Rangkuman Kisah Alia, Kanak-Kanak Yg Didera Pengkid, Kekasih Ibu Kandungnya Sendiri..

Oleh : Mohd Fadli Salleh
 

Episod i) “Cikgu, saya tidur dlm bilik air hampir setiap malam. Kena basuh baju 5 orang guna tangan. Adik saya pula tidur kat luar atas simen,” kata Alia sambil tersenyum.

Demi Tuhan aku tidak pernah sebak seperti hari ini. Dah byk kes aku santuni, kes Alia paling meruntun hati.

Alia 1 - Rangkuman Kisah Alia, Kanak-Kanak Yg Didera Pengkid, Kekasih Ibu Kandungnya Sendiri..
Gambar – Cikgu Fadli Salleh

Perlahan dia selak kaki seluarnya dan kata,

“Cikgu. Ni parut kawan mak cucuh dgn besi panas.”

“Sakit tak?” tiba-tiba terpancul soalan bodoh dr aku.

Dia tersenyum sambil mengangguk-anggukkan kepala. Senyumannya manis sungguh. Senyuman paling manis aku pernah saksikan.

Senyumannya itu merobek hatiku. Terasa dikoyak-koyak, terasa dicarik-carik hati ini.

Betapa dia menerima semua dugaan ini dgn senyuman dan ketabahan. 2 thn bukan satu tempoh singkat. Didera ibu dan pasangan ibu sendiri (pengkid).

Hari ini, polis berjaya mengesan adik perempuannya yg berusia 10 thn. Punya la neneknya lega bila adiknya dpt diselamatkan.

Dan si pengkit celaka itu ditangkap polis. Pengkid itulah yg byk kali mencucuh Alia dan adiknya dgn besi panas.

Pernah merotan badan mereka bukan hanya di kaki, bahkan badan dan kepala. Ya, kepala pun pernah dirotan. 😭

Entah apa dosa anak kecil yg comel ini.

Si ibu masih bebas. Namun aku percaya tidak lama. Sehari dua lagi pasti akan ditangkap juga.

Kisahnya begini…

Ibu dan ayah Alia bercerai 2 thn lps. Hak penjagaan dpt kepada ayah Alia dan mereka tinggal di rumah neneknya.

Ramadan 2017, si ibu datang kata nak melawat Alia dan adiknya utk berbuka puasa.

Namun sebaik keluar rumah, bayang mereka tidak lagi kelihatan. Alia kini berusia 13 thn. Adiknya pula 10 thn. Badannya kurus keding dan kecil bagai budak darjah 5. Allahu, sedihnya tengok fizikal dia.

Alia ini murid bijak. Pernah mendapat tempat pertama dlm kelas semasa thn 4. Namun sejak dilarikan ibu kandung, dia dan adiknya tidak bersekolah.

Adiknya pun murid yg pintar. Namun nasib mereka berdua dilarikan oleh ibu yg tidak bertanggungjawab. Tidak lagi bersekolah sejak itu.

Bahkan i/c Alia pun ibunya tidak buatkan meskipun usianya dah mencecah 13 thn. Kejamnya. 😓

Ibunya ada kawan (pasangan). Seorang pengkid. Si pengkid durjana inilah paling byk mendera mereka.

Ibu kerja direct selling sahaja. Menyewa bilik bersama pasangan durjana dan Alia serta adiknya.

Bertahun hidup dgn sengsara, sampai beberapa hari lps, Alia berjaya meloloskan diri dan lari ke rumah neneknya. Terus neneknya bawa ke balai polis dan laporkan kes penderaan ini.

Bila diperiksa dan ternyata ada kesan dera yg berparut ditubuhnya.

Serbuan polis semalam tidak berjaya menjumpai adiknya. Namun hari ini, adiknya pula dpt diselamatkan dan si pengkid durjana dpt ditangkap.

Tahniah Polis diRaja Malaysia!

Aku meluangkan masa lebih kurang 20 minit bersama neneknya dan Alia. Byk cerita yg mereka kisahkan pd aku.

Setiap cerita yg Alia bgtahu, semuanya dlm senyuman. Ah anak. Tabah sungguh hatimu.

Senyumanmu itu sangat-sangat memilukan. Kerana aku tahu kau menyorok 1001 kisah duka dan derita disebalik senyuman manismu.

Seronok Alia bila aku hadiahkan buku-buku tulisan aku. Dia sangat suka membaca. Sangat!

“Alia. Ini utk Alia tau. Ada cikgu tulis kata-kata semangat dlm ni. Bacalah. Dan ini nombor telefon cikgu. Ada apa-apa masalah, telefon cikgu ya!”

