RENDANG AYAM DAN SAYUR LODEH SIMPLE

Loading...

DSC 0505 1 - RENDANG AYAM DAN SAYUR LODEH SIMPLE

DSC 0508 - RENDANG AYAM DAN SAYUR LODEH SIMPLE

DSC 0502 - RENDANG AYAM DAN SAYUR LODEH SIMPLE
Rezeki dapat Ketupat dr kawan incik suami. Terus K. Nina merendang. Dah macam hari raya. Anak-anak buka tudung saji.. Ayat pertama keluar dr mulut diorang… Wowwwwwwww.. hehehe
Dalam setahun blh di bilang berapa kali buat menu macam ni.. tu yg bila mkn seleranya lain macam.. Penangan ketupat…
Resepi K.Nina copy dr sajian dapur bonda
Rendang Tok Versi Ayam
Inspirasi: Kak Noor @ Sajian Dapur Bonda

Bahan-bahan A:
Seekor ayam segar (anggaran 2 kg) – dipotong 12
2 cawan santan + 1 cawan air = 3 cawan santan 
(kalau guna santan kelapa, gunakan tiga cawan pati santan)
6 sudu besar kerisik
5 keping asam gelugor
4 keping daun kunyit – dihiris halus
5 – 6 helai daun limau purut
1 batang serai – dititik
3 sudu besar gula perang
1 sudu besar gula putih
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya utk menumis
Minyak secukupnya utk menggoreng ayam

Bahan-bahan B (dikisar basah):

8 sudu besar cili kering kisar
4 biji bawang besar – dipotong kecil terlebih dahulu
4 ulas bawang putih
6 batang serai – dipotong serong
2 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
Air secukupnya

Bahan-bahan C (rempah):
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu keci serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu besar serbuk garam masala
1 sudu kecil serbuk rempah masak hitam – Kak Noor guna jenama Az-Zain
Air secukupnya

Persediaan Sebelum Memasak:
1. Ayam dipotong 12 dan dibuang semua kulit. Kemudian lumurkan ayam dgn 3 sudu besar tepung gandum dan 2 sudu cuka. Biarkan 2 minit. Kemudian basuh bersih dan toskan (Kaedah ini selalu digunakan oleh Kak Noor utk menghilangkan bau hanyir ayam dan isinya kembali pejal setelah dibasuh – petua drpada bonda).

2. Perap ayam bersama 3 sudu besar rempah daging dan 1 sudu besar serbuk kunyit selama lebih kurang 20 minit.

3. Panaskan minyak dan goreng ayam ½ masak. Angkat dan toskan.
4. Masukkan kesemua Bahan B di dlm blender basah dan kisar sehingga semua bahan lumat. 
5. Satukan kesemua Bahan C dan bancuh dgn sedikit air sehingga menjadi pes.


Cara-cara Memasak:
1. Panaskan minyak secukupnya di dlm kuali. Tumis serai sehingga layu sedikit.
2. Kemudian masukkan bahan kisar B, kacau rata. Diikuti dgn bahan C (pes rempah). Kacau dan masak sehingga terbit minyak. Gunakan api sederhana.

3. Selepas itu tuang santan dan kacau. Masak sehingga mendidih.
4. Kemudian masukkan ayam, diikuti dgn asam keping, daun limau purut, kerisik, gula perang, gula putih, dan garam. Kacau rata sehinga semuanya rasa sebati.
5. Bila ayam telah masak dan kuah agak pekat, masukkan hirisan daun kunyit ke dlm rendang. Kacau sehingga sebati dan biarkan mereneh 1 minit di atas dapur sebelum tutup api.

DSC 0482 - RENDANG AYAM DAN SAYUR LODEH SIMPLE


Bahan-bahan:

10 btng kacang panjang – dipotong pendek/serong
1 btng carrot – di potong 1″ tapi tipis
1/4 biji kobis – di hiris
2 keping tahu kering- di rendam dan potong kecil
1 ikat kecil soo hoon- di rendam dan potong kecil
2 keping tempe*
2 keping tahu*(* di goreng, dah sejuk di potong kecil)

2 btng cili merah- di potong serong
2 btng serai- di titik
1 kotak santan – bancuh dgn 4 cawan air
garam dan sedikit gula
1/2 cwn minyak utk menumis

Bahan Kisar
2 biji bawang merah sederhana besar
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2 sudu besar udang kering

Cara Membuatnya:
– Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar. Masukkan serai yg di titik.
– Tumis sehingga terbit minyak. Masukkan air. biarkan mendidih.
– Masukkan carrot, kcng panjang.Gaul sebati.
– Masukkan soo hoon, tahu kering, tempe, tahu dan kobis.
– Masukkan cili merah yg di potong serong tadi dan masukkan santan pekat.
– Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Biarkan mendidih.
– Bila dah cukup rasa, matikan api dan blhlah di hidangkan.
Loading...

Tags: #Ayam #LODEH #Rendang #Sayur #Simple

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "RENDANG AYAM DAN SAYUR LODEH SIMPLE"