RENDANG AYAM PEDAS NOXXA

IMG 9229 1 - RENDANG AYAM PEDAS NOXXA

Bahan-bahan

1.5 kg. daging ayam
1/2 kilo santan pekat
150 gram kerisik
2 batang serai – diketuk
2 helai daun kunyit – dihiris halus
Beberapa helai daun limau purut
2 keping asam gelugor
2 sudu besar gula perang
Garam secukup rasa



Bahan-bahan dikisar:

4 senduk nasi cili kering kisar
3 biji buah keras
3 biji bawang besar saiz sederhana
10 gram bawang putih
20 gram lengkuas
50 gram kunyit hidup
20 gram halia muda
4 batang serai – dihiris
10 gram cili padi
Air secukupnya
(Bahan-bahan di atas disatukan di dlm blender dan dikisar halus)

Penyediaannya:



1. Masukkan semua bahan yg dikisar di dlm periuk dlman.
2. Kemudian masukkan ayam dan serai yg dititik.
3. Masukkan santan pekat.
4. Kacau rata dgn menggunakan senduk kayu atau senduk plastik.
5. Tutup periuk dan putar tombol pengawal tekanan ke PRESSURE.
6. Sentuh fungsi HIGH PRESSURE dan masukkan 8 minit. Sentuh butang ON.
7. Selepas 8 minit berlalu, putar tombol pengawal tekanan ke STEAM. Tujuannya adalah utk membebaskan wap dan membolehkan tudung blh dibuka (sekiranya wap tidak dibebaskan, tudung tidak blh dibuka). Sentuh butang OFF. Tanggalkan tudung.
4. Kacau rata. Pd masa ini kondisi ayam telah empuk tetapi masih berkuah. Masukkan daun kunyit, daun limau purut, asam gelugor, kerisik, gula perang dan garam secukup rasa.
5. Sentuh STIR-FRY, dan tekan ON. Masak sehingga kuah kering (ikut citarasa masing-masing).
6. Selepas kuah agak kering, tekan butang OFF.
7. Rendang pedas ayam ini blh dialihkan ke periuk lain atau biarkan sahaja di dlm periuk Noxxa. Sekira inginkan rendang berada dlm keadaan panas blhlah guna fungsi WARM-REHEAT.

Loading...

Tags: #Ayam #Noxxa #PEDAS #Rendang

author
Author: 
    Manisan Sagu, Cantaloupe dan Kelapa Muda
    Manisan Sagu, Cantaloupe dan Kelapa MudaBy Kak Wan @ Resipicitarasawan Bahan-bahan1 cawan sagu,
    Kerabu Kaki Ayam Thai
    Kerabu Kaki Ayam ThaiBy Kak Wan @ Resipicitarasawan Bahan-bahan200 gm kaki ayam1 inci
    Daging Selasih Thai
    Daging Selasih ThaiBy Kak Wan @ Resipicitarasawan Bahan-bahan500 gm daging lembu cincang1 batang
    Ini 5 Mitos Tentang Mknan Frozen Korang Perlu Tahu.
    Sekarang ini mknan frozen sangat membantu memudahkan kerja penyediaan mknan, sebab itulah ia

    Leave a reply "RENDANG AYAM PEDAS NOXXA"