RENDANG AYAM PENCEN

Loading...

002 1 - RENDANG AYAM PENCEN

Assalamualaikum..
Salam sejahtera buat semua teman….
Selamat bercuti buat semua teman yg bercuti arini..dan bagi yg bekerja tu..huhu..dengan ucapan selamat bekerja lah yo…
Okeyy…arini Uj merendang.Dah lama gak Uj tak merendang..kali ni Uj buat rendang ayam  pencen jer.Teringin nak masak rendang ayam kampung huhu..tapi mana nak carik ayam kampung kan.Susah nak dapat ayam kampung ni..Petang semalam gi cuci mata kat pasar tani yg berhampiran dgn rumah, Uj terpandang pulak ayam pencen….

004 2 - RENDANG AYAM PENCEN

Tergolek-golek jer siayam tu bila dah siap dibakar.Cantik pulak tu.Kuning-kuning jer kulit dia..Uj terpikat terus rembat sekor..Tulah arini Uj merendang..Oklah jom lahh kita merendang …

019 4 - RENDANG AYAM PENCEN

BAHANNYA:

1 ekor ayam pencen
1  btg kulit kayu manis
3  kuntum bunga lawang
3  ulas buah pelaga
1  sudu bsr rempah kari daging
1 sudu besar rempah kari ikan
3/4 cwn kerisik
7  btg serai dihiris halus dan diramas-ramas sedikit.
    santan dr 2 biji kelapa
    garam dan perasa (sedikit hirisan gula melaka)
    sedikit air asam jawa( Uj guna pes adabi)
    myk utk menumis
    sedikit air utk mengempukan ayam

Bahan kisar A:*

1 biji bwg bsr*
10 ulas bwg kecil*
7 ulas bwg putih*
3 inci halia*
1 inci lengkuas*
3 inci kunyit hidup*
segenggam cili api* ( ikut tahap kepedasan)
7 btg serai *
3 helai daun limau purut dibuang urat tengahnya ( optional)

Bahan B  ( digoreng tanpa minyak kemudian dikisar kering )

1/4 cwn jintan manis#
1/4 cwn jintan putih#
1/4 cwn ketumbar#
1/2  sdu bsr lada hitam #

Cara:

1. Potong ayam, basuh gaul dgn sedikit kunyit serbuk dan perahan limau nipis.Basuh bersih
    dan ditoskan airnya.ketepikan.
2. Goreng bahan kisar B tanpa myk sehingga naik bau dan kisar kering.Ketepikan.
3. Kisar  bahan kisar A  *.Ketepikan
4. Panaskn myk add bahan kisar A *.Addkan juga kulit kayu manis,bunga lawang serta buah pelaga
    Addkan juga serbuk rempah kari.Kacau rata sehingga naik bau dan terbit minyak.
5. Bila dah terbit myk, addkn ayam kacau biar daging empuk.( klu x empuk bole tambah air sedikit)
6. Bila ayam dah agak2 empuk add kan santan.Kacau selalu sehingga kedasar supaya x hangus .
7. Biar santan memekat dgn api yg perlahan.Kacau sentiasa.
8. Bila rendang dah memekat addkn garam,gula melaka  serta  perasa (optional),serai yg telah dihiris
    serta sedikit air asam jawaKacau rata.
9. Addkan sekali daun limau purut.Akhir sekali addkan kerisik.Kacau rata.Bila kuah rendang dah
    mula kering dan rendang dah mula terbit minyak.Kacau rata dan tutup apinya.
10.Sedia utk dihidangkan…sedap dimakan bersama nasi yg panas.

013 2 - RENDANG AYAM PENCEN

Uj kalau buat rendang suka buat pedas-pedas sikit..Tpi bagi mereka yg tak tahan pedas blh kurangkan penggunaan cilinya…

008 4 - RENDANG AYAM PENCEN

   Okeyy..Selamat merendang….

http   signatures.mylivesignature.com 54492 49 A4BCDBC6B9B616367C03192919E97DA1 1 - RENDANG AYAM PENCEN

Loading...

Tags: #Ayam #PENCEN #Rendang

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "RENDANG AYAM PENCEN"