RESEPI AIR ASAM KAKI LEMBU YANG SEDAP DAN MUDAH

Loading...

ASSALAMUALAIKUM
Resepi air asam kaki lembu yg sedap dan mudah
Tak habis lagi pasal menu raya korban ni, kaki lembu macam biasa time raya korban jerr la blh dapat. Tak ada menu lain dah kena buat, air asam kalau di Kelantan ni. Maka terjadilah air asam kaki lembu. Resepi lebih kurang sama dgn air asam perut lembu. Kat sini nak tunjuk rupa kaki lembu tu la ya. Tak ingat pulak nak tanya kot ada yg tak mkn. Maaf lah tayang kat blog. Sebab ada juga readers cari.

Nak buat air asam kaki lembu ni banyak kerja sikit, sebab kaki lembu kena bakar terlebih dahulu buang bulus – bulus semua dan bakar sampai bau macam arang – arang sikit. Bab bakar kaki lembu ni dah serah kat abah hii. Bab hiris – hiris siap pun serah kat dia jugak.

20180823 111348 01 - RESEPI AIR ASAM KAKI LEMBU YANG SEDAP DAN MUDAH

Macam tu lah rupa hirisan kaki lembu. Yg ini masih belum dihiris sederhana sikit. Selepas dihiris blh dicuci bersih kalau nak masak hari tu terus. Kalau tak nak masak lagi simpan macam tu lah ya, nak guna baru basuh.

Kaki lembu ia tak ada lemak ia macam banyak kolagen hii.. Yg gambar kat bawah ni dah siap basuh. Banyak jugak dapat utk 1 kaki lembu.

20180901 113721 01 - RESEPI AIR ASAM KAKI LEMBU YANG SEDAP DAN MUDAH

Bahan utama nak buat air asam kaki lembu kena guna banyak asam jawa dan juga jus limau nipis. dlm resepi ni air asam jawa dan perah jus limau nipis kena main agak – agak. Nak tahu kena suai rasa masam – masam tu.

Air asam jawa banyak ni tak cukup hii, yg ini saja snap, kena tambah lagi. Make sure korang ada stok asam jawa ada kat rumah ya. :D. Resepi sangat mudah sama seperti air asam perut lembu. Kalau ada periuk tekanan brand apapun memang berbaloi lah rebus dlm periuk tekanan, sebab kaki lembu ni kalau tak rebus atas dapur jawabnya berjam – jam. Kaki lembu ni selepas rebus kalau dah buat air asam lagi dia jadi kembang, kadang- kadang kuah pun jadi surut, sebab itu pergi tokok tambah air asam jawa lain, perah jus limau nipis. Kemudian panaskan atas dapur balik.

Jom tengok resepi ya, yg mana ada stok kaki lembu blh la masak. 🙂

20180901 115717 01 - RESEPI AIR ASAM KAKI LEMBU YANG SEDAP DAN MUDAH
RESEPI AIR ASAM KAKI LEMBU YANG SEDAP DAN MUDAH NOXXA
Bahan – bahan 
630 gm kaki lembu 
1 labu bawang besar kuning dimayang
3 keping asam keping
Daun kesum dihiris (bergantung kalau suka letak banyak )
3 tangkai lada burung merah dan 2 tangkai lada yg diketuk
Belacan sebesar ibu jari  secukupnya  ( kalau tak cukup blh tambah ikut suai rasa )
Garam dan gula secukup rasa 
1 mangkuk air asam jawa ( anggaran kalau rasa nak lagi masam blh tambah ya )
Jus limau nipis secukupnya ( kena banyak kalau nak lagi masam )

Air masak secukupnya
Cara – cara 
1. Kaki lembu yg sudah siap dihiris sederhana dan dibasuh bersih dimasukkan ke dlm periuk noxxa.
2. Masukkan asam keping dan air secukupnya sama paras dgn kaki lembu, tutup dan putar tombol ke pressure
3. Tekan high pressure selama 40 minit dan tekan on 
4. Selepas bunyi beep, tekan off dan putar tombol ke steam utk lepaskan wap
5. Buka tudung, hirisan kaki lembu yg direbus dah masak
6. Masukkan bawang besar yg telah dimayang, daun kesum yg dihiris, air asam jawa, lada burung yg diketuk dan juga belacan
7. Tekan stif fry dan tekan on tunggu sehingga mendidih
8. Bila dah sebati mendidih blh tekan off.
9. Biasanya lepas siap masak, pindah dlm periuk lain, sebab tak nak bagi kembang sangat dlm noxxa, periuk panas sangat. ia cepat jadi kembang, kuah pun cepat diserap. Jadi senang cerita, pindah masuk dlm periuk lain
10. Kalau rasa nak tambah kuah, blh tambah air asam jawa, kalau terlebih masam tambah air masak ya. Macam tu lah kena agak – agak sikit.
Jemput tonton di my youtube channel 
Loading...

Tags: #ASAM #Kaki #lembu #Mudah #Resepi #Sedap #yang

author
Author: 
    Alieff Irfan akui filem separa lucahnya jejaskan maruah guru
    Filem ini telah pun dipadamkan di Youtube dan Facebook Video terbaharu personaliti Youtube
    Vicky Nitinegoro Ditangkap, Polisi: Kalau Gak Terbukti Narkoba Ya Dipulangkan!
    slidegossip.com – Model dan aktor tampan Vicky Nitinegoro kini tengah diamankan di Polda
    Diminta Jadi Ketua Umum Partai, Awkarin: Saya Gak Akan Ditunggangi Pihak Manapun!
    slidegossip.com – Selebgram kondang Awkarin kembali menyita perhatian publik. Setelah sebelumnya ia sempat
    Lucinta Luna Ketahuan Lagi Bernama Asli Muhammad Fatah dan Abash Adalah Wanita Bernama Dian Ayu?
    slidegossip.com – Nama Lucinta Luna sudah lekat dgn imej artis yg tak kenal

    Leave a reply "RESEPI AIR ASAM KAKI LEMBU YANG SEDAP DAN MUDAH"