QADHA BELAKANG IMAM TARAWIH

Loading...

SEMBAHYANG QADHA DI BELAKANG IMAM
SEMBAHYANG TARAWIKH

Soalan:
Pertanyaan drpada Awang Shahminan bin Haji Awang Tengah, beralamat Rumah Sakit Besar, Brunei. Surat pertanyaan 7.7.83.
Jawapan:
الحمد لله
1.       Disini saya bawa perkataan ulama drpada kitab-kitab Fiqh yg menjadi keterangan dan petunjuk kepada Awang dlm perkara makmum mengikut imam sembahyang, yg sembahyang masing-masing makmum dan imam berlainan tiada sama seperti makmum sembahyang Dzuhur dan imam sembahyang Asyar dan makmum sembahyang Suboh dan imam sembahyang Maghrib dan makmum sembahyang qadha dan imam sembahyang adaan dan sebaliknya.

          Berkata Al-Imam An-Nawawi dlm kitabnya Al-Minha:  Sah orang sembahyang tunai mengikut imam yg sembahyang qadha, dan sah orang sembahyang fardhu mengikut imam yg sembahyang sunat, dan sah orang sembahyang Dzuhur mengikut imam yg sembahyang Asar, dan sebaliknya, begitu juga sah orang sembahyang Dzuhur mengikut imam sembahyang Suboh atau sembahyang Maghrib, dan sah makmum sembahyang Dzuhur di belakang imam sembahyang Subuh atau Maghrib sbg orang masbok, hendaklah ia selesaikan sembahyang Dzuhurnya lps salam imam dr sembahyang Subuh atau Maghrib itu, tiadalah mengapa ia mengikut imam pd bersama-sama berqunut dan bersama-sama duduk yg akhir pd sembahyang Maghrib itu, dan makmum blh mufaraqah dan meninggalkan imam apabila itu membuat qunut dan duduk akhir pd sembahyang Maghrib itu tetapi mengikut imam lebih afdhal dr mufaraqah dan harus makmum sembahyang Subuh mengikut imam yg sembahyang Dzuhur menurut qaul Al-Azhar, maka apabila imam bangkit kerana rakaat yg ketiga, maka makmum jika ia suka, ia mufaraqah meninggalkan imam dan ia memberi salam, dan jika ia suka ia tunggu imam supaya ia memberi salam bersama-sama imam itu.  Kata Al-Imam An-Nawawi pd pendapat saya:  Makmum itu tunggu imam lebih afdhal dan lebih kelebihan dr mufaraqah wallahu a’alam.  Dan jika ia blh qunut dlm rakaat kedua maka dia qunut, dan jika ia tiada blh qunut maka ia tinggalkan qunut itu dan tiadalah ia sujud sahwi, dan ia blh mufaraqah meninggalkan imam (mana-mana mufaraqah meninggalkan imam hendaklah dgn ada niat mufaraqah itu), kerana membuat qunut.
          Jika sembahyang kedua makmum dan imam bersalah‑salahan seperti sembahyang fardhu yg lima dgn sembahyang gerhana matahari atau sembahyang fardhu lima dgn sembahyang jenazah maka tiadalah sah makmum mengikut imam dlm sembahyang bersalah-salahan kelakuannya itu menurut qaul Assashih.  Tamat.
2.       Maka menurut kaedah yg disebutkan Al-Imam An‑Nawawi itu maka makmum yg sembahyang qadha Subuh di belakang imam sembahyang Tarawikh maka ia memberi salam bersama-sama imam memberi salam Tarawikh, dan selesai sembahyangnya dan jika makmum qadha sembahyang Maghrib, apabila imam Tarawikh memberi salam ia bangkit menyudahkan sembahyang Maghrib itu, dan dia sbg makmum masbok yakni makmum yg dahulukan oleh imam pd sebahagian sembahyang begitu juga makmum buat pd sembahyang Dzuhur atau Asar atau Isya bila berimam dgn imam yg sembahyang Tarawikh dan telah maklum sembahyang Tarawikh dibuat dua-dua rakaat dan tiap-tiap dua rakaat disudahi dgn salam.
3.       Makmum yg sembahyang qadha sembahyang lima waktu di belakang imam yg sembahyang Tarawikh, tiadalah berbangkit perkara mufaraqah dan perkara menunggu, bagaimana yg disebutkan oleh Al-Imam An-Nawawi Rahimahullahu Ta’ala itu.  Wallahu A’alam.
4.       Apa yg diniatkan pd berjemaah sembahyang qadha dgn berimamkan imam yg sembahyang Tarawikh itu, moga-moga Allah beri pahala pd niat itu, kerana Allah Ta’ala maha pemurah dan maha luas kelebihan dan anugerahnya.
5.       Sila baca kaedah dibentangkan oleh Al-Imam An‑Nawawi yg di atas dlm perkara afdhal atau tiada afdhal, dlm perkara makmum masbok sama ada dia mahu menunggu atau mufaraqah.
والله أعلم

[YDM. PEHIN DATU SERI MAHARAJA DATO SERI UTAMA
HAJI ISMAIL BIN OMAR ABDUL AZIZ]
Mufti Kerajaan,
Negara Brunei Darussalam

Pejabat Mufti, Brunei
Mufti Kerajaan Brunei
Loading...

Tags: #belakang #Imam #QADHA #TARAWIH

author
Author: 
    Sebelum ‘Cendol Dawet’ Viral, Abah Lala Berjuang Mati-Matian Sampai Rela Dihujat!
    slidegossip.com – Para pecinta lagu dangdut, khususnya di Pulau Jawa pasti tahu dgn
    Alhamdulilah, Team BBL Menang Miss SHOPhia Shopping Hunt 2019!
    Assalamualaikum semua… Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0 kembali lg thn ni. Ni kali
    (Video) Panduan Penjaminan Kualiti Pentaksiran Berasaskan Sekolah
    Penjaminan kualiti merupakan piawaian utk menentukan kualiti pelaksanaan PBS mengikut garis panduan yg
    Nikita Mirzani Siap Bayari Tiga Setia Gara Pulang ke Indonesia, Tapi Jawabannya Malah Begini!
    slidegossip.com – Artis asal Indonesia, Tiga Setia Gara yg kini tinggal di Amerika

    Leave a reply "QADHA BELAKANG IMAM TARAWIH"