RESEPI BUBUR KACANG HIJAU DURIAN YANG SEDAP DAN MUDAH

Loading...

ASSALAMUALAIKUM..

resepi bubur kacang hijau durian yg sedap dan mudah

RESEPI BUBUR KACANG HIJAU DURIAN YANG SEDAP DAN MUDAH || Ada lagi ke musim durian eh dah macam slow dah ni, Nak kongsi resepi bubur kacang durian ni ada orang nak tahu tak hii.. bubur kacang durian semua blh buat kan. resepi yg sangat mudah jugak. Tak apa lah kongsi la juga kat blog. Musim durian, memang tak blh lari kena buat juga bubur kacang durian dah jadi macam trend kan, habis semua menu nak kena ada durian. :D.

Guna kacang merah pun sedap jugak ataupun campur semua jenis kacang. Utk resepi ini, biasa sekarang bila dah siap rebus kacang hijau, Wani pergi siap pindah masuk dlm periuk lain, sebab tak berapa nak suka nak stir fry masak bubur dlm noxxa. hii Dah jadi tabiat pulak sejak bila perasan bubur ni bila lama- lama dlm periuk makin kembang dah kuah pun cepat surut. Tak apalah 2 kali periuk pun haa. Buat rebus kacang hijau pun dah ok dah.

Kalau buat pengguna periuk ini yg perasan macam tu ada tak, periuk noxxa ni dia memang panasnya lama sikit nak banding periuk biasa. Kalau tak ada tak apalah, terpulang pilihan masing – masing jugak :).


Bubur kacang durian pernah buat dgn kacang merah, rasa lagi sedap dgn kacang merah hii.Bab Santan tu nanti korang nak setakat mana kuah pun tak apa, tapi lagi banyak kuah sedap sikit,, sebab letak durian ni, kuah jadi pekat. dan satu lagi pernah ternampak ada orang buat kacang hijau digoreng dulu, mesti lagi wangi kan. Nantilah next kita cuba 🙂 yg resepi ini versi mudah sangat.

RESEPI BUBUR KACANG HIJAU DURIAN YANG SEDAP DAN MUDAH

Bahan – Bahan
2 cawan kacang hijau
3 1/2  cawan santan  atau secukupnya (guna santan segar lagi sedap )
gula melaka 1 keping ( bergantung kepada saiz )
durian 6 – 8 ulas ( bergantung kepada saiz ulas durian )
garam secukup rasa
1 helai daun pandan diikat ( kalau nak letak )

Cara – Cara
1. Kacang hijau direbus sehingga pecah lembut. Kalau ada periuk tekanan lagi mudah. Terpulang pilihan masing- masing ya.
2. Bila kacang hijau dah pecah lembut blh masukkan santan, gula melaka, garam, dan letak daun pandan.
3. Kacau sehingga mendidih baru blh letakkan ulas durian.
4. Didihkan lagi sehingga kuah mesra. Kalau rasa tak berapa nak manis, blh nak tambah gula melaka
5. Dah siap blh hidangkan

BACA SINI >>> CARA MASAK KACANG HIJAU NOXXA 15 MINIT


Jom tonton video bubur kacang hijau durian yg sedap dan mudah

                     


Carian Berkaitan

bubur kacang hijau durian
Loading...

Tags: #BUBUR #Durian #Hijau #Kacang #Mudah #Resepi #Sedap #yang

author
Author: 
    6 Artis Indonesia Ini Punya Anak Sebelum Nikah, No 2 Diisukan Gay, No 4 Hamil Duluan!
    slidegossip.com – Popularitas yg diraih seorang artis turut membawa rasa penasaran publik soal
    Demo Ormas Tolak DWP Bubarkan Diri Karena Suara Speaker Kalah Keras!
    slidegossip.com – Penyelenggaraan acara Djakarta Warehouse Project (DWP) yg dihadiri byk artis dan
    Trio Ikan Asin Dipenjara, Kumalasari Makin Populer! Mbak You: 2020 Dia Akan Jatuh!
    slidegossip.com – Tak bisa dipungkiri, gara-gara kasus video ikan asin, nama Barbie Kumalasari
    Tiga muka surat pelajaran tulisan Jawi jadi pertikaian Dong Zong didedahkan
    Sejak Julai, pengkritik bertegas membantah rancangan kerajaan utk memperkenalkan tiga halaman pelajaran tulisan

    Leave a reply "RESEPI BUBUR KACANG HIJAU DURIAN YANG SEDAP DAN MUDAH"