Rendang Pucuk Paku Dgn Kerang

Rendang Pucuk Paku Dgn Kerang

Selamat berhari minggu semua. Hari minggu ke hari bekerja, sama jer buat saya sekarang ini. Masa berjalan pantas. Pejam celik, pagi dah bertukar malam dan malam bertukar menjadi pagi. OK hari ini kalau anda tercari cari idea nak masak apa, jom layan resepi Rendang Pucuk Paku dgn Kerang. Masih sempat lagi utk ke pasar mencari pucuk paku dan kerang utk dimasak buat hidangan tengahari ini.

Kali pertama saya dengar berkenaan masakan Rendang Pucuk Paku dgn Kerang dr Cikgu Zaleha, sahabat alumni sewaktu kami minum beramai ramai di restoran selepas majlis perkahwinan anak Datin Nik Junainah di Melaka. 

Sejak itu, saya memang mencari peluang utk mencubanya. Maklumlah bukan senang nak mencari pucuk paku yg elok. Kebanyakan pucuk paku dah tua. Selain itu, saya jarang membeli kerang. Jadi bila dua bahan utama ini tiada di rumah, menyebabkan saya asyik menangguh hasrat utk mencubanya.
Rendang Pucuk Paku Dgn Kerang

Selepas saya membeli kerang utk dimasak Kerang Goreng dgn Kacang Panjang di SINI, dan ada pula isi kerang yg lebih, saya terus meminta Hubby mencari pucuk paku di kedai runcit. Pucuk paku tidak perlu direbus, setelah dibasuh dan tos, tuangkan terus ke dlm kuali dan masak sehingga kering.
Rendang Pucuk Paku Dgn Kerang

Harga kerang blhlah tahan mahalnya. Sekilo berharga RM13. Saya beli 2 kilo kerang dan menghasilkan sebekas isi kerang seperti dlm gambar di bawah. 
Rendang Pucuk Paku Dgn Kerang

Cara saya merebus kerang adalah dgn hanya memasukkan kerang yg telah dibersihkan ke dlm kuali tanpa air. Tutup kuali dan biarkan beberapa minit. Buka penutup dan kacau sehingga kerang kelihatan terbuka. 

Tutup api dan terus dimasukkan air ais ke dlm kuali bagi menghentikan kerang dr terus masak dan isi kerang juga akan menjadi lebih cantik. Tidak kecut.  
Rendang Pucuk Paku Dgn Kerang

Memang sedap rendang kerang ini. Resepi tradisional Nogori yg sangat serasi gandingan antara pucuk paku dan kerang yg membangkitkan rasa manis kerang. Rasanya juga sangat unik. Sebelum ini saya menyediakan Rendang Pucuk Ubi pun sangat sedap. Blh tengok resepi di SINI. Masakan tradisional berasaskan ulam dan sayur sayuran ini memang sedap.

Jom layan resepi di bawah ini dan juga video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI.
Rendang Pucuk Paku Dgn Kerang

Rendang Pucuk Paku dgn Kerang
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan: 
2 ikat pucuk paku – cuci dan toskan 
1 mangkuk isi kerang – lagi banyak lagi sedap
1 sudu besar cili kering kisar – opsyenal
1 biji kelapa – santan
3 batang serai – ketuk 
2 sudu besar kerisik 
2 helai daun kunyit – hiris halus 
1 sudu besar garam  

Bahan kisar: 
20 tangkai cili api 
6 ulas bawang merah 
1 inci kunyit hidup 
1 inci halia 
1/2 inci lengkuas – opsyenal

Cara-cara:
Satukan bahan kisar dgn santan dan serai ke dlm kuali. Masak sehingga kuah pekat
Rendang Pucuk Paku Dgn Kerang

Rendang Pucuk Paku Dgn Kerang

Setelah kuah pekat, masukkan pucuk paku dan kacau rata. 

Rendang Pucuk Paku Dgn Kerang

Bila terbit minyak, masukkan kerisik dan sedikit garam terlebih dahulu kerana bila rendang kering, akan lebih terasa masinnya.  

Rendang Pucuk Paku Dgn Kerang

Setelah kuah hampir kering, baru dimasukkan isi kerang dan kacau rata. Saya memasukkan kerang di akhir kerana tidak mahu kerang menjadi terlalu kecut kerana kerang pun telah direbus.  

Rendang Pucuk Paku Dgn Kerang

Kemudian dimasukkan daun kunyit. Kacau lagi sehingga kering kerana lagi kering, lagi tahan lama. Atau biarkan berkuah sedikit, ikut yg mana disukai. Perlu sentiasa dikacau dgn menggunakan api perlahan supaya tidak hangus dan kering sekata.  

Rendang Pucuk Paku Dgn Kerang

Setelah kering, sesuaikan rasa garamnya. Blhlah ditutup api dan sedia untuk dihidangkan dgn nasi putih.

Rendang Pucuk Paku Dgn Kerang

Nota:
Rendang saya hari ini, tidak kering sangat kerana saya suka mkn rendang yg sedikit basah. 


Loading...

Tags: #Kerang #Paku #Pucuk #Rendang

author
Author: 
    Mee Goreng Basah
    Sebelum masuk bab mee basah, saya nak bercerita aktiviti kesukaan saya kebelakangan ini. Setelah
    Telur Masak Kicap
    Telur Masak KicapBy Kak Wan @ Resipicitarasawan Bahan-bahan6 biji telur grade D atau
    Daging Kicap Bawang Goreng
    Daging Kicap Bawang GorengBy Kak Wan @ ResipicitarasawanSumber :  Pn Surianti @ Jendela
    Buat Sendiri Puding Mangga, Anak-Anak Pun Suka
    Sesekali jom buat puding mangga utk dihidang pd keluarga. Elok juga buat puding

    Leave a reply "Rendang Pucuk Paku Dgn Kerang"