Rendang Ayam Utk Hidangan Berbuka

Loading...

Rendang Ayam Utk Hidangan Berbuka

Ini adalah entri tertunggak yg sepatutnya di post semasa bulan Ramadhan thn lepas. Tetapi saya kena bagi laluan pd entri lain yg lebih sesuai utk hidangan berbuka puasa dan juga hidangan raya. Walaupun lambat, tapi tak mengapa. Saya kongsikan juga cerita di sebalik masakan rendang hari ini.

Resepi ini adalah resepi yg saya gunakan setiap kali memasak rendang. Blh click entri lepas di SINI dan SINI. Tapi kalau diperhatikan, saya tidak menggunakan jumlah bahan yg sama setiap kali memasak. Ada ketika lebih bawangnya. Semuanya itu gerak hati sendiri. 

Kali ini saya lebihkan bawang yg dihiris kerana mahukan ayam yg banyak serdaknya supaya sedap dicicah dgn pulut kuning atau lemang. 

Saya juga sukakan rasa daun kunyit yg ditabur sebelum rendang diangkat dr dapur. Sedikit blh dimasukkan ketika rendang dimasak dan sebahagian lagi dihiris halus dan tabur selepas rendang siap dimasak. 

Rendang Ayam Utk Hidangan Berbuka

Jom layan resepi rendang ayam yg mudah dan sedap ini. Kalau ikut resepi ini, sesiapa pun blh memasak rendang dgn sedap. Jika suka berkuah, jangan terlalu dikeringkan. Memang sedap sehingga saya mkn mengulang berkali kali. Jika mahu lebih sedap, guna santan segar. Lagi terasa lemaknya sambil sambil menternak lemak. 

Saya memasak ditemani Zatul yg kebetulan datang ke rumah. Zatul menolong saya membasuh pinggan mangkuk yg diguna selepas memasak. 

Ketika sedang memasak, Boy dgn Mia juga sampai utk menghantar cookies yg ditempah. Sebelum balik semula ke Shah Alam, Boy minta utk membawa balik sedikit rendang ayam. Zatul juga membawa balik rendang utk berbuka. Jadi terasa berbaloi baloi hari ini memasak rendang kerana ramai dapat merasainya semasa berbuka.

Jom layan resepi yg saya gunakan hari ini. Lauk yg dihidangkan utk mkn dgn nasi panas waktu berbuka puasa…
Rendang Ayam Utk Hidangan Berbuka
Rendang Ayam Mudah dan Sedap 
Oleh: Azie Kitchen 

Bahan-bahan:
2 ekor ayam – potong 12

15 ulas bawang merah – hiris
10 ulas bawang putih – hiris
2 kotak santan kotak – saiz kecil
2 sudu besar kerisik – buat sendiri
2 helai daun kunyit – 1 helai dihiris halus
Minyak utk menumis
1 sudu besar garam atau secukup rasa
1/4 keping gula Melaka
1 sudu besar gula pasir
2 keping asam keping – bergantung saiz

Bahan kisar:
2 senduk cili kering kisar – 20 tangkai cili kering
4 tangkai cili padi, jika suka pedas – opsyenal
2 labu bawang besar
2 inci kunyit hidup
6 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 biji buah keras 

Cara-cara:

Panaskan minyak dan tumis bawang yg dihiris sehingga kekuningan, masukkan bahan kisar dan tumis lagi sehingga naik bau dan pecah minyak. 
Rendang Ayam Utk Hidangan Berbuka

Masukkan ayam dan biarkan sehingga ayam agak kecut dan kering airnya, baru masukkan santan dan air secukupnya. Terus masak dgn api kecil sehingga ayam masak dan kuah pekat. 
Rendang Ayam Utk Hidangan Berbuka

Rendang Ayam Utk Hidangan Berbuka

Masukkan garam, gula, gula Melaka dan asam keping serta daun kunyit. Setelah pecah minyak, baru dimasukkan kerisik. Sesuaikan rasa. 
Rendang Ayam Utk Hidangan Berbuka


Akhir sekali, tabur daun kunyit yg dihiris halus dan blhlah ditutup api.
Rendang Ayam Utk Hidangan Berbuka

Nota:
Cara mudah buat kerisik ialah dgn membakar di dlm oven dan dikacau kacau setiap 5 minit supaya ianya kuning dan garing rata. Nantikan entri cara menyediakan kerisik.

Loading...

Tags: #Ayam #Berbuka #Hidangan #Rendang

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Rendang Ayam Utk Hidangan Berbuka"