“Raatchasi” Angkat Profesion Guru, Kritik Sistem Pendidikan Sekolah Kerajaan Di India

main 1 - "Raatchasi" Angkat Profesion Guru, Kritik Sistem Pendidikan Sekolah Kerajaan Di India

Di media sosial Facebook, tular beberapa potongan klip drpada filem Tamil ‘Raatchasi’ yg menunjukkan lokasi di kawasan persekolahan.

Mengangkat beberapa isu berat dlm sistem pendidikan di India, terutamanya di sekolah kerajaan, ‘Raatchasi’ dianggap sbg satu percubaan berani pengarah, Sy Gowthamraj dan penulis skrip, Bharati Thambi.

Mengisahkan mengenai seorang guru besar yg baru berpindah di sekolah yg terletak di pedalaman, kehadiran Geetha Rani (lakonan Jyotika) tidak disenangi oleh murid-murid dan guru-guru di sekolah tersebut kerana dianggap mengubah ‘cara operasi’ sekolah kerajaan.

jyothika 2 raatchasi - "Raatchasi" Angkat Profesion Guru, Kritik Sistem Pendidikan Sekolah Kerajaan Di India

Mempunyai karekter tegas dlm mentadbir, Geetha memaparkan sifat seorang guru yg bekerja bukan sekadar mahu mendapatkan gaji, tetapi mahu mengubah sistem pendidikan di sekolah tersebut agar anak-anak murid yg dilahirkan benar-benar ‘menjadi’ manusia.

Mengangkat isu seperti perbezaan kasta dlm pendidikan, perbezaan sekolah kerajaan dan swasta, sikap korupsi guru-guru dan campur tangan politik dlm pendidikan sedikit sebanyak terkena tempias mesejnya utk mereka di Malaysia.

Antara selitan unsur humor adalah seperti perlawanan antara Geetha (yang memakai sari) dgn samseng-samseng (bersenjata) yg berang kerana mereka tidak lagi dibenarkan menggunakan anak-anak di sekolah sbg buruh yg dibayar dgn harga murah membawa kepada pengakhiran kekalahan; memang cukup menghiburkan.

Kewujudan unsur-unsur suspens, sinis dan inspirasi membuktikan bahawa filem ‘Raatchasi’ bukan seperti kebanyakan filem-filem fiksyen Tamil yg lain; mengarut dan tidak masuk akal – seorang hero menang berlawan dgn 10 orang jahat tanpa sedikit calar.

Membawa mesej penting, watak Geetha dicipta bg mengkritik sistem sosial masyarakat India yg terlalu mementingkan kasta; yg miskin tidak layak menerima peluang pendidikan dan terus miskin, yg kaya terus kaya dan berhak menerima semua peluang yg ada.

ratchasi - "Raatchasi" Angkat Profesion Guru, Kritik Sistem Pendidikan Sekolah Kerajaan Di India

Geetha juga dipotretkan sbg seorang guru yg membantu anak muridnya dlm mengenal dan mencungkil potensi bakat serta kebolehan mereka dgn pengajaran di sekolah.

Penjagaan gerak badan dan bahasa yg digunakan Jyotika turut perlu diberikan pujian kerana setiap dialog yg disampaikan memudahkan penonton utk lebih menghayati penceritaan filem ini.

Nak tahu lebih lanjut, kenalah tonton filem ini. Bak kata Geetha,

Anak-anak tetap berhak menerima pendidikan walau semiskin mana pun keadaan kewangan mereka dan sbg ibu bapa, kita perlu memainkan peranan dlm mencorakkan masa hadapan mereka.


Sumber: The News Minute, Shahrol Nizam Zack Zulkifli


Carian Berkaitan

latarbelakang pengarah Sy Gowthamraj
Loading...

Tags: #Angkat #Guru #INDIA #Kerajaan #Kritik #Pendidikan #Profesion #Raatchasi #Sekolah #sistem

author
Author: 
    Vocabulary: Jobs and Occupation Flashcards
    You can find here several pictures presenting different jobs and occupations with wordcards.
    Early Reading Comprehension (Grade 1)
    Teaching your child to read early and well has multiple benefits and is
    Wajah Cantik Lucinta Luna Berubah Total Saat di Penjara! Tumbuh Kumis dan Jenggot Juga?
    slidegossip.com – Akibat kasus narkoba yg menjeratnya, Lucinta Luna kini tengah menjalani masa
    Reading: Short Stories with questions (Part 1)
    Although many children can read, the act of reading and the act of

    Comments are closed.