Rempah kabsa

Loading...

Homemade Rempah Kabsa

Saya rasa di Malaysia tidak ada kedai yg menjual rempah kabsa, jadi saya telah mencari di internet apakah bahan2nya. Disini saya ceritakan cara mudah utk membuatnya. Rempah ratus yg digunakan adalah rempah ratus yg biasa kita gunakan dlm masakan kita juga.rempah kabsa 1 - Rempah kabsa(Klik pd gambar utk melihat bahan2 dgn lebih jelas)

Bahan – bahan:
1 sudu mkn bunga cengkih **
1 sudu mkn lada hitam **
1 sudu mkn jintan manis **
1 sudu mkn jintan putih **
2 sudu mkn biji ketumbar **
1 sudu mkn buah pelaga **
1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) **
1 sudu mkn serbuk cili
1 sudu teh kunyit

Cara penyediaan:

1. Goreng tanpa minyak bahan2 yg bertanda ** sehingga naik bau dan angkat.
2. Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.
3. Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.

Jika tiada buah pelaga hitam, blh gantikan dgn buah pelaga biasa. Serbuk rempah ini blh juga digunakan pd semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.

** Didalam resepi asal, halia dicampurkan sekali. Saya tidak masukkan halia sebab rempah2 diatas adalah kering dan blh disimpan lama. Masukkan halia semasa nak msk mknan.
rempah kabsa kisar - Rempah kabsa

Rempah kabsa yg telah siap dikisar

Carian Berkaitan

rempah kabsa homemade
Loading...

Tags: #KABSA #Rempah

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Rempah kabsa"