Rendang Ayam Mudah Dan Sedap

Loading...

IMG 8666 1 - Rendang Ayam Mudah Dan Sedap

Hari ini kita sedar atau tidak kita telah berada pd hari ke4 di bulan Ramadhan. Sangat pantas. Bagi orang beriman, mereka akan gusar bila Ramadhan sampai ke penghujungnya. Ramadhan ada banyak peluang yg di alpakan oleh ramai orang. Saya ingin kongsikan petikan tazkirah Zohor oleh Ustaz Rozie Rejab di surau tempat saya bekerja. Antaranya ialah: 

Pertama, Ramadhan menawarkan satu peluang pengampunan dosa. Bukan sahaja dosa pd Allah tapi juga pd manusia. Peluang sama diberi pd mereka yg mendapat Haji yg mabrur. Selain itu, dlm majlis ilmu, semua yg ada dlm majlis ilmu akan diampunkan satu persatu dan hajat mereka akan diperkenankan satu persatu. Jadi jangan lepaskan peluang utk sentiasa beristighfar samada dlm hati atau secara lisan di mulut. Selepas solat, jangan kelam kabut mahu bangun. Beristighfar lah sekurangnya 3 kali.  

Peluang kedua yg dialpakan ialah kurangnya berselawat ke atas Nabi. Barang siapa banyak selawat pd aku Allah akan beratkan timbangan amalannya. 

Peluang ketiga yg mudah ialah menyantuni anak yatim di sekeliling. Cukup sekadar senyuman. Siapa dlm Ramadhan yg blh buat anak yatim happy, orang ini akan dimuliakan Allah. 

Peluang seterusnya ialah bila bangun sahur. Sahur adalah waktu terbaik utk beristighfar. Rugi siapa yg tidak mohon keampunan ketika ini. Tak bangun sahur pun rugi kerana dlm sahur ada keberkatan. Apa yg dikatakan berkat. Benda sikit tapi blh guna banyak. Rugi jika bangun sahur tapi tidak melakukan solat sunat 2 rakaat. 

Amalan Ramadhan yg dialpakan seterusnya ialah tidak membaca Al Quran. Baca satu ayat dlm bulan Ramadhan, dapat pahala khatam Al Quran. Kalau selain dr bulan Ramadhan, baca satu huruf dapat 10 pahala.  

Peluang lain ialah memberi mkn orang berbuka maka baginya adalah puasa orang itu tanpa mengurangkan pahala puasa mereka walau sedikit pun. Rugi jika tak ambil peluang. Hatta walau sebiji tamar atau seteguk air. Sunat ketika nak buka puasa, pegang dan belek buah tamar dulu. 

Peluang seterusnya yg selalu di alpakan ialah tidak menghadiri majlis ilmu yg merupakan taman syurga dunia. Selangkah ke majlis ilmu dgn tujuan dapat redha Allah, akan diberi satu thn nilai ibadah bagi setiap langkah. 
IMG 8665 - Rendang Ayam Mudah Dan Sedap

Kali ini saya menyediakan rendang ayam versi mudah iaitu semua bahan dilebur semua sekali dlm kuali. Tak perlu tumis tumis. Lagi pun masak utk seekor ayam jer. Kalau kita memasak dlm jumlah yg banyak contoh utk majlis atau utk hari Raya, lebih baik ditumis supaya rendang tahan lama dan lambat basi. Blh tengok di SINI.

Rendang ayam atau daging adalah antara lauk yg saya suka sediakan di bulan Ramadhan. Saya memang tak suka mkn nasi yg berkuah. Jadi kuah rendang digaul gaul dgn nasi putih telah cukup utk membangkitkan selera terutama waktu sahur. 

Lagi satu saya suka sebab rendang mudah disimpan dgn dibekukan. Ianya tahan lama dan blh dimakan dgn pelbagai samada dgn nasi putih, pulut, mee hoon atau dicicah roti sahaja. 

Jom layan resepi yg saya gunakan hari ini di bawah ini. Juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba…
IMG 8656 - Rendang Ayam Mudah Dan Sedap

Rendang Ayam
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ayam
1 kg santan segar
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai 
3-4 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar kerisik
1 keping asam keping
Sedikit gula Melaka
Sedikit gula pasir
Sedikit garam
1 helai daun kunyit – hiris

Bahan kisar:
3 hiris lengkuas
3 batang serai
1 inci kunyit hidup

Cara cara:

Sebahagian dr bawang merah, bawang putih, serai dan halia dihiris halus. Sebahagian lagi dikisar dgn bahan kisar. 
IMG 8628 - Rendang Ayam Mudah Dan Sedap

Masukkan ayam dan semua bahan hiris serta bahan kisar ke dlm kuali. Nyalakan api dan masak sehingga ayam kecut. 
IMG 8629 - Rendang Ayam Mudah Dan Sedap
IMG 8630 - Rendang Ayam Mudah Dan Sedap

Tuang santan dan masak sehingga kuah terbit minyak. 
IMG 8631 - Rendang Ayam Mudah Dan Sedap

Setelah terbit minyak, masukkan kerisik, asam keping, gula Melaka, gula dan garam. 
IMG 8633 - Rendang Ayam Mudah Dan Sedap

Setelah hampir kering, tabur daun kunyit. Tutup api dan blhlah dihidangkan. 
IMG 8653 - Rendang Ayam Mudah Dan Sedap


Loading...

Tags: #Ayam #Mudah #Rendang #Sedap

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Comments are closed.