Alia mengangguk tanda faham.

Sebelum aku pergi, dia hulur tangan utk bersalam. Dikucup tanganku penuh ikhlas. Dia senyum dan tatap mata aku dlm-dalam.

“Cikgu. Terima kasih. Terima kasih.”

Ya Tuhannn… Hampir saja air mata aku jatuh. Sedaya upaya aku telan setiap titisan air mata.

Aku perlu kuat depan Alia. Aku patut memberinya semangat. Aku hendak dia tahu aku seorang yg blh dia harap saat semangatnya hilang.

Demi Tuhan, aku sangat ingin memeluk dia saat itu. Jika tidak kerana tegahan agama, anak ini pasti aku peluk erat-erat.

Matanya itu, senyumannya itu, raut wajahnya, memberi perasaan sebak yg sangat.

Aku hanya mengangguk-anggukkan kepala sahaja lantas beredar. Aku tidak lagi blh duduk lama kerana takungan air mata hampir tidak blh ditahan lagi.

Alia. Terus kuat. Terus tabah. Bacalah buku-buku cikgu. Ada semangat utkmu dlm buku-buku itu.

Alia. Kamu simpan nombor cikgu. Jangan malu jangan segan utk hubungi utk apa-apa sekali pun.

Alia. Kamu terus kuat dan tabah. Doa cikgu sentiasa ada bersama.

Alia. Kamu akan baik-baik saja. Tenanglah. Senyumlah.

Alia. Cikgu bukan sesiapa. Namun cikgu akan selalu ada. Sentiasa. Ingat tu.

Episode 2) “Kurusnya awak. Umur dah 13 thn, tapi berat 20kg je. Awak mkn apa masa mak jaga?”

“Saya mkn nasi kosong tanpa lauk cikgu. Tu pun Babah (pengkid) bg sikit je. Dua tiga suap je sekali mkn,” balas Alia.

Aku perhati jarinya kelingkingnya. Agak aneh jari itu kerana tidak lurus.

“Kenapa dgn jari awak?”

“Tak blh lurus cikgu. Lengan pun sama. Agaknya kesan lama duduk dlm bilik air,” pantas neneknya menjawab.

JariBAlia - Rangkuman Kisah Alia, Kanak-Kanak Yg Didera Pengkid, Kekasih Ibu Kandungnya Sendiri..
Gambar : Cikgu Fadli Salleh

KakiAlia - Rangkuman Kisah Alia, Kanak-Kanak Yg Didera Pengkid, Kekasih Ibu Kandungnya Sendiri..
Gambar – Cikgu Fadli Salleh

Termenung aku mendengar jawapan itu. Apa ke kejam manusia sebegini rupa. Nasi kosong dihidang pd budak sebesar ini dan dikurung dlm bilik air saban hari.

Dia bercerita bagaimana dia mengumpil pintu bilik sedikit demi sedikit setiap hari. Bila ibu dan babahnya perasan, dia dipukul. Dirotan. Dicucuh dgn besi panas membara. Rambutnya dipotong sesuka hati. Tombol pintu ditukar baru.

Entah berapa gelen air mata aku telan semasa mendengar kisahnya.

Namun Alia tidak mengalah. Anak kecil ini penuh bersemangat mengumpil pintu lagi sehingga suatu hari usahanya berjaya.

Pintu itu terbuka semasa tiada orang di rumah. Terus Alia ambil kesempatan melarikan diri dgn perut kelaparan dan tiada duit dlm poket.

Merayau dia kemudian meminta sedekah dr orang yg lalu lalang. Mujur ada yg kasihan beri dia sedikit wang. Dia gunakan duit itu utk membeli mknan sebelum terpaksa meminta sedekah lagi utk pulang mencari neneknya.

Ada insan yg baik hati berinya sedikit duit. Lps la dia naik lrt menuju ke suatu tempat persinggahan yg tidak jauh dr rumahnya.

Berjalan kaki dia menuju ke rumah nenek. Sebaik sampai pintu diketuk, salam diberi. Neneknya membuka pintu dan kehairanan siapa budak kurus di depan rumahnya.

Neneknya gagal mengenalinya kerana sangat ketara perubahan fizikal Alia.

“Nenek. Ini kakak,” katanya lantas memeluk neneknya.

Berpelukan mereka berdua dgn juraian air mata umpama air sungai yg mengalir.

Ah. Setiap patah perkataan yg Alia ungkap, aku dpt bayangkan umpama aku berada di situasi itu. Sebaknya ya tuhan…

“Cikgu. Tengok ni,” katanya seraya menunjukkan tangannya.

“Ni kesan apa?”

