RESEPI AGAR – AGAR SANTAN YANG MUDAH

ASSALAMUALAIKUM..

resepi agar - agar santan yg mudah

RESEPI AGAR – AGAR SANTAN YANG MUDAH || Salam semua, banyaknya scroll gambar kadang – kadang naik pening yg mana nak up dulu kat blog, selagi Allah masih jaga diri ini dan dikurniakan kesihatan yg sebaiknya utk menulis dan berkongsi, Selagi nampak tulisan ini di alam maya, selagi itu lah berkongsi kepada pembaca semua ya. Nikmat kesihatan yg Allah bagi kena hargai juga, selagi belum datang sakit, tapi sakit itu pun nikmat yg Allah uji dan sayang kita juga.

Seawal blogging pd thn 2011, blog ini memang fokus utk perkongsian resepi, Sangat gigih nak kenal dgn food blogger di alam maya, makin lama  dr setahun ke setahun, tak ramai dah food blogger yg kenal dulu aktif blogging di alam maya, tak semua tapi masih yg Wani kenal ada lagi yg aktif, malah nama mereka semua makin lama dah masuk TV commercial, contohnya food blogger Kak Azie, dr Azie kitchen. Makin hebat mereka semua, kita jerr yg tak masuk TV :D…konon perasan nak masuk TV kan. hiii


Oklah ya, lama dah peram gambar ini Agar – agar santan pandan yg memang selalu buat, tak semua tekak blh terima agar – agar, tapi agar- agar santan blh masuk tekak sebab semua orang blh mkn. Nama lagi tekak melayu kan, resepi pun ambil dr food blogger yg memang dah lama kenal, tapi mereka ini dah tak berapa aktif dah.Terima kasih di atas perkongsian resepi.

Samada  nak guna serbuk agar – agar atau pun nak guna agar – agar bertali, semuanya blh. ikut resepi di bawah

RESEPI AGAR-AGAR SANTAN PANDAN 
Sumber : Blog Hanamemories

Bahan-bahan
* 10g serbuk agar-agar
* 1 cawan gula
* 1100 ml air
* 170ml air campur 1 paket santan serbuk – hana guna santan pekat
* 1 biji telur dipukul dgn santan tadi
* secubit garam
* 1 helai daun pandan

Cara-cara
* Masak air dgn gula dan daun pandan sehingga gula larut.
* Masukkan serbuk agar-agar dan kacau lagi sehingga mendidih.
* Kecilkan api.Tuangkan campuran santan dgn telur, garam dan kacau terus sehingga adunan santan timbul dan berbintil2.
* Tuang kedalam loyang atau acuan.
* Sejukkan dlm peti sejuk sehingga mengeras baru potong.

RESEPI AGAR-AGAR SANTAN
Sumber : Kak ummi Blog Homesweethome

Bahan-bahan
* 25 gm agar-agar tali (dalam paket)
* 1150 ml air
* 2 paket santan serbuk + 750 ml air (dibancuh jadi santan pekat)
* 1 1/2 cawan gula pasir
* 1 biji kuning telor
* 2 helai daun pandan (disimpul)/perisa pandan
* beberapa titis pewarna hijau
* 1/2 sudu kecil garam

Cara-cara
* Basuh agar-agar dan jerangkan bersama air sehingga mendidih.
* Pastikan agar-agar benar-benar larut, masukkan gula, daun pandan dan pewarna hijau. Sederhanakan api dan masak lagi sehingga gula larut.
* Sementara itu kacau santan, garam dan telor sehingga sebati. Tuangkan ke dlm periuk.Kacau selalu santan dgn api sederhana sehingga nampak santan berbintil-bintil (naik jadi lumut gitu).
* Tuangkan ke dlm loyang yg telah dibasahkan terlebih dahulu.
* Sejukkan sebentar di luar barulah dimasukkan ke dlm peti sejuk.

Nota : utk homemade jus ekstrak pandan blh click di SINI

Loading...

Tags: #AGAR #Mudah #Resepi #Santan #yang

author
Author: 
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat (LAGU RAYA BARU)
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat Lagu Raya Ayda Jebat 2019, Lagu
    Sinopsis Telefilem Tiga Lima; Cereka Ahad TV3
    SINOPSIS TIGA LIMA Halim, baru kematian ayahnya, Daud. Kini ibunya, Hasnah perlu menyara
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam | Hai korang, aduh-aduh sejak bulan
    GOT7 Terbang Tinggi Ke Luar Angkasa Pakai Baju Astronot Di Dance Practice ‘Eclipse’!
    Sepertinya  GOT7 baru saja mendarat dr luar angkasa, dan terjun utk melapor kepada

    Leave a reply "RESEPI AGAR – AGAR SANTAN YANG MUDAH"