Resepi Ayam Masak Merah Kenduri Fadzielah Ayub!!

Loading...

Resepi Ayam Masak Merah Kenduri Fadzielah Ayub!! | Blh pulak teringin nak mkn ayam masak merah kenduri bulan puasa ni. Ada rahsia yg buatkan lauk ni memang sedap dan lain dr biasa. Cara masak pun mudah. Jom tengok resepi dekat bawah.

2 9 - Resepi Ayam Masak Merah Kenduri Fadzielah Ayub!!
Sumber : Fadzielah Ayub
Bahan-bahan:
1/2-1 ekor ayam. Sy guna 1/2 ayam
Serbuk kunyit utk goreng ayam
2 sudu besar cili kering yg di blend
*3 biji bawang besar atau lebih
*5 biji bawang putih atau lebih
*1-2 inci halia
*1 inci belacan
4-8 batang serai diketuk
Kicap secukup rasa
2 sudu besar gula atau secukup rasa (sy guna gula melaka)
2 sudu kecil garam halus atau secukup rasa
Cara-cara:
1. Gaulkan ayam dgn kunyit dan garam. Kemudian goreng separuh masak. Tak perlu garing nanti isi keras.

2. Blend bahan bertanda (*).
3. Gunakan minyak goreng ayam itu dan goreng serai sampai berwarna coklat atau naik bau.
4. Masukkan cili blend dan bahan (*) yg diblend. Masak sampai garing dan terbit minyak.
5. Masukkan gula, garam dan kicap secukup rasa.
6. Masukkan ayam. Kemudian gaul sehingga sebati dan ayam masak.
Fuhh.. Memang sedap kalau mkn dgn nasi putih panas atau nasi minyak. Bau pun memang buat tak tahan dah nak mkn.. Haha
9BResepiBRahsiaBAyamBGorengBKFCB257EBRanggup25212521 - Resepi Ayam Masak Merah Kenduri Fadzielah Ayub!!
Gaulkan ayam dgn kunyit dan garam. Kemudian goreng separuh masak
8BResepiBRahsiaBAyamBGorengBKFCB257EBRanggup25212521 1 - Resepi Ayam Masak Merah Kenduri Fadzielah Ayub!!
Ayam tak perlu garing. Nanti isi keras

7BResepiBRahsiaBAyamBGorengBKFCB257EBRanggup25212521 1 - Resepi Ayam Masak Merah Kenduri Fadzielah Ayub!!
Guna minyak goreng ayam tadi, goreng serai yg diketuk sehingga coklat atau naik bau

6BResepiBRahsiaBAyamBGorengBKFCB257EBRanggup25212521 1 - Resepi Ayam Masak Merah Kenduri Fadzielah Ayub!!
Masukkan cili dan bahan yg di blend tadi. Masak sehingga garing dan terbit minyak

5 - Resepi Ayam Masak Merah Kenduri Fadzielah Ayub!!
Letak garam, gula dan kicap secukup rasa

4 6 - Resepi Ayam Masak Merah Kenduri Fadzielah Ayub!!
Kemudian masukkan ayam

3 4 - Resepi Ayam Masak Merah Kenduri Fadzielah Ayub!!
Goreng seketika dan tadaaaaaa dah masak! Bau tu memang buat tak sabar nak mkn dgn nasi panas 😂
Video: 

Selamat mencuba..😍
Jangan lupa share..😘

Loading...

Tags: #Ayam #Ayub #Fadzielah #Kenduri #Masak #Merah #Resepi

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Comments are closed.