RESEPI AYAM GORENG KICAP TAUCU YANG MUDAH DAN SEDAP

Loading...

ASSALAMUALAIKUM..

resepi ayam goreng kicap taucu yg mudah dan sedap

RESEPI AYAM GORENG KICAP MASAK TAUCU YANG MUDAH DAN SEDAP || Kadang – kadang fikir bab masak – masak ni, tak blh nak fikir yg payah – payah juga, kalau blh nak seringkas mungkin, Wani kadang- kadang jam jugak nak masak apa, sebab fikir nak ikut tekak orang lain pun susah, usahkan nak ikut tekak kita kan. Kali ini fikir nak masak apa dgn ayam, buat resepi yg paling simple sangat. semudah ABC. tapi memang guna kicap pekat ABC pun dlm resepi ni. 😀

Ada 2 bahan penting guna dlm resepi ini iaitu taucu dan kicap pekat, memang dah setia dgn kicap pekat ABC, tak pernah pula guna jenama lain, Jenama Mahsuri pun blh tahan juga kan. Terpulang kepada selera masing – masing. Utk taucu Wani guna cap tamin, muslim produk, Yg penting kicap kena pekat. Resepi di bawah. Senang kan simple. Selamat mencuba.

AYAM GORENG KICAP TAUCU YANG MUDAH DAN SEDAP

BAHAN – BAHAN
4 ulas bawang putih ditumbuk
2- sudu besar taucu cap tamin
Kicap pekat ABC manis secukupnya
6 ketul ayam yg telah dipotong sederhana besar. Ayam diperap dgn garam kunyit, kemudian goreng garing ( jangan gaul letak garam kunyit banyak sangat )


3 tangkai lada burung merah diketuk
Bawang besar dipotong baji secukupnya

CARA – CARA
1.Tumis bawang putih sehingga wangi kemudian masukkan lada burung dan bawang besar
2.Kacau mesra sekejap dan masukkan taucu, kacau sehingga mesra sampai bagi taucu garing sikit
3.Kacau sekejap terus masukkan ayam goreng dan tuangkan kicap pekat secukupnya
4. Garam tak payah tambah sebab dah masin taucu. Kacau sampai mesra ayam dgn kicap.
5. Blh tutup api dan hidangkan

Loading...

Tags: #Ayam #GORENG #Kicap. #Mudah #Resepi #Sedap #TAUCU #yang

author
Author: 
    Cantik dan Sukses, Ternyata Ariel Tatum Pernah Alami Gangguan Mental Sampai Ingin Bunuh Diri!
    slidegossip.com – Siapa sangka, artis cantik yg sering berpenampilan seksi Ariel Tatum ternyata
    Keluarganya Dibilang Sombong, Begini Balasan Menohok Ussy Sulistiawaty!
    slidegossip.com – Keluarga Ussy Sulistiawaty kembali jadi korban kenyinyiran netizen. Seperti dilansir dr
    Is Malaysian education system ready for streamless schools?
    In theory, while there is merit behind the idea of no streaming, making
    Harga Tiket Masuk Terengganu Draw Bridge
    Assalamualaikum semua, BBL sbg anak jati Terengganu memang bangga sangat jambatan angkat pertama

    Leave a reply "RESEPI AYAM GORENG KICAP TAUCU YANG MUDAH DAN SEDAP"