Pulut Durian / Pulut & Serawa Durian

Loading...

pulut durian 1 - Pulut Durian / Pulut & Serawa DurianDapatlah mkn sesekali pulut durian..buat dgn menggunakan lempuk durian yg dibawa dr malaysia..Stok lempuk dah pun habis, harap2 balik bercuti minggu depan blh bawak stok baru, itu pun kalau ada buah durian yg dijual..kalau tak ada blh beli lempuk durian segera yg banyak jual di pasaraya..

Bahan-bahan:


Beras pulut(secukupnya) ~ rendam 3 jam atau lebih
Isi durian atau lempuk durian secukupnya
2 cawan santan pekat
1 cawan air
1 helai daun pandan
Gula dan garam.

Cara penyediaan:

1. Toskan beras pulut yg telah direndam dan kemudian kukus sehingga masak (Pulut ini saya kukus kosong tanpa letak santan dan garam).
2. Utk kuah/santan :~ Masak santan bersama air, daun pandan, gula dan sedikit garam.
3. Kacau diatas api yg perlahan sehingga mendidih.
4. Masukkan isi durian/lempuk, kacau rata. Kalau manisnya sudah menepati citarasa, blhlah diangkat (boleh juga kalau nak letak isi durian kemudian, masak kuah sahaja. Tapi saya suka masakkan sekali durian dgn kuahnya).
** Kalau suka blh juga campurkan dgn gula merah/gula melaka.

Loading...

Tags: #Durian #Pulut #Serawa

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Pulut Durian / Pulut & Serawa Durian"