Rendang Ayam Mudah dan Sedap Azie Kitchen

Loading...

Rendang Ayam Mudah dan Sedap Azie Kitchen

Sebelum masuk bab resepi, jom kita cerita cerita dulu. Sejak kecil saya sangat adore melihat gadis gadis dan wanita yg cantik. Saya dah ada beauty conscious seawal saya di darjah 6 lagi. Saya melihat ramai rakan rakan sekolah yg putih melepak dan cantik cantik. 

Ianya menyebabkan saya sentiasa merasa rendah diri bila melihat kawan kawan yg menpunyai kulit muka yg gebu dan halus mulus. Sedang kulit muka saya menpunyai freckles atau dipanggil sbg jeragat. Ketika di tingkatan satu saya pernah membuat pembelian online ubat utk jeragat berdasarkan iklan di majalah. 

Banyak lagi kekurangan fizikal diri yg saya amat sedari. Sehingga kini, saya terpegun bila melihat ramai anak anak gadis yg cantik cantik. Bukan sahaja berwajah cantik tetapi juga tubuh badan yg langsing dan ramping. Dlm hati sentiasa berkata betapa beruntungnya mereka, tanpa perlu menjaga muka pun, sebiji jerawat pun tidak singgah.  Hahaha cukuplah setakat ini dahulu. Sekarang kita pindah pula ke bab masakan.

Bila musim perayaan, Rendang samada daging atau ayam adalah antara menu yg wajib ada di rumah rumah dan juga majlis rumah terbuka. Rasa tak lengkap tanpa rendang yg dicicah dgn ketupat atau rendang. 

Sebelum ini viral di facebook pasal rendang saya yg dinamakan rendang Perak kerana kononnya tak sama dgn resepi nenek moyang mereka di Perak. Memasak adalah satu perkara seni. Kita perlu memasak dr hati dgn penuh kasih sayang. Baru lah apa yg dimasak akan menjadi sedap. 

Memasak juga perlukan kreativiti terutama mereka yg tidak menpunyai banyak masa. Saya hanya memasak selepas balik pejabat atau hanya pd hari minggu. Jadi saya banyak memasak mengikut gerak hati bagi menjimatkan masa di dapur tanpa kompromi dr segi keenakannya. 
Rendang Ayam Mudah dan Sedap Azie Kitchen
Memang rendang asli tidak ditumis tapi tak salah jika saya mahu menumis. Kerana dgn menumis rendang menjadi tahan lama dan masa memasak juga dijimatkan. Begitu juga, tidak salah utk membuat perubahan yg menghasilkan lauk pauk yg lebih sedap seperti ayam dimasukkan selepas bahan tumis garing dan dikecutkan dulu atau ayam dicelur supaya rendang tahan lebih lama. 

Resepi saya belajar dr keluarga mertua, bahan dihiris dan ada yg dikisar kemudian dimasukkan semua sekali ke dlm kuali dan dimasak dgn api sederhana. Tapi saya perhatikan, bila petang rendang dah mula lain. Ayam pun hancur sebab kesan dikacau. 

Jadi bagi mereka yg setia dgn rendang asli nenek moyang, jangan nak mengecam orang yg membuat perubahan. Anda sendiri tak memerah santan kelapa. Tapi mungkin membeli santan siap diperah yg mungkin bercampur tepung atau hanya menggunakan santan kotak sahaja. Itu pun kiranya dah tak lagi asli. 

Saya wanita berkerjaya, masa saya terhad. Saya tidak blh terlalu lama di dapur kerana saya perlu masa utk keluarga dan masa utk diri sendiri samada utk mengaji, membaca buku dsb. Begitu juga cara asli membuat kerisik ialah dgn menggoreng kelapa parut tanpa minyak. Kalau guna kerisik segera, itu dah tak asli. Zaman nenek moyang tak ada kerisik segera kan. Tapi dr menghabiskan masa 30 minit menggoreng kelapa, kita blh bakar kelapa parut di dlm oven sahaja. Atau jika tak ada masa, guna jer kerisik segera. 

Hari ini saya ingin kongsikan resepi yg saya telah memasak berkali kali, blh click di SINI. Kali ini saya lebihkan bawang yg dihiris kerana mahukan ayam yg banyak serdaknya supaya sedap dicicah dgn pulut kuning atau lemang. Saya juga sukakan rasa daun kunyit yg ditabur sebelum rendang diangkat dr dapur. Sedikit boleh dimasukkan ketika rendang dimasak dan sebahagian lagi dihiris halus dan tabur selepas rendang siap dimasak. 

Jom layan resepi rendang ayam yg mudah dan sedap ini. Kalau ikut resepi ini, sesiapa pun blh memasak rendang dgn sedap. Jika suka berkuah, jangan terlalu dikeringkan. Memang sedap sehingga saya mkn mengulang berkali kali. Utk resepi pulut kuning, blh click di SINI.


Rendang Ayam Mudah dan Sedap Azie Kitchen

Rendang Ayam Mudah dan Sedap 
Oleh: Azie Kitchen 

Bahan-bahan:
1 1/2 ekor ayam – potong 12
2 kotak santan kotak – saiz kecil
2 sudu besar kerisik – buat sendiri
Minyak utk menumis
1 sudu besar garam atau secukup rasa
1/4 keping gula Melaka
1 sudu besar gula
1-2 keping asam keping – bergantung saiz
Serbuk perasa 

Bahan hiris:
10 – 12 ulas bawang merah 
8 ulas bawang putih 
2 helai daun kunyit – 1 helai dihiris halus

Bahan kisar:
2 senduk cili kering kisar – blh tambah ikut pedas disukai
4 tangkai cili padi, jika suka pedas – opsyenal
2 – 2 1/2 biji bawang besar
2 inci kunyit hidup
6 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas

2 biji buah keras 

Cara-cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang yg dihiris sehingga kekuningan, masukkan bahan kisar dan tumis lagi sehingga naik bau dan pecah minyak. 

Rendang Ayam Mudah dan Sedap Azie Kitchen
Rendang Ayam Mudah dan Sedap Azie Kitchen

Masukkan ayam dan biarkan sehingga ayam agak kecut dan kering airnya, baru dimasukkan santan dan air secukupnya. Terus masak dgn api kecil sehingga ayam masak, kuah pekat dan pecah minyak.

Rendang Ayam Mudah dan Sedap Azie Kitchen

Masukkan garam, gula, gula Melaka dan asam keping serta daun kunyit. Setelah pecah minyak, baru dimasukkan kerisik dan sedikit serbuk perasa. 

IMG 7977 - Rendang Ayam Mudah dan Sedap Azie Kitchen

Akhir sekali, tabur daun kunyit yg dihiris halus dan blhlah ditutup api.

Rendang Ayam Mudah dan Sedap Azie Kitchen
Rendang Ayam Mudah dan Sedap Azie Kitchen

Nota:
Cara mudah buat kerisik ialah dgn membakar di dlm oven dan dikacau kacau setiap 5 minit supaya ianya kuning dan garing rata. 

Jika suka, blh juga dihiris halus halia dan separuh dr serai. Ini adalah cara arwah Bonda mertua saya.

Loading...

Tags: #Ayam #AZIE #KITCHEN #Mudah #Rendang #Sedap

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Rendang Ayam Mudah dan Sedap Azie Kitchen"