Rendang Itik Salai Dgn Daun Puding

IMG 4591 1 - Rendang Itik Salai Dgn Daun Puding


Saya memang penggemar itik serati yg memang sangat terkenal di Kelantan. Tapi saya belum pernah mkn itik biasa atau itik gembo gembo. Masa kecil kecil dulu, suka main dgn anak itik yg baru menetas. Cantik dgn bulu warna kuning. Siap masukkan dlm besen besar berisi air utk melihat anak itik berenang. Telur itik diram kan bersama telur ayam yg mana ibu ayam sedang mengeram. 

IMG 4582 - Rendang Itik Salai Dgn Daun Puding

Saya mendapat idea utk memasak rendang itik salai selepas menonton rancangan Selamat Pagi Malaysia dr bilik wad ketika saya menjalani pembedahan kaki. Zaini Salai House ada membuat demonstrasi masakan rendang itik salai dgn jeruk maman. Langsung saya terus membuat pesanan daging itik salai. Tapi agak lama utk mereka menghantarnya.
IMG 4594 - Rendang Itik Salai Dgn Daun Puding

Alhamdulillah bila rezeki kerana Daging Salai Cik Yah dr Instagram @dagingsalaicikyah telah sudi membekalkan saya daging salai dan juga itik salai. Saya tertarik dgn tag line mereka iaitu real smoke, real flavour. Mereka mengusahakan sendiri perniagaan daging salai ini.

Saya menanya nanya rakan rakan IG cara penyediaan rendang salai ori Nogori. Menurut mereka, utk memasak lauk rendang itik salai cara Nogori yg sedap, hanya perlu pastikan cili api yg cukup dan santan yg cukup. 

Cara menyediakan rendang dan masak lemak cili api, hampir sama sahaja. Bezanya rendang lebih kering dan masak lemak berkuah. Rendang menggunakan lengkuas yg dikisar atau diketuk tapi masak lemak tidak menggunakan lengkuas. 

Setelah faham akan perbezaannya dan keperluan bahan bahannya, saya mula mencari daun puding atau daun maman. Setelah lama mencari, tiba tiba terbuka hati utk menanya dlm group WhatsApp kejiranan kami. Alhamdulillah, jiran kami Dato’ Razali memberitahu yg di rumah mereka ada 2 pokok puding dan menawarkan kami utk mengambil daun puding serta batang utk ditanam. 
IMG 4545 - Rendang Itik Salai Dgn Daun Puding

Haa barulah lengkap Rendang Itik Salai dgn Daun Puding atau dipanggil juga Puding Belacan. Memang sedap daun puding yg dimasak bersama rendang ini. Patutlah orang Nogori menggunakannya dlm masakan mereka.  


Jom layan resepi di bawah ini dan video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba…

IMG 4579 - Rendang Itik Salai Dgn Daun Puding

Rendang Itik Salai Dgn Daun Puding
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor itik salai
1 1/2 biji kelapa – lagi banyak santan lagi sedap
2 ikat daun puding
4 batang serai – ketuk
2 inci lengkuas – ketuk
Garam kasar

Bahan kisar:
30-40 tangkai cili padi kampung
2 inci kunyit hidup
2 batang serai

Cara cara:
Masukkan daging itik salai ke dlm kuali dan tuang bahan kisar. Masukkan juga lengkuas yg diketuk. Kacau dan masakkan seketika atau sehingga air kering. 
IMG 4547 - Rendang Itik Salai Dgn Daun Puding

IMG 4549 - Rendang Itik Salai Dgn Daun Puding

IMG 4552 - Rendang Itik Salai Dgn Daun Puding

Selepas itu, masukkan santan dan serai. Kacau sehingga kuah pekat. Masukkan garam.

IMG 4565 - Rendang Itik Salai Dgn Daun Puding

Masukkan daun puding. Masak sehingga daun puding layu dan rendang sedikit kering.

IMG 4569 - Rendang Itik Salai Dgn Daun Puding
IMG 4578 - Rendang Itik Salai Dgn Daun Puding

Nota:
Jika guna pucuk mamam, dicampur dgn sedikit garam dan masukkan ke dlm air panas. Biarkan semalaman. Keesokannya ditos air sebelum digunakan. 




Loading...

Tags: #daun #Itik #Puding #Rendang #SALAI

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "Rendang Itik Salai Dgn Daun Puding"