“Mak dan babah rotan. Kat pinggang ada juga. Kepala saya pun masih sakit lagi kena ketuk dgn rotan buluh,” katanya perlahan.

Aku hilang kata-kata. Tidak tahu nak beri reaksi mcmana.

Agaknya dia perasan aku tengah menahan sebak, Alia tukar topik perbualan.

“Cikgu. Alia dah baca sedikit buku cikgu. Best! Tapi ada juga yg sedih. Nenek pun menangis baca,” katanya sambil tersenyum.

“Wah. Alia suka ya?”

Kepala diangguk-anggukkan.

“Alia nak sekolah?”

“Nak cikgu.”

“Nanti Alia dah sihat, cikgu belikan Alia baju baru, kasut baru, beg baru, alat tulis dan semua benda.

Semua benda cikgu akan tanggung. Semua benda cikgu akan belikan baru. Alia nak tak?”

“Nak, cikgu.”

Bersinar sinar matanya memandang aku. Perasaan gembira dan seronok dia tidak mampu disorok lagi.

Bahagia betul aku melihat mata yg bersinar-sinar gembira itu.

“Cikgu,” panggilnya perlahan.

“Apa?”

“Cikgu dah tulis byk buku kan?”

“Tak ada la byk sangat. Tujuh naskah semuanya. Kenapa? Awak minat menjadi penulis?”

Tiada jawapan. Wajahnya malu-malu. Kepala dianggukkan sambil memandang lantai.

Wah! Seronok betul aku.

“Bagusnya. Alia pasti blh menjadi penulis yg hebat nanti. Alia lalui pengalaman yg jarang orang ada. Cikgu pasti Alia akan berjaya menjadi penulis yg hebat nanti. Alia belajar rajin-rajin nanti tau. Nanti cikgu ajar Alia menulis ya,” balasku.

Matanya terus memandang tepat ke dlm mataku. Bersinar penuh harapan. Senyuman manis menguntum dibibir dan kepala dianggukkan berkali-kali.

Ah anak. Jiwa kau sungguh kuat. Sangat!

Dalam situasi sekarang pun kau masih berfikir utk belajar, utk menulis, menanam cita-cita dan utk terus melangkah.

Sebelum beredar, Alia menghulur tangan utk bersalam. Tanganku dikucup penuh hormat. Kemudian dia sandarkan kepalanya didada aku. Saat ini memang aku sangat sebak.

Aku gosok kepalanya dan doakan yg baik-baik utk dia.

Saat itu aku lihat kolam matanya pula bertakung.

Aku tak hendak melihat hujan diwajah saat langit tidak mendung. Kerana aku sendiri pun menahan diri sepenuh hati, lantas aku pusing dan berlalu pergi.

Tuhan, aku tahu aku byk dosa. Namun aku ingin bermohon pdMu agar menjaga anak ini dan rahmati dia.

Limpahi hidupnya dgn kegembiraan dan kasih sayangMu. Amin.
 
Episode 3) Sebenarnya bila Alia berkata pd aku yg dia kena basuh baju utk 5 orang, aku tertanya-tanya juga. Setahu aku mereka hanya berempat.

Pengkid, maknya, Alia dan Aimi. Siapa lagi seorang?

Akhirnya persoalan aku terjawab semasa ziarah seterusnya. Rupanya ada seorang kanak-kanak lagi tinggal bersama mereka.

Seorang lagi adalah seorang budak lelaki berusia 3 thn. Comel sangat budaknya.

Kulit putih melepak, mata sepet seakan berdarah Cina.

“Siapa ni Alia?” soalku pd Alia.

“Oh. Ni anak babah. Amin namanya.”

La, pengkid tu ada anak rupanya. Comel pula tu. Aku mendekati Amin dan cuba berinteraksi dgnnya.

Oh, anak ini ada speech delay. Dan dr sikap dan tindak balas dr Amin, dia ada ciri-ciri autism yg tidak ketara.

Aku perhati tangan dan kaki Amin. Tiada satu kesan calar pun.

“Amin tak pernah kena pukul ke?” soal aku lagi pd Alia.

“Tak cikgu. Amin mkn sedap-sedap. Amin tidur atas tilam,” balas Alia.

Alia dan Aimi lah yg mengasuh Amin sejak dua thn lalu. Hubungan mereka sangat akrab bagai adik-beradik kandung.

Cantik sungguh hati Alia dan Aimi. Mengasihi anak itu sedang ibunya mendera mereka hampir saban hari.

Aku perhatikan Aimi dan Amin bermain bersama. Bergelak ketawa dan bergembira bagai tiada apa-apa masalah.

“Awak sayang Amin?”

