Ratu Squasy Negara Nicol David Umum Bersara

Assalamualaikum dan salam sejahtera
nicolBdavid - Ratu Squasy Negara Nicol David Umum Bersara

Sumber : AstroGempak

Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David, 36, menjawab teka-teki ramai apabila mengumumkan persaraannya. Keputusan itu dibuat selepas dia mengadakan perbincangan bersama keluarga dan jurulatih, Liz Irving, yg menjadi tulang belakang kejayaannya ketika di puncak karier dan sehingga kini.
“Saya gembira utk bersiaran di sini bagi berkongsi perkembangan,” katanya menerusi lintas langsung eksklusif dgn Nadi Arena malam tadi.

“Saya sangat gembira dan teruja utk mengumumkan bahawa saya akan bersara Jun depan.
“Ia akan menjadi musim terakhir saya dlm karier profesional,” jelas atlet kelahiran Pulau Pinang itu.
Perkembangan itu ternyata menjadi kehilangan besar buat negara memandangkan dia dianggap ikon sukan kebangsaan sejak lebih sedekad lalu. Nicol memegang rekod pemain paling lama yg menghuni ranking nombor satu dunia, iaitu selama sembilan thn, sebelum dirampas jaguh Mesir, Reneem El Weleily, pd 2015.
Pemain yg kini di ranking ke-21 dunia itu sudah mengecapi kesemua kejuaraan, termasuk lapan kali bergelar juara dunia, selain lima pingat emas Sukan Asia, dua emas Sukan Komanwel dan 81 gelaran kejuaraan Jelajah PSA. Satu-satunya kekesalannya ialah skuasy belum diterima menjadi acara rasmi dlm Sukan Olimpik sepanjang kerjayanya selaku pemain.
Menerusi tinjauan di media sosial terutamanya Twitter, rakyat Malaysia melayangkan ucapan atas pengunduran Nicol.

“Thank you for your blood, sweat and tears and YEARS of perseverance, commitment and sacrifice.
“None of us could repay you for what you have done for our country.
“You will ALWAYS be our shining star. Happy retirement!” tulis Adibah Noor.
Loading...

Tags: #Bersara #David #Negara #Nicol #Ratu #Squasy #umum

author
Author: 
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat (LAGU RAYA BARU)
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat Lagu Raya Ayda Jebat 2019, Lagu
    Sinopsis Telefilem Tiga Lima; Cereka Ahad TV3
    SINOPSIS TIGA LIMA Halim, baru kematian ayahnya, Daud. Kini ibunya, Hasnah perlu menyara
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam | Hai korang, aduh-aduh sejak bulan
    GOT7 Terbang Tinggi Ke Luar Angkasa Pakai Baju Astronot Di Dance Practice ‘Eclipse’!
    Sepertinya  GOT7 baru saja mendarat dr luar angkasa, dan terjun utk melapor kepada

    Leave a reply "Ratu Squasy Negara Nicol David Umum Bersara"