besar (cincang)
  • Jagung ( di tumbuk)
  • Daun kucai (kalau xde pun tak apa)
  • Telur Ayam
  • Garam
  • Air
* nieyl letak serbuk emplex sikit,nak kasi rasa crispy² sikit..hehehe (tak letak pun tak apa) 

IMG 20181117 165619 - Resepi Cucur Jagung Mudah dan Sedap

Cara-caranya 

  1. Korang blh tengok gambar yg nieyl tunjuk dekat atas ni…
  2. Satu kan semua bahan dlm 1 bekas
  3. Gaul semua bahan last sekali nieyl baru letak air
  4. Air tu korang blh sukatan sendiri kalau nak keras,kurang kan air, nak lembut sikit lebih kan air.
  5. Time goreng nanti api tak perlu kuat sangat, nanti luar je garing dlm tak masak pula. Guna api yg sederhana.
  6. Lepas warna dah keemasan, dah blh angkat dan toskan dan mkn bersama sos..yumyum
Selamat mencuba uolls ♥

Loading...

Tags: #Cucur #Jagung #Mudah #Resepi #Sedap

author
Author: 
    Ratu Kebaya Masuk U | Telefilem Komedi Lakonan Ruhainies
    JUDUL : RATU KEBAYA MASUK U WAKTU SIARAN : Jumaat, 12 Januari 2018.
    Kompilasi 52 LAWAK Dubbing ajqhrs (@ajqhrs ig)
    Episod Penuh di http://www.layanon9.pro/ Like facebook page kami di https://www.facebook.com/layanon9 Follow kami di
    Rizki DA & Lesti DA – Rindu Berat | Tour Dangdut Vaganza
    Rizki DA & Lesti DA menyanyikan lagu Rindu Berat di Tour Dangdut Vaganza
    Biodata Pemain Anak Langit SCTV
    Berikut video biodata lengkap para pemain sinetron Anak Langit di SCTV Rating video:

    Leave a reply "Resepi Cucur Jagung Mudah dan Sedap"