Alia menganggukkan kepala.

“Saya selalu dukung dia dan jaga Amin kat rumah,” balasnya dgn senyuman manis.

Ah anak. Hatimu bersih suci dan penuh dgn kasih sayang. Walau kamu dibenci ibunya, walau kamu disakiti, kamu mengasihi tanpa sebarang syarat.

Masih terngiang ditelinga aku Alia pernah berkata dia hanya diberi sejemput nasi kosong tanpa lauk.

Masih terbayang dimata aku bagaimana Alia muntah bila neneknya memberi mknan yg sedap-sedap dgn lauk yg byk.

Agaknya perut Alia terkejut. Sudah biasa mkn nasi kosong bertahun lama, jumpa lauk sedap perutnya tak blh terima.

Tidak terungkap sedihnya aku bila dpt tahu anak kecil ini dirotan bertalu-talu di kepala dan badan. Lebih memeritkan, dicucuh besi panas diseluruh badan.

Paling aku sedih bila membayangkan Alia kepenatan sampai di rumah nenek dan mengetuk pintu rumah. Saat neneknya membuka pintu, neneknya tidak mengenalinya.

“Nenek, ini kakak,” katanya terus memeluk nenek tersayang.

Ah, babak itu sentiasa bermain diminda sehingga aku menitis air mata.

Cikgu - Rangkuman Kisah Alia, Kanak-Kanak Yg Didera Pengkid, Kekasih Ibu Kandungnya Sendiri..
Gambar – Cikgu Fadhli Salleh

Walau sebegitu diperlaku, dia mengasihi Amin dgn sepenuh hati. Jelas melalui layanan Alia dan Aimi semasa ziarah aku tempoh hari.

Pengkid dan ibunya dah ditahan reman 7 hari. Alia, Aimi dan Amin kini dlm jagaan yg selamat.

Alia dan Aimi akan dijaga oleh ayah dan nenek mereka manakala Amin akan dibantu oleh JKM sehingga habis perbicaraan.

Sementara itu, kalian sabarlah. Kiriman kalian melalui Dana Kita aku jaga sebaiknya.

Sebaik kes mereka selesai, semua kelengkapan persekolah akan aku sediakan. Pakaian baru utk jalan-jalan, baju raya, mainan, alat tulis dan sbgnya akan aku sediakan.

Alia dan Aimi. Ketahuilah anakanda, betapa ramai orang sayangkan kalian.

Sangat ramai orang mendoakan kalian. Dan sangat ramai orang bersyukur kalian diselamatkan.

Cikgu bukan sesiapa. Namun kamu kamu adalah istimewa dihati cikgu.

Jangan risau Alia dan Aimi. Cikgu bukan membantu kamu semasa kes tengah panas dan ramai orang tahu.

Bantuan cikgu, InsyaAllah akan berpanjangan sentiasa. Walau suatu hari nanti kisah kamu akan dilupakan, walau suatu masa nanti tiada lagi orang akan ingat kisah ini.

Cikgu akan selalu ada. Cikgu akan selalu setia.

Kerana Dana Kita yg cikgu usahakan bukan bantuan bermusim. Ia bantuan berpanjangan. Walau tidak byk, tapi sentiasa ada.

Terima kasih kepada semua kawan-kawan yg terus menerus menyokong usaha aku.

Tanpa kalian, aku rebah sendirian.

Terima kasih dr hati. ❤️


Loading...

Tags: #Alia #didera #KanakKanak #Kandungnya #Kekasih #Kisah #pengkid #Rangkuman #sendiri

author
Author: 
    Gak Disangka, Ternyata Dr Tirta Seorang Mualaf! Masuk Islam Setelah Dpt Pesan Ini Lewat Mimpi!
    slidegossip.com – Salah satu nama yg sering jadi perbincangan di masa pandemi covid-19
    Mantan Suami Nikah Lagi Dgn Artis Cantik, Nasib Istri Pertama Kini Malah Jualan Seprai Utk Bertahan Hidup!
    slidegossip.com – Sejak menikah dgn artis cantik Kartika Putri, sosok Habib Usman bin
    Apes Banget! Nekat Mudik dr Jakarta, Sekeluarga Malah Jadi Gelandangan di Kampung Gara-Gara Ini!
    slidegossip.com – Pemerintah sudah mengimbau para warga agar tidak mudik dulu di masa
    Diramal Sering Diperkosa Oleh 3 Genderuwo, Lalu Vanessa Angel Kini Hamil Anak Siapa?
    slidegossip.com – Kabar mengejutkan datang lagi dr artis sensasional Vanessa Angel. Di tengah

    Comments are closed.