Rendang Ayam dan Pulut Kuning Noxxa sedap dan mudah

Loading...

Bismillahirrahmanirrahim,
Masih lagi dlm bulan Syawal, merendang masih menjadi pilihan. Mari kita lihat resepi rendang yg dimasak menggunakan periuk Noxxa. Sungguh menjimatkan masa dan rasanya sama seperti kita menggunakan kuali atau periuk biasa.Bahan-bahan pun sama, hanya kaedah memasak dapat disingkatkan.
rendangB1 - Rendang Ayam dan Pulut Kuning Noxxa sedap dan mudah
Rendang Ayam (periuk Noxxa)
Oleh : Surianti Ramli
Bahan utama :
1 ekor ayam – potong kecil dan cuci bersih
Bahan kisar :
30 tangkai cili kering (boleh tambah atau kurangkan cili, rebus cili dgn air sehingga didih, toskan)
3 labu bawang besar
1/2 labu bawang putih
2 batang serai

1 inci halia
1 inci lengkuas
2 ruas kunyit
Air secukupnya utk mengisar
Bahan lain :
1 helai daun kunyit diracik
3 batang serai diketuk
2 keping asam gelugur
2 sudu besar kerisik
500 ml santan pekat
Garam dan gula secukup rasa
Cara penyediaan :
1. Masukkan bahan kisar, ayam dan serai ke dlm periuk tekanan noxxa.
2. Kacau sebati, on plug. Tutup periuk tekanan dgn tudungnya. Pastikan tombol di atas tudung periuk berada dlm fungsi ‘high pressure’. Tekan fungsi ‘high pressure’ 8 minit. Tekan butang on.
3. Tunggu sehingga masa tamat dan periuk berbunyi ‘beep’ berulang kali. Lepaskan tekanan pd tombol atas tudung periuk. Tunggu sehingga wap keluar habis.
4. Buka tudung periuk, masukkan kerisik, santan, garam, gula dan daun kunyit. Kacau sebati.
5. Ambik fungsi ‘stir fry’ dan biar sehingga rendang mulai pekat kuahnya.

6. Off periuk dan off plug. Sedia dihidang.

rendangB2 - Rendang Ayam dan Pulut Kuning Noxxa sedap dan mudah
Pulut Kuning Periuk Noxxa
Oleh : Surianti Ramli
Bahan-bahan :
4 cawan beras pulut
-cuci bersih, rendam 10 minit dlm air yg dicampur kunyit serbuk serta 2 keping asam bertujuan utk mengilatkan pulut
Bahan lain :
3 1/2 cawan air biasa
1/2 cawan santan pekat
1 sudu kecil garam
12 helai daun pandan disimpul
Cara penyediaan :
1. Toskan pulut, masukkan ke dlm periuk Noxxa bersama air biasa dan daun pandan.
2. Tekan fungsi ‘high pressure” sehingga 5 minit. Pastikan tombol pd atas tudung periuk berada pd kedudukan high pressure. Tekan butang on.
3. Tunggu sehingga masa tamat dan periuk berbunyi ‘beep’ berulang kali. Lepaskan tekanan pd tombol atas tudung periuk. Tunggu sehingga wap keluar habis.
4. Buka tudung periuk, masukkan santan pekat yg telah dicampur garam. Gaul sebati.
5. Tutup tudung periuk, tukar butang tombol atas tudung periuk pd kedudukan steam.
6. Tekan fungsi steam selama 3 minit. Tekan butang on.
7. Tunggu sehingga masa tamat dan periuk berbunyi ‘beep’ berulang kali. Lepaskan tekanan pd tombol atas tudung periuk. Tunggu sehingga wap keluar habis.
Kacau rata. Siap.
pulutBkuningB1 - Rendang Ayam dan Pulut Kuning Noxxa sedap dan mudah

pulutBkuningB2 - Rendang Ayam dan Pulut Kuning Noxxa sedap dan mudah
Loading...

Tags: #Ayam #Kuning #Mudah #Noxxa #Pulut #Rendang #Sedap

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Rendang Ayam dan Pulut Kuning Noxxa sedap dan mudah"