RESEPI ASAM PEDAS IKAN PARI YANG TERLAJAK MUDAH DAN SEDAP

Loading...

Assalamualaikum..
Resepi Asam Pedas Ikan Pari Yg Terlajak Mudah Dan Sedap || Ikan pari, siapa mkn ikan pari ada tak, kita ni jenis tak mkn ikan pari, tapi ikan pari kering mkn pulak, yg hidup macam ni tak mkn :D. Walaupun tak mkn ikan pari, kadang – kadang, tolong masakkan. Bonda ni memang suka mkn, selalu ikan pari biasa masak asam pedas macam ni lah kalau selain dr bakar.
Biasanya korang masak apa, asam pedas ni menu sangat mudah, rasa semua orang pun dah pandai masak asam pedas, tapi itulah macam – macam style orang masak asam pedas ni kan. Kita masak yg jenis mudah sahaja. Bahan blend hanya bawang merah, bawang putih dan lada kering sahaja. Selalu utk bahan tumis guna yg dah ready made, senang sikit tak lah terkejar sangat nak blend itu ini. Tapi mudah jerr bahan blend tu, korang blend jer bawang putih, bawang merah dan lada kering ya.
Nanti kita share lah sebab selalu dah buat senang sikit, kalau ada yg melibatkan bahan tumis terus. jimat dah masa nak prepare nak blend lagi kan. 
Bila dah masak cara macam ini, kena agak -agak dah, biasa kalau masak asam pedas, tak suka sangat terlalu pekat, cair sangat tu tidak lah, just nice gitu. Jom lah tengok cara kita, nanti kelapangan masa sikit, kita share homemade sambal tumis yg mudah pulak. Ikan pari guna ikan pari besar dan potong lah dlm ketulan kecil sikit, senang nak mkn. 

Jemput tonton video di bawah,, lately rajin sangat nak shoot video, walaupun mood kekadang ke laut. hii.
resepi asam pedas ikan pari yg terlajak mudah dan sedap
RESEPI ASAM PEDAS IKAN PARI YANG TERLAJAK MUDAH DAN SEDAP 

Bahan-bahan

Ikan pari yg telah dipotong sederhana secukupnya
Segenggam daun kesum
1 batang serai yg telah diketuk
Lengkuas 1 inci *
Kunyit 1 inci *
4  – 5 biji kacang bendi dipotong 2
Belacan utk tumis
2 biji ubi kentang dipotong 2
Bahan tumisan secukupnya (blend bawang putih 2 ulas, bawang merah 4  dan lada kering 5 tangkai )
Air asam jawa secukupnya

Bahan bertanda * ditumbuk halus

Cara – cara
1. Tumis belacan sampai naik bau dan masukkan bahan yg ditumbuk, tumis sampai wangi kemudian masukkan bahan tumisan secukupnya. Tumis lagi sampai naik bau.
2. Masukkan potongan ubi kentang dan ikan pari, kacau rata dan masukkan air secukupnya
3. Masukkan serai yg telah diketuk dan juga daun kesum
4. Tudung sekejap nak bagi ubi kentang empuk
5. Masukkan air asam jawa dan potongan kacang bendi. Tudung sekejap ya bagi kacang bendi lembut sikit.
6. Bila kacang bendi dah lembut sikit, blh lah masukkan gula dan garam secukup rasa. Siap. 

Loading...

Tags: #ASAM #IKAN #Mudah #Pari #PEDAS #Resepi #Sedap #Terlajak #yang

author
Author: 
    Sudah Mantap Berhijab, Artis Cantik Ini Byk Dpt Godaan Utk Lps Hijab!
    slidegossip.com – Artis cantik Citra Kirana akhirnya memutuskan utk berhijab sejak empat bln
    Muat Turun Toolkit PdP KBAT Terbitan BPK, KPM
    Toolkit PdP KBAT adalah satu manual pelaksanaan yg lengkap bg sekolah utk membudayakan
    Vanessa Angel, Apa Kau Lupa Surgamu Dimana? Mengapa Kau Blokir Instagram Ayahmu?
    slidegossip.com – Kabar hubungan Vanessa Angel dgn sang ayah, Doddy Soedrajat yg disebut-sebut
    #CadangMakan : Naughty Italian @ Mainroad Jalan Ampang Murah, Sedap & Berbaloi lah!
    Assalamulaikum gais, Pernah datang port mkn Mainroad di Jalan Ampang tak? Ha ni

    Leave a reply "RESEPI ASAM PEDAS IKAN PARI YANG TERLAJAK MUDAH DAN SEDAP"