Resepi Coklat Cupcake Air Fryer Yg Gebu Dan Sedap Hanya 10 minit Siap

Resepi Coklat Cupcake Air Fryer Yg Gebu Dan Sedap Hanya 10 minit Siap || Salam semua, baru – baru ini berkesempatan nak eksperimen bakar coklat cupcake guna air fryer, resepi dah simpan lama dah. hii. Biasalah nak datang mood baik ni bukan senang.

C360 2019 03 18 13 01 48 168 01 - Resepi Coklat Cupcake Air Fryer Yg Gebu Dan Sedap Hanya 10 minit Siap

Bila mari mood elok ni kena cepat – cepat buat. Ini kali pertama sejak setahun dah guna air fryer, baru nak terjebak nak baking – baking pulak. :D.

Lama sungguh mood nak baking muncul, sebelum ini asyik goreng ayam, bakar itu ini macam – macam dah kan. Kita jumpa resepi coklat cupcake ni dekat group facebook air fryer. Perkongsian dr kak Mie . 

Terima kasih kak mie atas perkongsian. Bila baca bahan – bahan dan tengok step dia tu mudah sangat. Lagipun salah satu bahan ada letak tepung jagung. Terus memang a keeper dah resepi ni. Memang letak tepung jagung tekstur kek gebu macam nak buat kek chiffon.

Sebelum ini pun dah banyak bereksperimen buat kek chiffon yg biasanya letak tepung jagung. Bila yg resepi coklat cupcake ini ada letak tepung jagung, Dah terbayang mesti  gebu gebas kek nya nanti. Cuma method tu lain sikit.

Kalau ikut resepi asal guna blender, sebabkan kita ni jenis malas nak kotorkan blender hii , kita just kacau – kaca guna whisk jer, Itu pun selepas bakar gebu gebas teksturnya. Simpan semalaman lagi moist kek nya.

Itu sebab kadang- kadang kalau nak mkn kek coklat ni lebih suka simpan semalaman dlm peti, lagi lama simpan lagi moist emm sedapnya dah terbayang dah, pdhal ke semua dah habis. :D.

C360 2019 03 18 13 03 45 768 01 - Resepi Coklat Cupcake Air Fryer Yg Gebu Dan Sedap Hanya 10 minit Siap

Oklah yg mana nak mencuba coklat cupcake air fryer yg mudah ini blh lah cuba ya. Rugi pulak tak cuba buat awal – awal, ingat kan kena panaskan air fryer dulu, tapi tak payah lah. Terus putar tombol suhu dan masa dlm 10 minit dah siap bakar.

Kalau guna oven jenuh nak tunggu sebab kena panaskan dulu oven kan. Yeay lagi mudah dah kerja, nak lagi jenis yg family tak ramai ni lagi mudah. Tak payah dah nak fikirkan nak kena panaskan oven lagi.

Macam – macam tau blh buat dgn air fryer ni, tunggulah stay tuned for next project ya.

Ok selamat mencuba. Resepi asal blend ya kalau malas nak guna blend ambil handwhisk kacau – kacau pun blh.

Jemput tonton dan subscribe. Terima kasih 🙂

Resepi Coklat Cupcake Air Fryer Yg Gebu Dan Sedap Hanya 10 Minit Siap 

Bahan – Bahan  :
2 biji telur
1 cawan tepung gandum (+baking powder+soda bikarbonat) *
1/2 cawan serbuk koko*
2 sudu besar tepung jagung*
1 sudu teh baking powder*
1/2 sudu teh baking soda*
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula halus
3/4 cawan minyak
1/2 cawan air suam

Bahan yg bertanda * diayak 2 kali 

Hiasan (ikut suka)
Badam
Coklat chips
Kismis
Ceri

Cara – cara  :
1. Blend semua bahan kecuali air suam & tepung.
2. Bila dah kembang masukkan tepung. Blend sikit.
3. Kemudian masukkan air suam. Blend lagi sehingga rata.
4. Masukkan dlm cup/kotak. Kalau guna cup, tuangkan 1/2 dr cup. Kemudian taburkan hiasan.
5. Bakar dlm air fryer suhu 160-165 darjah selama 10 minit sahaja. ( Wani guna suhu 160 C air fryer haier ) 
6. SIAP!

Tips.
– Jika guna acuan cup yg kecik tempoh bakar dlm 10minit.
– Jika guna acuan loyang besi (bekas besar) masa perlu ditambah sedikit ya.
– Kalau guna loyang besi (bekas besar), buat 2x bakar (jika ikut sukatan resepi di atas) supaya kek masak sempurna.


Loading...

Tags: #Coklat #Cupcake #FRYER #Gebu #Hanya #MINIT #Resepi #Sedap #Siap

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.