Resepi Air Asam Paling Mudah Nak Buat Dan Sangat Sedap Cicah Dgn Ikan Bakar

Resepi Air Asam Paling Mudah Nak Buat  Dan Sangat Sedap Cicah Dgn Ikan Bakar || 
Salam semua, agak jarang juga nak buat air asam ni sebab kat rumah nak kata peminat air asam tegar tu tak juga. Kalau teringin nak buat nak cicah dgn ikan bakar, memang akan buat la juga. Kalau dulu, sekali -sekala buat air asam semasa bulan puasa sebab tekak teringin sangat nak masam – masam. Lepas puasa tak buat pulak hii.

20190301 131507 01 - Resepi Air Asam Paling Mudah Nak Buat Dan Sangat Sedap Cicah Dgn Ikan Bakar

Siapa peminat air asam ni, air asam kalau ikut kan memang macam – macam resepinya. Adik balik bercuti minggu lepas. Kebetulan adik ipar bagi 2 ekor ikan yu yg sederhana yg fresh dr laut. Hobi dia ni suka pancing ikan. Cuaca sekarang panas elok turun laut memang ok lah laut pun tak bergelora. Alhamdulillah ada lah rezeki dikongsi, walaupun diri sendiri tak mkn ikan yu. :D. Orang lain tolong mkn.

Ikan yu ni isi dia tawar, orang lain yg bagi tahu hii, jadi kena gandingkan dgn air asam nak mkn lagi sedap. Kulit ikan yu keras, jadi kena lapah buang kulit.

Cari resepi air asam berkenan dgn yg ini, sangat mudah resepinya, lagipun bahan semua ada, memang on terus. Resepi ni ambil di laman web RASA. Kredit utk Animas Nurjana Abdul Halim. Terima kasih ya. Ok lah air asam ni yg penting kena seimbangkan masam masin nya.

Dengan ikan bakar lain pun blh jugak. Resepi dia tak ada cakap bawang berapa biji itu berapa biji, agak- agak jer lah ya. Senang sangat jerr pun. Ini pun ada lebih simpan dlm peti bawah. Esoknya, panaskan balik dlm periuk.

C360 2019 03 01 14 07 18 427 01 - Resepi Air Asam Paling Mudah Nak Buat Dan Sangat Sedap Cicah Dgn Ikan Bakar

Nampak tak ikan yu, gambar banyak blur. Bulan puasa kalau menu mudah dan cepat buat lah air asam cicah ikan bakar, tak lama dah nak puasa, yg mana belum ganti puasa tu dah blh start ganti slow – slow. Nak fikir menu utk bulan puasa ni pun macam banyak pening dah.

Resepi Air Asam Paling Mudah Nak Buat Dan Sangat Sedap Cicah Dgn Ikan Bakar

BAHAN A:

* Bawang besar
* Tomato
* Cili padi hijau
* Cili merah

BAHAN B:

* Bawang besar
* Tomato
* Cili padi hijau
* Cili merah
* Belacan
* Air asam jawa
* Garam & gula secukup rasa

BAHAN C:

* Kerisik secukupnya
* Limau nipis |jumlah bergantung tahap kemasaman yg disukai

CARA – CARA:
1. Hiris bahan A. Masukkan ke dlm bekas.
2. Masukkan bahan B ke dlm blender. Tambah belacan, garam, gula dan air asam jawa secukupnya. Kisar.
3. Tuang bahan kisar ke dlm bekas berisi bahan hiris. Gaul rata.
4. Masukkan bahan C dgn secukupnya. Gaul lagi dan blhlah dinikmati.


Loading...

Tags: #ASAM #Bakar #Buat #Cicah #IKAN #Mudah #Paling #Resepi #sangat #Sedap

author
Author: 
    COVID-19: CUEPACS mohon penangguhan bayaran LPPSA
    KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menangguhkan sementara pembayaran balik pinjaman perumahan Penjawat Awam yg
    4 Gaya Bercinta Favorit Artis Cantik Indonesia, No 3 Pakai Mainan, No 4 Suka Jumpalitan!
    slidegossip.com – Setiap orang dewasa yg telah menikah, sudah selayaknya memiliki hasrat bercinta,
    Sering Pamer Kekayaan, Giliran Didatangi Orang Pinjam Uang, Nikita Mirzani Malah Ngamuk!
    slidegossip.com – Nikita Mirzani dikenal sbg salah satu artis yg sering pamer harta
    Aktor Ini Meninggal Mendadak di Usia 16 Thn! Keluarga Kecewa Tak Blh Peluk Jenazah!
    slidegossip.com – Kabar duka kembali datang dr dunia hiburan. Aktor tampan Logan Williams

    Leave a reply "Resepi Air Asam Paling Mudah Nak Buat Dan Sangat Sedap Cicah Dgn Ikan Bakar"