Rancangan Analisis – Mudarat atau Manfaat?

Oleh : Fahmi Hassan

Rancangan Analisis – Mudarat atau Manfaat?

Seminggu-dua ini popular sungguh rancangan TV ANALISIS bersama FINAZ YUNUS terbitan TVAlhijrah. Mungkin kerana isu yg dibincangkan adalah isu tular yg sentiasa mencuri perhatian warga internet.

Manipulasi 1 - Rancangan Analisis - Mudarat atau Manfaat?


Namun begitu, ada juga yg mengkritik rancangan perdebatan seperti itu secara am dan secara khusus rancangan Analisis. Ada dua isu yg menjadi tumpuan iaitu:-

1. Rancangan tersebut mempopularkan golongan/pendirian antivaksin/anti perubatan moden/anti hospital dan sbgnya. 

2. Hos bersikap berat sebelah dan tidak adil kepada panel.

Sepanjang aktif menulis di media sosial ada satu perkara penting yg saya belajar. Pertambahan ‘follower’ tidak sama sekali bermaksud pertambahan penyokong. Saya percaya ramai sahabat-sahabat akan setuju dgn pernyataan ini.

Menulis tentang isu kontroversi memang cara mudah utk menaikkan bilangan ‘follower’. Tetapi selepas itu, terima sajalah komen dan makian dr mereka. Jika anda buka profile ahli-ahli panel yg dijemput beberapa minggu ini, jelas kebanyakan komen adalah tidak bersetuju dgn mereka (melainkan rakan-rakan peribadi ahli panel).

WHO baru-baru ini telah menerbitkan satu dokumen bertajuk “Best practice guidance – How to respond to vocal vaccine deniers in public”. Ia disediakan berlandaskan bukti saintifik kajian bidang psikologi, kesihatan awam, komunikasi dan komunikasi berisiko. Walaupun ia disediakan utk topik Vaksin, namun kandungannya sesuai utk menyanggah sebarang bentuk ideologi pseudosains.

Apabila bercakap di media, target audien bukanlah mereka yg menolak vaksin/sains. Objektif yg penting adalah menjadikan khalayak awam faham kepincangan ideologi mereka dan mendorong golongan atas pagar ke arah ideologi yg betul.

Dari pengamatan saya, rancangan analisis berjaya mencapai objektif tersebut. Hujah golongan antivaksin/sains disanggah dgn baik oleh panel-panel yg berkualiti. Masyarakat jelas di mana kepincangan ideologi mereka.

Jurnalis Liz Spayd menulis pd thn 2016:

“False balance, sometimes called “false equivalency,” refers disparagingly to the practice of journalists who, in their zeal to be fair, present each side of a debate as equally credible, even when the factual evidence is stacked heavily on one side.”

Menurut beliau, seorang jurnalis perlu adil dlm mempersembahkan fakta. Namun begitu, adil tidak bermaksud mempersembahkan hujah kedua-dua pihak dgn seimbang.

Maksud keadilan di sini adalah memberi lebih kredibiliti kepada hujah yg mempunyai sokongan bukti saintifik yg lebih kuat. Jurnalis yg baik tidak blh menampakkan pandangan yg lemah sbg pandangan yg kuat.

Ini berjaya dilakukan oleh hos rancangan analisis Finaz Yunus dgn baik sekali. Tahniah kepada beliau yg menjalankan kajian dgn baik dan bijak melontarkan soalan-soalan kritikal kepada ahli panel.

Rancangan Analisis bg saya adalah sebuah rancangan yg baik dan kena dgn selera generasi kini. Perbincangan di media sosial dpt diangkat dan diperjelaskan di ruangan media primer utk memberikan impak yg lebih tinggi dan meluas.

Tahniah!


Loading...

Tags: #Analisis #Atau #Manfaat #Mudarat #RANCANGAN

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "Rancangan Analisis – Mudarat atau Manfaat?"